Khamis, 26 Disember 2013

Resipi Kek Coklat Basah (Moist)

Fuhhhh! Tetiba rasa jadi macam Chef tersohor dalam siri Master Chef tu… semuanya gara-gara Myea Bakh punya komen;


Tak sangka lah pulak ada orang berminat nak buat kek coklat moist ni…tapi kalau jadi, memang sedap pun. Tetiba daku pulak yang terasa nak makan. Hah???? Nak kena buat jugak ke? Semua barang dah naik ni...kena peram dulu kot niat tu hu hu hu

Kek Coklat Basah Hangit Rentung Versi Anyss hu hu hu


Menghargai kesungguhan Myea Bakh nak buat kek coklat basah (moist) ni, daku buat entri baru ya…sila Myea Bakh berbangga.



Bahan-bahan Kek Coklat Basah (Moist)
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 cawan minyak mazola (jagung)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh neskepe
1 sudu baking powder
1 sudu serbuk penaik
4-5 biji telur
secubit garam
sedikit vanila (kalau suka)


Cara Membuat Kek Coklat Basah (Moist)

  1. ayak tepung gandum bersama baking powder, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian, masukkan gula, neskepe, garam. Kacau bagi rata. Masukkan pula susu cair, minyak mazola dan air suam.
  2. Gunakan bekas lain untuk pukul telur hingga kembang (dalam mangkuk pun tak apa. Saya biasa guna garpu je untuk pukul telur. Cukup sekadar kembang telur berbuih dan warna berubah sikit je).
  3. Tuang telur yang dah kembang tadi ke dalam adunan pertama tadi. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan serbuk vanila & garam.
  4. Adunan ni akan nampak sedikit cair berbanding kek biasa tetapi kalau biasa buat kek gula hangus, lebih kurang begitulah tahap kecairannya.
  5. Sediakan loyang pembakar macam biasa, masukkan semua adunan tadi dalam loyang dan bakar selama lebih kurang sejam dengan suhu 150 darjah Frenheight.
  6. Nak uji kek ni dah masak ke belum: gunakan lidi cucuk kawasan tengah kek, kemudian teliti batang lidi tersebut. Kalau tak melekat apa-apa di bilah lidi tu, maknanya dah masaklah tu. Kalau masih ada cecair di hujung lidi, tambah masa untuk bakar. Bakarlah hingga masak.


Selamat mencuba ya Myea Bakh.

Masa dapat resipi ni dulu, percubaan kali ke tiga baru aku berjaya dapat kek yang benar-benar sedap dan cantik. Dua kali tu kantoi merata tempat. Mesti ada je tak kena sebab tangan aku ni memang tak suka ikut peraturan. Suka benar ubahsuai resipi orang tetapi akhirnya jadi bila ikut resipi yang sebenar. Memang hebatlah orang yang cipta resipi ni.

Bila dah dapat resipi ni, dah rasa kesedapan kek coklat basah (moist) yang ini, aku dah tak suka sangat kek coklat lain, terutama kek coklat yang mendakwa dirinya basah tetapi sebenarnya kering. Tak moist sangatpun tetapi disiram coklat cair atasnya untuk kelihatan basah. Ohhhh sangat tertipu dengan itu kek!

Sebab apa aku suka kek coklat moist macam ni? Kek coklat ni tak muak. Aku boleh tibai je seloyang tanpa kongsi dengan sesiapa huh u huh u


11 ulasan:

Cetusan berkata...

Coklat test rasa adatak? Nak cikit

Unknown berkata...

terima kasih kak anyss :)

Unknown berkata...

terima kasih kak anyss :)

Unknown berkata...

salam kak, follow myea ye ? baca entry ni (http://puansyameyraajune.blogspot.com/2013/12/thanks-to-kak-anyss.html)

anyss berkata...

ZZ: huih! daku x bukak kedai kek, nak rasa kerepek boleh la

anyss berkata...

myea: selamat mencuba ya

anyss berkata...

Myea: dah baca entri tu, terima kasih. buka blog guna pc nanti akak follow, x reti nak follow guna tepon hu hu

Unknown berkata...

salam kak, nak tanya, akak guna gula biasa ke gula kastor ? telur, better guna berapa biji diantara 4-5 biji tu ?

anyss berkata...

Wsalam myea. akak guna gula biasa. kalau telur besar2, guna 4 tapi telur plg besar dipasaran skrg yg harga rm5 tu, guna 5 biji. kalau gred c dan sgt kecil, guna 7 biji.

Unknown berkata...

tepung lak ? akak guna yg biasa ke ? kalau guna tepung naik sendiri, perlu ke masukkan baking powder and serbuk penaik ?

anyss berkata...

myea: akak guna tepung gandum je, x penah guna tepung naik sdiri. jadi, x leh jwb persoalan tu.