Selasa, 17 Disember 2013

Kebakaran Besar di Tawau


Kebakaran besar pernah berlaku di Sibu Sarawak bulan Jun lalu, hari ini kejadian tragis seperti itu terjadi di Tawau, Sabah pula.

Di Tawau, orang ramai hanya mampu melihat rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang memusnahkan 80 pintu daripada 10 blok rumah di Jambatan 1, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di Tawau kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dan mengakibatkan ratusan penduduk di situ tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kebakaran tersebut, Api dikatakan bermula daripada sebuah kedai runcit yang terletak di bahagian hadapan kampung terbabit sebelum merebak ke hampir keseluruhan kampung daripada blok A hingga ke blok H kampung berkenaan.

Tiga jentera bomba dan tiga kenderan utiliti serta 30 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Kebakaran dapat dikawal hampir dua jam. Bomba mengalami kesukaran memadam api disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan keadaan berangin ketika kejadian, tetapi keadaan air sungai pasang banyak membantu.

Tiada ulasan: