Khamis, 12 Disember 2013

Di Sebalik Kisah Banjir



Sejak banjir luar biasa yang melanda Kuantan terutamanya, kita boleh jumpa macam-macam hal dan perangai orang terutama yang jenis nak tunjuk hebat tapi sebenarnya dia tak buat apapun selain dari menaip depan keyboard dan dok menyalahkan orang lain. Ya…salahkan orang lain dengan apa yang orang patut buat, bukannya menyumbang sedikit sebanyak dengan memudahkan mangsa banjir.

apapun dibuat tetap ada kritikan...itukan budaya orang Malaysia

Ada pula menyatakan kefahaman dan simpati mereka dengan mangsa banjir hanya sebab dah merasa pengalaman kena banjir walaupun sekali. Tahniah untuk orang begini, mereka tak mudah lupa diri. Mereka kaya dengan daya empati.

Paling kagum dengan golongan yang tak pernah kena banjir hatta banjir kilatpun, tapi…dia pulak yang beria-ria nak tolong mangsa banjir melebihi diri sendiri yang kena. Syabas! Kewujudan kalian memang sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi bila pertolongan yang diberi tidak mengharapkan “mata” manusia.

Kalau tak ada BN, hanyut semua pengundi di Kuantan…



Sekalipun dalam dunia yang luas ini terisi dengan pelbagai manusia yang macam-macam perangai, hakikatnya, masih ramai insan mulia yang sanggup membantu walaupun tanpa ada lensa TV3. Masih ramai yang menjadi wira tak didendang.


isu kemanusiaan lebih besar dari isu politik

Tahniah juga kepada semua penyumbang yang turut membantu meringankan mangsa banjir teruk di Kuantan biarpun tanpa hadirkan diri ke sana, dengan hanya klik-klik depan komputer, mereka transfer sejumlah wang dengan kadar kemampuan masing-masing. Kepada rakan-rakan yang menyebarluaskan maklumat bagi membantu mangsa banjir diserata ceruk Negara.

Tahniah tak terhingga kepada semua sukarelawan banjir yang sanggup menghulurkan tenaga, masa, wang ringgit turun ke tempat kejadian dan membantu tanpa harapkan apa-apa. Masa begini kita patutnya bersatu tanpa mengira parti politik. Tanpa politikkan isu banjir juga.

Bersatulah...kitakan 1 Malaysia

Semoga setiap orang yang terlibat dalam cerita banjir ini mendapat redha Allah. Moga mereka dirahmati. Memang banyak cerita dari dasar dan di lapangan yang kita dengar dan jumpa, yang pelik dan tak sangka, yang tak jangka. Namun, semua itu menguji sejauh mana nilai diri kita. Bila Allah datangkan ujian, tujuannya supaya kita tahu ujian berkenaan;

(i) sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita yang memberi peluang untuk bersihkan diri dari kekhilafan yang pernah kita buat secara sedar atau tidak. Bila kita bersabar dan redha…kita dapat manfaatnya. Dan manfaat itu adakalanya kita tak sedarpun.
(ii) beri peluang kepada kita untuk bertenang dan berfikir, kemudian mensyukuri apa yang kita miliki.
(iii). Membalas kesalahan dan kehilafan kita di dunia dan menjadikannya sebagai bala agar kita dan orang lain berfikir tentangnya, kemudian mengubah diri ke arah kebaikan. Balasan di dunia sebegini biarpun kita rasa perit, sebenarnya berjuta kali lebih ringan berbanding kalau kita terimanya di akhirat.

inipun ada benarnya...

Jadinya, terimalah ia dengan positif. Bukan mudah untuk redha dan sabar, namun setiap perkara yang berlaku adalah petunjuk dari Allah supaya kita tidak mudah alpa. Supaya kita sentiasa beringat. Supaya aku juga yang melihat dari jauh ini beringat sama. Insaf sama. Bila Allah kata “Kun fayakun”, maka jadilah…tidak tertangguh biar sesaat.

cara tersendiri untuk membantu...

Baca kisah mangsa banjir panjat tangki air menyelamatkan diri. Atau mangsa banjir di pusat pemindahan banjir haram? Pusat pemindahan banjir pun ada haram halal? Bagaimana dengan kisah orang-orang yang sepanjang hidupnya berdepan dengan banjir? Sejak celik mata masa dilahirkan dia sudah kenal apa itu banjir, hingga kini sentiasa pula berdepan dengan banjir. Pernah tak kita kenangkan macam mana mereka ini?
Memahami tidak memerlukan modal, tak seperti eksploitasi. Usah terlalu menangguk pada musim banjir ya...salah hari, tersauk buaya.  Diri sendiri yang susah.
 
Kita mungkin cekap mengambil kesempatan dengan kealpaan dan kesukaran manusia lain, namun percayalah...kita ada rakan akrab yang tidak pernah terluba untuk membuat catatan. Selamat beramal!
 
 
 


4 ulasan:

t.a.t.a berkata...

suka tengok gambar payung itu. betul. kita kan sama agama, sama bangsa, sama Tuhan. kenapa nak puak-puak kan?

Cetusan berkata...

Warna biru masuk kem hijau nampak tersisih...alahaii..cian..insan semuanya sama...pahala belum tentu..

anyss berkata...

Tata: dakupun suka gambar tu...

anyss berkata...

Zz: tersisih di mata manusia, apaalah sangat