Jumaat, 6 Disember 2013

Aku Tau La Aku Bukan Bawak Lamborghini!


Balik kerja dah nak jam 9 tadi. Perut memang lapar, kali terakhir makan jam 4 minum kopi puteh dengan 3 ketul kuih bakar sebesar ibu jari yang berharga 50 sen seketul. Buka mulut pun tak perlu luas sangat untuk disumbatkan benda tu ke dalam mulut. Maka bersyukurlah Malaysia masih aman.

Dalam kepala dok fikir nak singgah mana isi perut. Dah banyak kedai makan di bangi ni aku dah boikot dek pelbagai sebab. Termasuk Tat nasi Ayam, walaupun nasi ayam tu sedap.

Kat depan Institut Kehakiman bangi tu, sebuah Kancil tiba-tiba keluar dengan laju di tempat yang tak patutpun dia keluar. Jalan tu ada susur keluar…memang tak patut dia keluar ikut situ…muncungnya dah benar-benar menghala ke depan hingga terkeluar dari garis putih tengah jalan tu.

Aku yang tak sangka akan ada kereta keluar menonong tang situ…dengan lajunya pula, terpaksa tekan hon panjang. Aku jarang tekan hon di jalan raya…bila aku dah tekan memang akan panjang. Setengah minit. Tekan sekuat-kuatnya. Kalau boleh nak guna hon lori untuk bunyi yang lebih KUAT biar serata alam boleh dengar.

Aku sedar kereta aku tak sebesar lori 16 tayar untuk kau Nampak. Bukan juga Lamborghini mahal yang orang gerun untuk langgar. Kalau begitulah gayanya engkau bawak kereta, Lamborghini pun boleh hangus terbakar. Tak percaya? Pi je lah tengok kat merata alam…hari ni tersebar gambar 3 kereta Lamborghini terbakar di lebuh raya Utara Selatan dekat seremban. Video Lamborghini terbakar di seremban tu pun ada juga. Malas aku nak tampal kat sini…kalian gugel sendirilah ya.

Silalah ikut undang-undang jalan raya ya walaupun kereta aku tu kecik je, tapi akupun bayar cukai jalan.

Komen aku: itu tuan punya kancil memang tak ada lesen memandu kot, masuk bulatan pun macam tak sekolah. Ke dia takut aku kejar?

Tapi, kalau memang kena gesel tadi…turun dari kereta perkara pertama aku akan buat adalah: TAMPAR muka itu tuan kancil dulu sebelum cakap apa-apa!

Rasa lapar tetiba sirna. Tidur je lah. Esok je kita sambung makan ya…


2 ulasan:

Amin A. R berkata...

Saya pulak tadi, brek mengejut sebab kereta yang bukan lamborgini jugak tapi fefeeling lamborgini, menukar lorong secara mengejut, dan lampu signal cuma dinyalakan lepas stereng dipusingkan... Kalau lah nasib tak baik tadi, allahyarham agaknya... Haishhhhh.... Tau la saya cuma bawak motor kecik -.-"

Murni Alfathunnisa berkata...

yang kecil, yang besar...sama je "kebiadaban" diorang kat jalan. rasa macam nak lenyek je dengan hummer spesis2 gini tau.. (kalau la ada hummer sebijik...)

daku suka bagi hon. rugi..sebab harga kereta termasuk hon..kena fully utilised.hehehe.