Rabu, 2 Oktober 2013
Perangai Tak Senonoh
Aku selalu anggap apa yang orang lain buat semua tak kena;
Bila orang diam, aku anggap dia setuju
Padahal dia dah malas nak layan keras kepala aku tu
Bila orang pot pet pot pet aku anggap dia banyak songeh
Padahal dia hanya ceritakan situasi dirinya
Agar aku lebih memahami dirinya
Bila orang bagi saranan aku anggap dia perasan pandai
Nak berlagak tunjuk hebat depan akulah tu,
Padahal dia sebenarnya sedang berusaha untuk membantu aku
Bila orang nasihat aku anggap orang tu perasan baik
Tunjuk alim berlagak penghuni syurga
Padahal dia dah cemuih tengok lagak aku ni
Macam tak sedar hidup akan mati kemudian hari
Kalau sebut begitu, aku tempelak pulak “kubur asing-asing”
Memang ya pun kubur masing-masing, hebat macam manapun
Bila mati bukannya aku boleh gali kubur sendiri
Bukan boleh golek masuk kubur sendiri atau timbus sendiri
Tapi perasan termalu punya pasal, cakap aje macam tu…kaverline konon!
Bila orang kritik, aku anggap dia sengaja cari pasal
Padahal dia sedang cuba beri pandangan dari sisi yang aku tak Nampak
Nanti bolehlah aku betulkan keadaan semula
Bila orang marah, aku anggap dia kurang ajar
Kot ya pun ada masalah takkan tak boleh sabar sikit?
Padahal, dah berkurunpun dia sabar dengan kerenah kita
Makin dia sabar, makin pelik pulak perangai kita tegakkan benang yang basah
Bila orang tak komen apa-apa aku anggap dia tak produktif,
Jenis tak boleh pakai punya orang tau harapkan orang lain saja,
Hanya reti terima seadanya sahaja apa yang berlaku
…spesies redha tanpa usaha, sedangkan aku sebenarnya tak tahu
Dia sedang menahan perasaan dengan kerenah perasan betul aku ku
Akhirnya, aku tetap juga anggap aku sahaja yang betul
Tak kira apa tindak balas orang, apa komen orang apa nasihat orang
Yang penting aku nak rasa terhormat dan hebat.
Apa nak buat!
Nampak gayanya setan memang dah berjaya jalankan tugas dia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
assalamualaikum,
setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan
bila sudah dapat hidayah dari Allah segeralah kita tinggalkan perangai lama dan berazam jadi yang lebih baik :)
Kita manusia tak sempurna kadang2 benda2 macam tu memang ada kat diri kita.
assalam anyss..saya sangat suka entri kamu ini! :D
sebagai manusia..kita selalu kalah dengan hasutan syaitan. selalu ingat yang negatif dari fikir secara terbuka..
tapi jangan biarkan dia berjaya selalu ya. sekali sekala kita pun kena menang juga.
Orang yang diam ni selalunya kuat di dalam...
Ati: wsalam. moga2 ramai "aku" yg jenis gitu dapat hidayahNya
Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan
Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan
Junaina: sebagai manusia mmg kita tak sempurna...harapnya ada keinginan untuk tingkatkan kesempurnaan
Murni: hakikatnya memang begitu...selalu je ambik yg negative dulu, melatah aje hu hu huhuhu kalaulah semua orang boleh amik positif, aman makmur dunia
tata: dia yang itu memang bijak memanipulasi otak...ada aje kewajarannya untuk pesongkan fakta jadi auta hu huh uhu
azieazah: daku nak kembali DIAM lah ;)
Catat Ulasan