Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tunda banyak kenderaan dalam Ops Halangan, di Jalan Telawi, di Kuala Lumpur. Operasi yang dijalankan pasukan Penguat Kuasa Trafik Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid bersama DBKL dengan dibantu Balai Polis Pantai bermula jam 2 petang hingga 4 petang semalam.
Ops Halangan dijalankan selepas mendapat aduan orang ramai berhubung tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan.
Ops Halangan ini dilakukan dalam dua fasa iaitu dari jam 11 hingga 1 tengah hari sebelum disambung dari jam 2 petang hingga jam 4.30 petang. Polis mengeluarkan sebanyak 83 saman manakala 59 saman lagi dikeluarkan DBKL. Lima kenderaan pula turut ditunda.
Tindakan saman dan tunda kenderaan diambil atas kesalahan melakukan halangan serta meletak kenderaan sesuka hati. Operasi akan dijalankan berterusan pagi dan petang secara berkala. Sila buat selalu ya DBKL...tingkatkan pendapatan Negara...aku sukerrrrrrrr!
Yaaaa DBKL dah buat. Sukaaaaaaaaaaaaaaa! MPKJ pulak bila nak buat. Bila MPKJ nak saman kenderaan yang menghalang laluan ni? Jalan 8/1 di Bangi ni macam dah kat Mumbai aku tengok…lebih kurang macam di Dhaka tu. Sesedap tok nenek mak bapak depa je mana nak letak, mana nak parking. Kalau bergesel, ada hati pulak nak marah orang huh u huh u
Aku memang mengalu-alukan sangat kalau dibuat Ops Halangan di Bangi ni...bolehlah palu kompang dan pasang bunga manggar tanda sokongan moral tu...
Jom kita mengadu secara berjemaah kepada Majlis Perbandaran Kajang supaya MPKJ juga buat operasi macam DBKL, terutamanya depan kedai tempat orang-orang yang nyata jelita itu lepak. Lepak dan beli tudung hingga terlupa nak fikir orang lain nak pergi bank, nak pergi kedai makan…nak lalu lalang bagai. Dok ingat perut pedal sendiri aje!
Errrrr…itu belum leter lagi ya…baru intro ke arah alu-aluan pembuka kata. Sebelum aku lalut lebih panjang hingga menyebabkan pengguna Fareeda Nyata Jelita tu mengamuk sakan perasan tak bersalah, baik aku letak nokhtak dulu ya. Titik.
3 ulasan:
Musim kerajaan cari duit tu sebab buat mcm2 operasi..kang tk berduit pulak nk bayar BRIM..huhu
Ini adalah cara terbaik tambah pendapatan negara, dan saya amat amat menyokong!
memang sangat sakit hati tau kalau terpaksa bayar saman hanya kerana kesalahan kecil yang boleh dielakkan.
Catat Ulasan