Dah musim bentang Bajet kan? Haaaaa khabarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober. Hujung bulan nanti je ni…
Macam biasa, sebelum pembentangan Belanjawan @ Bajet setiap tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mintak macam-macam walaupun tak semua permintaan itu akan ditunaikan. Biasanya adalah juga gula-gula yang tertunai.
Tahun ni, CUEPACS meminta kerajaan memperuntukkan pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. Biasanya kalau mintak bonus sebulan gaji, akan dapat setengah bulan atau lima ratus je. PM hanya gelak je bila wartawan ajukan pasal bonus ni...waaaaaa comeyyyynya PM kita gelak hu hu huhu hu Aku nak cadangkan datuk Presiden ceupacs Datuk Omar Osman supaya mintak bonus satu tahun untuk penjawat awam. Boleh?
Aku tau la kalian mesti kutuk aku kaw-kaw punya hu hu hu hu kutuk sikit-sikit dah la, tak payah bagi pahala banyak sangat kat aku hu hu hu
Pemberian bonus dan kenaikan elaun sangat perlu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini. Mmmmm kalau tinggal di Bangi ni, nak merasa duduk rumah teres dua tingkat, paling murah sewanya BARU RM1000 sebulan. Mana ada ratus-ratus lagi...
Selain itu, Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. Nak beli rumah di Bangi? Paling murah, kena ada setengah juta...tak banyak, setengah juta je hu hu hu hu
Cuepacs juga menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. Beliau berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
Komen aku: komen pun payah, tak komen pun payah jugak. Tapi aku memang memerlukan sangat-sangat penstrukturan cukai pendapatan setiap tahun tu. Kami yang belum ada keluarga sendiri memang sangat terasa sebab tak boleh nak tolak bahagian anak-anak tu. Dalam cukai juga patutnya dimasukkan pemotongan cukai kepada ibu bapa, bukan hanya anak-anak sahaja. Ada yang nak bantah???? Ada???? Ada????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan