Jumaat, 11 Oktober 2013

Top 10 Sumber Vitamin A Untuk Si Rabun Ayam


Entri ini berkaitan dengan si Rabun Ayam. Sebab dah rabun, kenalah cuba atasi. Aku bukan pakar pemakanan atau doktor kesihatan, tapi aku cari maklumat ni untuk sendiri punya kesihatan. Kalau berguna untuk kalian, silalah amalkan. Kalau ada salah info tu, silalah betulkan.

Dulu-dulu, ramai sarankan aku makan karet bagi mengurangkan masalah rabun. Karet memang sentiasa ada dalam jenis sayur yang aku beli. Sebabnya mudah sahaja, tahan lama dan warnanya yang cantik bila masak dengan sayuran hijau atau kobis sekalipun.

Namun, sejak rabun hingga sekarang, memakan karet tidak pernah mengurangkan kerabunan aku. Kunyah mak karet dan bayi karet sampai luruh gigipun macam tak ada apa-apapun perubahannya. Aku rasalah. Tak macam yang didakwa ramai, barangkali karet perlahan berfungsi kot untuk aku. Ataupun sebenarnya, kalau aku tak makan karet tersebut, kerabunan aku lagi cepat meningkat. Aku agak ajelah!

Bila aku cari maklumat tentang rabun ayam atau rabun malam, makanya barulah aku tahu penyebabnya. Antaranya kekurangan vitamin A. jom kita semak top ten sumber makanan yang mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi.

1. Hati
Hati mana-mana haiwan penuh dengan vitamin dan mineral, dan paling best dikukus atau digoreng dengan bawang dan herba, terutama hati Ayam belanda. Herba? Lada hitam tu sejenis herba jugak kan? Okeh, boleh goreng berlada hitam ;)

Masa aku kurus dulu, berat dalam lingkurang 45kg hingga 50kg (rindu pulak nak kurus macam ni hu huhuhuhu) aku alami tekanan darah rendah. Doktor nasihatkan makan hati hingga akhirnya dah sangat muak untuk makan hati. Tak mampu nak telan sudaaaaaa. Sekarang ni, bila tekanan darah normal, dah jarang makan hati walaupun kerap juga “makan hati”. Mmmmmm nak kena makan hati semula ke ni? Kang naik darah tinggi pulak! Encik dan Puan doktor, sila bagi nasihat sikit!

2. Paprika, Lada Merah, serbuk Cili
Satu sudu besar paprika mengandungi 3691IU (74% DV) bagi vitamin A, atau 52.735 IU (1055% DV) bagi setiap 100 gram. Mmmmmm kena makan rempah ratuslah ni...errrr aku ni sebenarnya tak berapa suka sangat rempah-rempah bagai ni kecuali lada hitam. Mmmmmm tetiba rasa nak makan daging masak lada hitam... tunggu Aidiladhalah ya, baru banyak daging hu u huhuhu rakyat marhaen mana mampu nak makan daging sentiasa hu hu hu hu

3. Keledek
Ubi keledek berwarna oren penuh dengan vitamin A. Bagi setiap 100 gram keledek terdapat 19218IU (384% DV) vitamin A. Yang ni memang aku suka. Pantang jumpa keledek kuning ni, geram je nak beli. Rebus dan makan macam tu aje pun dah cukup sedap bagi aku. Kampungan betul kan?

Paling rajin kalau buat Cek mek Molek...fuhhhhhhh! memang terujalah bila terkenangkan keledek ni. Tapi, keledek kuning sangat susah nak jumpa apalagi yang jenis manis tu...yang selalu jumpa keledek berwarna merah kulitnya, isi kat dalam putih. Kurang sedap, tapi kalau dah tak ada pilihan, aku rembat jugak. Mmmmmm keledek gorengpun sedap jugak!

4. Karet atau lobak
Baru je aku tulis kat atas tu kan? Lobak baik dimasak atau dijadikan sebagai snek. Kunyah macam tu pun tak apa, sebab lobak merah ni rasanya manis. Kalau ada yang segar, terutama baby karet, best untuk kunyah-kunyah macam tu je. Tapi kalau tak berapa nak segar tu, rasa manis dah hilang.

5. Sayuran hijau berwarna gelap
Sayuran daunan yang segar berwarna hijau gelap kaya dengan vitamin A, selain Kalsium. Maknanya kena rajin makan ulam-ulaman ni...ermmmm boleh juga celur kan. Hishhhh! Kalau cicah dengan budu, memang mabelesss...tak pepasal air liur menitik!

6. Labu
Aku suka sangat makan labu, walaupun selepas makan memang akan sendawa keluarkan angin. Tapi kalau dah jumpa sama ada diletak dalam sayur lemak pucuk manis, ataupun buat kuih muih, memang aku tak akan lepaskan peluang. Mmmmmm dah lama tak makan sira labu. Nak tahu macam mana rupanya sira labu tu, silalah ke blog Teratak Mutiara kasih.

7. Herba kering
Rupanya herba kering menyumbangkan vitamin A yang agak tinggi jugak. Hu huh u hu aku tak suka herba. Makan spageti pun aku tak letak aregano…tak best bau dia. Lepas ni kena tingkatkan azam untuk telan herba kering ni…
 
Pasli kering paling banyak menyediakan vitamin A bagi setiap 100 gram atau sesudu besar, diikuti dengan Basil kering, Marjoram Kering (161% DV), Dill dan oregano (138% DV).

8. Pelbagai jenis salad
Pelbagai jenis salad menyumbang kepada vitamin A. Salad gelap berwarna-warni memberikan vitamin A paling banyak dengan salad Daun Merah dan Hijau menyediakan 7492IU (150% DV) bagi setiap 100 gram hidangan. Biasanya aku jumpa dalam nasi ayam, secarik aje pun. Aku memang suka kunyah salad ni, letak satu pinggan pun habis. Soalnya, tak pernah beli kot. Sebabnya, salad ni mudah rosak. Kalau beli, kena makan terus. Bila dah simpan-simpan tu, alamatnya buang ajelah hu hu huhu.

9. Aprikot kering
Boleh makan sebagai snek. Ikutkan, aku jarang beli apricot kering tapi selalu jugak makan yang orang bawak balik Mekah. Sebabnya, bila yang kering tu jarang jumpa apricot yang lembut. Biasanya memang kering dan keras nak kunyah. Tapi kalau ada depan, kunyah juga!

Aku biasa makan kurma dan kismis je, terutama kismis. Sakit kepala migrin teruk aku tetiba sahaja hilang bila aku makan kismis dengan kapasiti yang banyak. Kebetulan masa tu aku dah tak mampu nak tahan migrin tu akibat terdedah dengan cuaca panas. Habis satu taperware (RM10) tu, tetiba je lenyap migrin aku hu h uh uhu. Lepas ni, kalau migrin aku datang, aku dah tau apa benda boleh aku kunyah hu huhuhu

10. Tembikai
Tembikai dan lain-lain jenis tembikai kuning / oren adalah sumber besar vitamin A. Ikutkan, tak adalah aku suka sangat tembikai sebab malas nak ulang-alik pergi tandas lepas makan. Walau bagaimanapun, kalau ada depan, takat sepinggan tu, sekejab sahaja aku habiskan.

Selain daripada senarai 10 jenis makanan tinggi kandungan vitamin A di atas, terdapat beberapa jenis makanan lain juga kaya dengan vitamin A seperti Betik, Mangga, Kacang Hijau, Tomato, Peach, Susu (Bukan Lemak), Susu, Semua jenis Susu, Telur (Kuning), Oatmeal (Diperkuat).



Mmmmmm mana yang boleh makan, jom kita makan. Bab makan memang payah aku nak tolak huh u huh u hu



4 ulasan:

t.a.t.a berkata...

tak ingat pulak dah komen ke belum?

Kamsiah yusoff berkata...

akak antara yg rabun ayam hehe...pernah keluar dari restoren waktu malam..nak pi buka pintu keta org lain

t.a.t.a berkata...

okay belum.

bercakap pasal rabun, saya memang rabun. kalau malam lagi la silau. sebab tu kalau boleh malam memang saya tak drive. duduk sebelah aje kalau nak ke mana². rasanya kalau drive malam, macam orang baru belajar drive pulak.

anyss berkata...

kamsiah & tata: hanya orang yang rabun sahaja memahami situasi berkenaan.