Semalam heboh tentang kejadian pegawai Ambank mati ditembak pengawal keselamatan semasa membuka pintu bilik kebal. Hari ni, heboh pula cerita lelaki mengamuk menikam dan membunuh 2 orang mangsa serta mencederakan 2 orang lagi.
Pagi tadi, kira-kira jam 11.20 pagi seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak. Dalam masa 40 minit sahaja, dua orang meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.
Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak. Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.
Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama. Mangsa ditikam sebanyak 3 kali ketika turun dari van untuk melihat keadaan, menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun. Pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia. Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali menyatakan dia utusan dari Nabi Muhamad, untuk membunuh mereka.
Kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari, iaitu 40 minit setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi dengan kecederaan di kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.
Video penahanan lelaki mengamuk dan menikam 4 orang di Gombak telah tersebar di facebook. Tak dapatlah pulak aku mengesan sumbernya, tetapi semasa ditangkap, dia melaungkan “Allahhu akbar” berkali-kali.
Akhirnya, Berjaya juga aku jumpa Video Kejadian Amuk Di LRT Taman Melati, Gombak;
Kita serahkan kes ni kepada pihak berkuasa untuk selesaikannya ya…tak payah gigih jadi hakim di Facebook dan blog ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan