Khamis, 31 Oktober 2013

Antara Aku Dan Kita, Ada Beza Tak?

 
Aku pernah buat ujikaji kat blog ni, mungkin ada yang perasan…mungkin juga tidak.

Perasan tak? Sedar tak? Kepada yang tak perasan sangat ujian tu, boleh tengok entri aku tentang kita selalu anggap diri kita je bagus. Kemudian bandingkan pula dengan entri Perangai tak senonoh.

Boleh Jumpa Tak Bezanya?


Bezanya hanya penggunaan kata ganti diri “kita” dan “aku” sahaja.

Walaupun bezanya sekecil itu, tapi tanggapan pembaca sangat besar. Boleh perasan tak?

Bila guna kata ganti diri “kita” walaupun kemudiannya letak juga “Aku” dalam kurungan, namun Nampak macam situasi berkenaan berlaku di sekeliling. Berlaku di mana-mana.

Bila guna kata ganti diri “Aku”, pembaca ingat kejadian berkenaan adalah berkenaan dengan perangai aku sebagai tuan punya blog. Makanya, terlihat macam perangai aku tu tak begitu senonoh sikit kan?

Kenapa aku gunakan “kita” dan “aku”?

Bila ceritakan tentang sesuatu yang buruk, adalah lebih baik kita tidak merujuk secara terus kepada empunya diri seperti “pak Ali”, “Mak Mertua si Semaun” dll. Bila letak nama, ibarat kita meletakkan kesalahan itu kepada seorang sahaja sedangkan perangai negatif itu boleh kita jumpa kat mana-mana sahaja. Tak pepasal jatuh fitnah atau menuduh orang pulak. Mana tahu nama yang kita tulis itu wujud di dunia nyata. Rasa hati dia pulak!

Kenapa guna “aku”? Sebab itu lebih mudah dari letak nama orang lain. Hanya risikonya, pembaca akan menjadikan perkara negatif itu sebagai sebahagian daripada penilaian terhadap diri kita. Ya lah…bila baca blog bukannya kita kenal tuan punya penulis tu terutama yang tak pernah tampal muka di blog macam aku ni. Penilaian dibuat berdasarkan tulisan yang dibaca.

Dengan dua kata ganti diri itupun dah boleh buat pelbagai tafsiran kepada penulisnya, apalagi dengan sebegitu banyak perkataan yang kita tulis. Jadi, silalah berhati-hati bila menulis entri walaupun kita menulis blog sendiri. Besar kesannya.
 
 
 

6 ulasan:

azieazah berkata...

Saya guna saya jer sekarang. Untuk merujuk diri sendiri saja.

Kalu saya guna "kita" itu untuk diri kita semua. Bersama-sama.

Betul. Ayat yang hampir sama tapi tetap ada beza yang besar.

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum Anyss...

Sebenarnya kita tidak punya kebebasan hendak meluahkan 100% isi hati di blog sendiri bila ianya jadi bahan bacaan orang lain...

*SiRibenMerah berkata...

dah tak boleh nak luahkan..
kena hint2 dan intro sket2 je..

huhuhu..
dulu berblog boleh luah mcm2..
skarang cannot..
nnt sume nk gaduh masam muka..
takleh komplen dlm blog kita langsung..
ada je nk menyentap~

anyss berkata...

Azieazah: entri tu konon2 nak buat percubaan...lalaunya, dah nampak hasilnya itu

anyss berkata...

kakcik: Wsalam. Banyak perkara saya tak tulis di blog atau FB, sebab hal2 personal baik aje simpan di hati.

anyss berkata...

Iyra si reben merah: tandanya dikau dah glamer hu huhuhuhu