Bila kita bermusafir, selain dari kita perlu pelajari cara solat dalam kapal terbang, kena juga dalami ilmu tentang solat jamak dan qasar. Jom kita ingat-ingatkan semula tentang Solat Jamak Dan Qasar masa musafir ni…maklumlah, dah lama tak merantau, mengembara, berpetualang ni…
Jamak = himpunkan solat, kerana kesulitan
Qasar = pendekkan solat, kerana musafir
Solat semasa sakit, sukar dan musafir dalam seminar di USM Kubang Kerian;
Adab-adab semasa musafir, doa-doa, syarat-syarat solat jamak dan qasar,
Solat ketika musafir oleh Hassan Din Al Hafiz;
Penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang solat ketika musafir;
Kiraan jarak musafir lebih kurang 90km atau 56 batu boleh lakukan solat jamak dan qasar.
Tempoh masa boleh melakukan Jamak dan Qasar menurut Imam Shafie:
Menurut mazhab Imam Shafie: Tempoh dianggap lama adalah 4 hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan hari kembali. Selepas tempoh 4 hari, ianya sudah dikira bermukim.
Tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.
Kekeliruan tentang Solat Jamak Dan Qasar oleh Ustaz Fathul Bari
Solat Qasar hanya setelah melakukan perjalanan.
Persoalan Jamak dan Qasar akhirnya perlu merujuk kepada kebiasaan dan keadaan. Kalau naik jet pergi kerja di Shah Alam, boleh Qasar tak berbanding kayuh basikal atau berjalan kaki? Gitulah perumpamaannya.
Rasulullah S.A.W pernah Qasar selama 18 hari di Mekah. Dalam peperangan Tabuk, 16 hari Qasar solat.
Jamak dan Qasar boleh dilakukan bila alami kesukaran dalam perjalanan @ bermusafir sepanjang perjalanan walaupun dua tahun jika tidak berniat untuk menetap di situ.
Penerangan DR. MAZA tentang SOLAT JAMAK & QASAR;
Panduan Solat Jamak Dan Qasar
Cara Solat Jamak Dan Qasar
Mintak tolong ya…sila jangan jamak dan qasar untuk solat subuh.
Errrr…terpanjanglah pulak entri ni. Tak apa…asalkan semua kekeliruan telah terungkai.
2 ulasan:
Rajin sungguh anyss mencari pelbagai rujukan utk dikongsi bersama.
TQVM
YB: saya terbaca satu perkongsian di FB tentang solat jamak & qasar menyebabkan hati jadi tak tetap dan keliru.
Jadinya, semua perkara tentang ini perlu saya telaah semula dan tetapkan pendirian.
Ada ketika, perkongsian di FB ramai yang share tanpa check betul tidaknya apa yang ditulis hingga kelirukan orang lain.
Catat Ulasan