Memaparkan catatan dengan label perangai orang sekarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perangai orang sekarang. Papar semua catatan
Rabu, 2 Oktober 2013
Perangai Tak Senonoh
Aku selalu anggap apa yang orang lain buat semua tak kena;
Bila orang diam, aku anggap dia setuju
Padahal dia dah malas nak layan keras kepala aku tu
Bila orang pot pet pot pet aku anggap dia banyak songeh
Padahal dia hanya ceritakan situasi dirinya
Agar aku lebih memahami dirinya
Bila orang bagi saranan aku anggap dia perasan pandai
Nak berlagak tunjuk hebat depan akulah tu,
Padahal dia sebenarnya sedang berusaha untuk membantu aku
Bila orang nasihat aku anggap orang tu perasan baik
Tunjuk alim berlagak penghuni syurga
Padahal dia dah cemuih tengok lagak aku ni
Macam tak sedar hidup akan mati kemudian hari
Kalau sebut begitu, aku tempelak pulak “kubur asing-asing”
Memang ya pun kubur masing-masing, hebat macam manapun
Bila mati bukannya aku boleh gali kubur sendiri
Bukan boleh golek masuk kubur sendiri atau timbus sendiri
Tapi perasan termalu punya pasal, cakap aje macam tu…kaverline konon!
Bila orang kritik, aku anggap dia sengaja cari pasal
Padahal dia sedang cuba beri pandangan dari sisi yang aku tak Nampak
Nanti bolehlah aku betulkan keadaan semula
Bila orang marah, aku anggap dia kurang ajar
Kot ya pun ada masalah takkan tak boleh sabar sikit?
Padahal, dah berkurunpun dia sabar dengan kerenah kita
Makin dia sabar, makin pelik pulak perangai kita tegakkan benang yang basah
Bila orang tak komen apa-apa aku anggap dia tak produktif,
Jenis tak boleh pakai punya orang tau harapkan orang lain saja,
Hanya reti terima seadanya sahaja apa yang berlaku
…spesies redha tanpa usaha, sedangkan aku sebenarnya tak tahu
Dia sedang menahan perasaan dengan kerenah perasan betul aku ku
Akhirnya, aku tetap juga anggap aku sahaja yang betul
Tak kira apa tindak balas orang, apa komen orang apa nasihat orang
Yang penting aku nak rasa terhormat dan hebat.
Apa nak buat!
Nampak gayanya setan memang dah berjaya jalankan tugas dia
Langgan:
Catatan (Atom)