Jumaat, 4 Oktober 2013
Kalau hati selembut kapas...
Ada orang suka bergurau
Macam-macam gurauannya termasuk kutuk keji kaw kaw jatuhkan air muka orang
Kononnya gurau kasar itu tanda kemesraan, lambang keakraban
Maka kitapun buat-buat tidak kesah
Maklumlah dia kan kawan akrab kita, kawan mesra kita
Rasa hati letak tepi, kasar guraunya pun kita gelak juga
Sambil tutup guris calar di hati
Karang kata tak sporting pula
Namun orang yang itu juga
Tiba-tiba sentap bila kita bergurau
Sama kasar macam guraunya…ingatkan kebal hatinya
Selama ini dok bergurau tahap carut maki dan hina
Belum sempat kita kutuk, apalagi maki dan hina,
Carut apatah lagi…
Kalau hati selembut kapas
Patutnya lidah sehalus sutera
Kalau terhempas, tidaklah hati retak serpih!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
kan? kebanyakannya memang camtulah... jarang nak jumpak orang yang jenis cenggitu tapi, hatinya sangat kering!
masa belajar dulu, kami buat grouping untuk projek. ada 2 orang kawan tengah buat kerja sambil bergurau. salah seorang tu kata, aku belasah kau karang.
lecturer dengar masa tu. dalam niat awak berlawak macam tu, kalau kawan awak tiba-tiba terasa, ada tak dia cakap? dia akan diam aje kan? jadi berhati-hati la bila bergurau.
terdiam semua yang dengar.
assalam..
meme lagu tu...selagi tak kena batang hidung sendiri, sedap je dia melawak.
tang kita melawak pandai pulak dia sensitip...ish ish...lawak apakah ini. sungguh tidak adil.
Pokoknya,kalau dlm hati ada taman, maka jaga lah taman di hati orang lain,kan? :)
pelik kan orang macam tu? heheheh~
masa study dulu ada la jumpa org perangai mcm ni tp buat tak layan je lama2 diam la
Diana: hu hu huhu h tau tak pe
kalau kita suka gurau kasar2 tahap biawak tu, patutnya tak yahlah sentap pulak bila orang buat gitu jugak kan hu huh uh u
Amir: bila dia wat gitu...kita orang lupakan aje lepas tu...bila sampai tang dia, siap masuk meting bagai macam besar benorrrrnya hu hu huhuhu
tata: kalau budak2 bolehlah tegur gitu...ni bapak budak yang dah terima menantu huhuhuhuhu nak tegur pun payah kang dia sentap lagi hu huhuhu hu
Murni: gitulah cerita dunia ni...mana ada adik termasuk dalam parti keadilan ;)
Daddy Ziyyad: kalau saling menjaga taman tak apa juga...mesti berbunga2 semua taman, bahagialah semua hati ;)
GB: pelik tapi benar hu hu huhu
Amanina: tak layan kang dikata kita boikot dia pulak...serba salah jadinya
apapun, lepas ni memang situasi akan berubah
Catat Ulasan