Jumaat, 29 Mac 2013

Sssssssshhhhhhh!!!! Jangan Kata Apa-Apa


Selain dari hari yang agak panas, cuaca di Malaysia juga sangat panas dan berubah-rubah dengan penat dok menunggu pembubaran parlimen. Spekulaasi tentang pembubaran parlimen dah banyak kali benar bertiup hinggakan rasa teruja nak tahupun dah makin nipis.

Gara-gara terlalu teruja kot, hingga akhirnya merebak khabar angin tentang pembubaran parlimen Malaysia minggu lepas. Tak pernah berlaku dalam sejarah!

Rasa macam dah malas nak ambil tahu pulak. Orang tu kata gitu, orang ni kata gini…memasing berlumba-lumba tunjuk pandai. Adakala Nampak memandai-mandai. Banyak juga kes yang menampakkan kebodohan diri.

Pendek kata, nak mudah…kalau tak tahu apa-apa tentang apa yang nak cakap tu, baik dendiam ajelah. Tak pepasal orang dapat tahu betapa tak tahunya kita. Kalau guna perkataan “bodoh” kang, ada pulak yang terasa hati, kononnya perkataan itu membawa konotasi melampau tentang kedunguan. Padahal, antara “bodoh” dan “dungu” nak kena Tanya Pak Pandir mana satu lagi hebat ketololannya. Adusssssss! Apa aku dah taip ni? Hu huhuhu apa-apa je lah labu!!!!

Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan awal, 30 April 2013 paling lewat untuk pembubaran parlimen. Semalam Dun Negeri Sembilan dah dibubarkan secara automatic bermula tengah malam. Maknanya,

Semalam Perdana Menteri bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, hari ini pula mengadakan perjumpaan dengan presiden parti komponen BN yang terdiri daripada 13 parti komponen (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP).

Sebelum mengundi, kena tengok video ni dulu, kang kantoi tak daftar pemilih pulak… Taklimat Pengerusi SPR: Video Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13




Kalau belum daftar pemilih, jangan nak dok mengada berkobar-kobar nak balik mengundi ya…tolong sikit!

Sebenarnya, masa tulis entri ni aku hanya nak habaQ: jangan bercakap pasal benda yang kita tak tahu. Diam-diam aje…jangan biarkan orang dok bantai gelak nengok kita dok bercakap bum bang bum bang dengan penuh keyakinan, rupa-rupanya semua itu hanyalah ajaran sesat huh u hu 


8 ulasan:

Unknown berkata...

setuju..jangan cskap tanpa guna akai..;p

Tie HT berkata...

cepat2 lah PR, lambat sangat rasanya

azieazah berkata...

Musim musim camni la ramai yang tetiba jadi pandai semua benda. Cakap dia jer lah yang betul. Jemu kadang-kadang nak layan.

Unknown berkata...

tak sabar nak mengundi. first time ni. :)

anyss berkata...

Diana: hu huhuhu skrg ni ramai org cakap dulu baru nak pikir ;)

anyss berkata...

Tihara: semer org dah tak saboooo nak ngundi ;)

anyss berkata...

Azieazah: hu huhuhu penat nak layan

anyss berkata...

Nicaa: selamat datang nisa....
First time ek? sila buat pilihan yg tepat