Memaparkan catatan dengan label pembubaran parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembubaran parlimen. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Bubar Juga Hari Ini!


Memang ramai yang teruja nak mengundi tahun ni. Dok tunggu je bilakah masanya parlimen dibubarkan sejak tahun lepas lagi, tapi macam tunggu durian yang tak gugur. Akhirnya, dalam siaran langsung ke udara di semua siaran televisyen dan beberapa stesen radio secara langsung pada pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Kalau tengok laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Seperti di tulisnya: 

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," 

Pagi tadi, kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.

Sejak petang semalam dah ramai menulis di blog dan FB Bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar pagi ini. Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet dah jadi tradisi sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013... bubar 3/4/2012? 



Bermula hari ini, maka parlimen dahpun dibubarkan. Dewan Undangan Negeri juga mohon dibubarkan agar pilihanraya boleh dilakukan secara serentak. Dalam tempoh ini, proses pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung. Suasana hangat yang berlaku sekarang ni akan jadi lebih panas. Tak mustahil dalam tempoh ini aku akan malas tengok TV lagi. Penat mata dan telinga!

Nasihat aku kepada semua rakyat Malaysia, ceeeeewah, macamlah aku ni Perdana Menteri nak bagi nasihat segala! Tapi, aku nak nasihatkan jugak jugak ni…tolonglah berfikir secara matang sikit sepanjang tempoh ini hingga berlangsung PRU13.

Undi itu rahsia, usahlah buat provokasi, benci membenci, fitnah memfitnah, tuduh menuduh bagaikan hanya kita sahaja yang SUCI murni dan bakal menghuni syurga tanpa hisab. Hormatilah orang lain, ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia fana ini akan diadili di SANA nanti.

Sekian, pesanan dari penaja!






Jumaat, 29 Mac 2013

Sssssssshhhhhhh!!!! Jangan Kata Apa-Apa


Selain dari hari yang agak panas, cuaca di Malaysia juga sangat panas dan berubah-rubah dengan penat dok menunggu pembubaran parlimen. Spekulaasi tentang pembubaran parlimen dah banyak kali benar bertiup hinggakan rasa teruja nak tahupun dah makin nipis.

Gara-gara terlalu teruja kot, hingga akhirnya merebak khabar angin tentang pembubaran parlimen Malaysia minggu lepas. Tak pernah berlaku dalam sejarah!

Rasa macam dah malas nak ambil tahu pulak. Orang tu kata gitu, orang ni kata gini…memasing berlumba-lumba tunjuk pandai. Adakala Nampak memandai-mandai. Banyak juga kes yang menampakkan kebodohan diri.

Pendek kata, nak mudah…kalau tak tahu apa-apa tentang apa yang nak cakap tu, baik dendiam ajelah. Tak pepasal orang dapat tahu betapa tak tahunya kita. Kalau guna perkataan “bodoh” kang, ada pulak yang terasa hati, kononnya perkataan itu membawa konotasi melampau tentang kedunguan. Padahal, antara “bodoh” dan “dungu” nak kena Tanya Pak Pandir mana satu lagi hebat ketololannya. Adusssssss! Apa aku dah taip ni? Hu huhuhu apa-apa je lah labu!!!!

Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan awal, 30 April 2013 paling lewat untuk pembubaran parlimen. Semalam Dun Negeri Sembilan dah dibubarkan secara automatic bermula tengah malam. Maknanya,

Semalam Perdana Menteri bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, hari ini pula mengadakan perjumpaan dengan presiden parti komponen BN yang terdiri daripada 13 parti komponen (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP).

Sebelum mengundi, kena tengok video ni dulu, kang kantoi tak daftar pemilih pulak… Taklimat Pengerusi SPR: Video Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13




Kalau belum daftar pemilih, jangan nak dok mengada berkobar-kobar nak balik mengundi ya…tolong sikit!

Sebenarnya, masa tulis entri ni aku hanya nak habaQ: jangan bercakap pasal benda yang kita tak tahu. Diam-diam aje…jangan biarkan orang dok bantai gelak nengok kita dok bercakap bum bang bum bang dengan penuh keyakinan, rupa-rupanya semua itu hanyalah ajaran sesat huh u hu