Selasa, 19 Mac 2013

Mac Bulan Bonus?


Macam best kan kalau setiap tahun…tiba aje bulan Mac, bertimpa-timpa semua orang dapat bonus.

Tahniahlah kepada orang Telekom Malaysia Bhd. (TM), hari ni mereka pekerja TM dapat bayaran bonus RM500 secara one-off kepada semua anggota tetap, kontrak dan leasing. Aman makmur seMalaya kita ni ya…rezeki melimpah-limpah.

Hari tu Penjawat Awam dapat beberapa perkara termasuk kenaikan gaji, (pekeliling naik gaji dah keluar tu...) walaupun bukan semua orang dapat. Termasuk akulah tu. Kalau dah rezeki, adalah rezeki. Bila bukan rezeki kita, ada aje kena tahan kat mana-mana ya. Terima kasihlah ya kepada orang yang suka menahan rezeki orang tu, moga-moga murahlah rezeki aku tang lain. Mana tahu kan, tetiba je termengurat Orang minyak saudagar minyak urat huh u hu ayat tak leh blahhhh!

Di Menara TM Bangsar juga, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi penggunaan untuk tempoh 30 minit pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar dengan kampong Kerinci menjadi lokasi pertama. 


2 ulasan:

azieazah berkata...

Saya dah lama lupa pasal bonus bonus ni, maklum dah berapa tahun tak merasa.

InsyaAllah jika ada rezeki akan datang kot boleh la merasa sikit bonus ni semula.

Azian Elias berkata...

alhamdullilahhh..belanja bolehhh..