Sabtu, 16 Mac 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM GAJI MAKSIMUM MINIMUM 2013


Sejak pengumuman PM tentang insentif kepada Penjawat Awam minggu lepas, sejak itu ramai penjawat awam tersenyum lebar. Lebar tak senyum?

Tertunggu-tunggu tak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013 dari JPA?

Haaaaa….dah pun keluar pekeliling tersebut yang dikatakan untuk menambah baik struktur JGMM bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah SSM 2012.


Dalam pekeliling ini, Struktur JGMM sedia ada ditambah baik seperti berikut:

Peringkat gaji (P) bagi Kumpulan Pelaksana dan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijadikan satu lapisan jadual gaji minimum-maksimum yang baru dengan melibatkan penggabungan:
a. Peringkat gaji P1, P2 dan P3 di gred lantikan.
b. Peringkat gaji P1 dan P2 di gred kenaikan pangkat.

Gaji maksimum JGMM bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT).


Kaedah Pemindahan Gaji JGMM

Bagi maksud pemindahan gaji dalam penambahbaikan struktur JGMM ini, gaji pegawai pada 31 Disember 2012 hendaklah dipindahkan sebagai amaun gaji yang sama dalam JGMM baru pada 1 Januari 2013 termasuk bagi pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:

1. pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan asal. Manakala, gaji jawatan peminjaman atau jawatan pertukaran sementara hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan di agensi peminjam.

2. pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan asal.

3. pegawai yang cuti bergaji penuh, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru.

4. pegawai yang cuti separuh gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru serta dibayar separuh daripada gaji baru.

5. pegawai yang cuti tanpa gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru. Pegawai akan dibayar gaji baru apabila kembali bertugas.



Pergerakan Gaji Tahunan

Bagi maksud PGT, mulai tahun 2013 dan seterusnya, pegawai adalah layak dipertimbangkan PGT tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

Selaras dengan penambahbaikan gaji maksimum dalam JGMM baru ini, pegawai yang telah berada di gaji maksimum dalam JGMM pada tahun 2012 boleh diberi PGT bagi tahun 2013 dan seterusnya, mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM baru.

Pegawai yang diluluskan gaji KUP oleh Bahagian Saraan, JPA, gaji pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru. Sekiranya gaji yang dipindahkan tersebut berada dalam lingkungan JGMM yang baru, maka pegawai tidak lagi diperuntukkan gaji KUP dan pegawai layak dipertimbangkan PGT tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.


Elaun dan Kemudahan: Penambahbaikan struktur JGMM ini tidak mengubah kadar elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa.

Indeks Jadual Gaji Minimum-Maksimum Perkhidmatan Awam Malaysia dan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Mulai 1 Januari 2013 bolehlah download PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013.

Kalau tak dapat kat situ, boleh cuba di sini ya PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM –MAKSIMUM PENJAWAT AWAM

Selamat menelaah!








10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum Anyss...

Pening kepala kakcik nak memahamkannya...

anyss berkata...

kakcik: bahasa pekeliling memang gitu kakcik, bila adah baca semua hu hu huhu tak tau nak komen apa hu huhuhu hu

Najwa.H berkata...

Mmg x paham (:

Tapi harap ada la kenaikan.
Naik tangga gaji last yr pun tertunggak blum dpt lg.uhuhu.

anyss berkata...

Najwa: baca pelan2, akan faham. bila dah faham tu...errrr errrr tak mau nak komenlah hu huhuhu hu

redha ajelah!

gadisBunga™ berkata...

saya pun tak paham! hehehehe!!!

Cetusan berkata...

Kerja lapan jam buat sideline 4 jam,, huhukk nak hidup masuk Gerakan,,selesa sikit

anyss berkata...

GB: tak pe...tak faham pun tak apa sebenarnya. tak sakit kepala

anyss berkata...

ZZ: selamat kerja keras ya

Manira Sahmura berkata...

Salam.saya rasa pekeliling yg dipautkan tu dah lama dibuat.perkara tahun lalu.Cuma skrg orang masih cuba memahami ayat PM yang mengatakan kerajaan setuju buat pemindahan bulan julai.yg itu belum ada pekeliling cara pengiraannya.tapi sefahaman saya dan byk blog menafsirkan setiap org akan mengalami 2x PGT tahun ni.Waallahualam.tunggu dan lihat

AzianKhalil berkata...

penjawat awam naik gaji seciput..barang naik harga berciput-ciput...