Seronok bila dapat sesuatu dari seseorang yang istimewa kan?
Hati tiba-tiba jadi macam gula-gula kapas warna pink yang ringan je…macam terbang ke awan gayanya. Hu huh u itu baru Cik Bintang yang bagi, kalau Cik Abe Gewe yang bagi, lagi tinggilah melayang-layangnya ya.
Ni dia benda alah yang Cik Bintang bagi tu…comey tak?
Inilah dia namanya ABM Luminous DoterLily. Yang bestnya benda alah ni boleh diambil oleh lelaki dan wanita…biasanya, kalau produk kecantikan, hanya untuk wanita sahaja. Haaaaaa tunggu apalagi lelaki kacak, silalah serbu huh u hu... mesti boleh jadi macam hero k-pop tu ;)
Aku ni jenis cerewet kalau bab makan produk kesihatan @ suplemen makanan tambahan. Hanya pilih yang betul-betul menyihatkan sahaja. Tak mau yang ada kesan sampingan. Sekarang ni, banyak produk mengistiharkan produk mereka tak ada kesan sampingan, tapi bila kita teliti kandungannya…mak aihhh, lain yang cakap, lain yang letak. Inilah kandungannya, ada tulis kat kotak;
ABM Luminous DoterLily juga ada sijil halal JAKIM dan diklasifikasikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun ada yang berfikiran sempit mengatakan tak ada gunapun sijil KKM ni (sebab tu banyak berlaku penipuan no KKM. Persoalannya, kalau sijil KKM tu tak penting, kenapa pengeluar perlu bersusah payah untuk tampal no sijil KKM tipu berkenaan), tapi bagi aku, bila sijil SAH KKM ada, bermakna produk itu telah diakui kandungannya. Kita tak perlu ragui lagi kandungannya.
Usah berfikiran dangkal bab-bab halal dan sijil KKM, sebab benda yang kita makan itu akan jadi darah daging. Akan mengalir dalam darah dan sistem tubuh kita. Kalau kandungannya tak selamat, untuk jangka panjang boleh menyebabkan organ dalaman terutama buah pinggang dan hati rosak.
gambar aku ambik sendiri, tak comey ampunnnkanlah ya! |
Kalian yang ada orang tersayang tu tak apalah kalau sakitpun kan? Memang tak apa ek? Yakin benar ya orang yang tersayang itu akan jaga kita macam Abil jaga Gee?
Aku ni kena jaga diri sendiri, jadi kena pastikan setiap apa yang aku buat, ambil dan makan selamat. Kena elakkan dari sakit. Kalau boleh, bila sampai masa Allah tarik nyawapun, biarlah bukan dalam keadaan sakit tenat hingga menyusahkan orang. Biarlah matinya mudah sahaja, dalam keadaan sihat. Errrr…apa aku melalut sampai bab mati ni?
Terima kasih Cik Bintang! Kalau ada yang nak jelita macam aku jugak, silalah jengah Sihat Store kepunyaan Cik Bintang tu. Tak sabar nak menjelitakan wajah dengan telan benda alah ABM Luminous DoterLily ni. Lagi tak sabar sebab ABM Luminous DoterLily ni ada kandungan carotenoids membantu melindungi UV. Best tak?
Kebaikan kedua, imbangi paras minyak. Nanti, tak adalah muka aku ni berminyak merelip-relip. Aku ni tak suka tambah bedak bagai lepas solat. Bayangkanlah lepas zohor, kemudian asyar…fuhhhh, boleh perah minyak kat muka terutama di hidung. Dahhhhh tak jelita! Dua perkara ni memang penting untuk aku yang sangat rajin menatarias wajah setiap hari di tempat kerja. Dah petang memang selekeh ya…usah terpedaya dengan ayat manis itu!
ABM Luminous DoterLily kaya dengan sumber antioksida, meningkatkan tenaga sel…kasi anjal semula kulit dan meningkatkan hidrasi kulit. Yang ni biasa-biasa sahaja bagi aku walaupun aku memang teruja jugak nak dapatkan kulit yang mulus, licin dan berseri. Maklumlah, kulit aku yang jarang pergi facial ni memang sentiasa kusam.
Dulu dah berazam nak selalu buat facial, pergi spa segala macam perempuan sejati yang lain…tapi kalau dah dasar warm-warm chiken shit, tak ke manapun azam tu. Ke laut juga!
7 ulasan:
Suppliment tu penting untuk tubuh. Mak akak selalu bising dengan anak2 jangan sayang duit sangat, beli suppliment utk jaga kesihatan. Anak macam biasalah culas...heheee...
Suppliment tu penting untuk tubuh. Mak akak selalu bising dengan anak2 jangan sayang duit sangat, beli suppliment utk jaga kesihatan. Anak macam biasalah culas...heheee...
jlita gelita jgn tonjol,seksa I tau
Junaina: hebatnya mak. Tak ramai orang bangsa kita suka supleman bagai ni, kononnya membazir. Bazir tang benda lain boleh pulak tu...
Bila umo dah meningkat ni (errrr...kenapa masih lagi ingat 18 tahun ek?), berazam nak jaga kesihatan sebaik mungkin.
ZZ: hu hu hu kenapakah? Mengapakah?
tak sabar nak nantikan
bila anyss dapat rasa perubahan ayu pun mauu
ada UV protection - mmm...sangat menarik bagi orang yang tengah menggelap macam kite nih!
Catat Ulasan