Memaparkan catatan dengan label produk makanan tambahan suplemen kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label produk makanan tambahan suplemen kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, 4 April 2013

Kenapa Aku Perlukan Suplemen Makanan Tambahan Dalam Menu Harian


Semakin hari, usia kian meningkat. Aku ni kalau bab makan, memang sentiasa sahaja lupa. Kalau perut tak lapar, selalu sahaja lupa nak makan. Tangan dah tergigil-gigil baru teringat yang masih belum makan. Ada masa, makan tengahari pun dah jam 4 petang. Ada masa lain terbabas hingga malam. Orang tengah makan malam, aku baru ambil makan tengahari. Sila jangan ikut perangai tak senonoh ni.

Aku juga tak boleh minum susu. Banyak kali dah cuba minum, tapi kembang tekak dan akhirnya muntah. Tak tahan dengan bau susu lembu. Susu kambing lagilah tak boleh telan. Kalau paksapun, sekali dua je mampu telan, selepas itu akan dimuntahkan semula. Rugi je. Kalau tampal kat muka pun boleh buat jelita apa la la la

Walaupun aku cuba ambil susu yang ada perasa macam-macam, tapi akhirnya tetap membazir. Jadi aku akan berdepan dengan masalah tulang rapuh nanti. Tak tahu nak buat macam mana dah ni. Pernah dulu tukarkan susu dengan soya. Sekali dua boleh telan lagi, akhirnya soya tu buang je. Nasib baik boleh makan tau fu fa…Cuma, macamlah kerap sangat aku ke pasar malam. Kalau pergi pun selalu je lupa nak beli huh u hu banyak sangat alasannya ek?

Dahlah jarang makan buah, tak minum susu…aku jugak memilih makan sayur walaupun makan sayur tu macam satu kemistian untuk aku. Aku hanya makan sayur tertentu sahaja sebab dah terbiasa begitu. Bukan semua jenis sayur aku telan. Kalau dulu, setiap hari aku hanya makan sayur kobis dan sawi je…sekarang ni agak banyak jenis sayur jugalah aku makan, tapi masih juga lagi belum memenuhi keperluan tubuh. Kalau tak ambil suplemen makanan tambahan dalam bentuk vitamin, mana nak dapat tu?

Disebabkan hidup aku tak macam orang lain, ada masa waktu tidur yang dua tiga jam sahaja itu aku dapat masa orang lain jaga, masa jaga tu pulak ketika orang lain tidur…aku memang memerlukan keseimbangan nutrien. Bilalah masanya aku sempat untuk kunyah buah, makan dengan sempurna nutrisinya kalau hidup lintang pukang macam ni…sebab itu aku perlukan makanan tambahan.

Faktor usia sendiripun memang memerlukan aku dapatkan makanan tambahan suplemen tertentu, apalagi dengan faktor gaya hidup. Walaupun aku tak merokok, tak mentekedarah air kencing setan, tak telan pil estacy atau dadah bagai, namun keseimbangan nutrien dalam badan kena jaga.

Kalau boleh, aku tak mahu tulang mereput dengan cepat. Siapalah akan jadi tongkat aku nanti. Siapa nak pimpin aku turun tangga kalau ensel lutut longgar. Akulah jugak kena buat sendiri.

Dulu aku pernah ambil satu produk herba yang hanya dijual di kedai sensei, yang kemudiannya dijual secara MLM. Bagus produk tu, tapi tekak aku ni dah tak boleh telan sebab bau herba tu agak kuat juga walaupun dalam bentuk kapsul. Sejak itu aku dah tak ambil lagi (selain harganya boleh tahan jugak mahalnya, sebiji lebih kurang RM4).

Dengan kecelaruan cara hidup sebegini, aku memang perlukan makanan tambahan untuk sentiasa sihat, inshaa Allah. Buat masa ini aku dah guna hampir sebotol vitamin C.


Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, Jangan Tak Percaya Kalau Aku Jelita Selepas Ni, aku memang hanya ambil makanan tambahan yang benar-benar selamat sahaja. Sila baca entri berkenaan kalau nak tahu kenapa.

Untungnya aku ada Cik Bintang (NSHanie panggil Tuan Penasihat Dua Puluh Persen huh u hu macam dalam filem Tiga Abdul pula ya…) yang pakar tentang makanan tambahan. Setiap suplemen @ makanan tambahan yang aku ambil, aku tanya dia dulu. Kalau dia kata okey, aku rembat. Kalau dia kata “tak payah kot”, maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan produk berkenaan.

Banyak kali jugak produk yang aku nak beli dia kata “tak payah kot” huh u hu, akhirnya, kalau nak apa-apa produk, aku mintak je dia yang beli. Aku jadi tukang bayar dan telan aje. Mudah kan?

Nak nasihat Cik Bintang juga tentang produk penjagaan kesihatan, makanan tambahan @ suplemen ni? Silalah ke Sihat store. Dengan adanya tempat ni, aku boleh dapat macam-macam produk yang aku suka dengan lebih mudah. Cakap je produk jenis apa yang aku nak, dia akan tolong carikan untuk aku la la la tak payah dah berebut parking bagai ;)



Isnin, 18 Mac 2013

Jangan Tak Percaya Kalau Aku Jelita Selepas Ni

Seronok bila dapat sesuatu dari seseorang yang istimewa kan?

Hati tiba-tiba jadi macam gula-gula kapas warna pink yang ringan je…macam terbang ke awan gayanya. Hu huh u itu baru Cik Bintang yang bagi, kalau Cik Abe Gewe yang bagi, lagi tinggilah melayang-layangnya ya.

Ni dia benda alah yang Cik Bintang bagi tu…comey tak?



Inilah dia namanya ABM Luminous DoterLily. Yang bestnya benda alah ni boleh diambil oleh lelaki dan wanita…biasanya, kalau produk kecantikan, hanya untuk wanita sahaja. Haaaaaa tunggu apalagi lelaki kacak, silalah serbu huh u hu... mesti boleh jadi macam hero k-pop tu ;)

Aku ni jenis cerewet kalau bab makan produk kesihatan @ suplemen makanan tambahan. Hanya pilih yang betul-betul menyihatkan sahaja. Tak mau yang ada kesan sampingan. Sekarang ni, banyak produk mengistiharkan produk mereka tak ada kesan sampingan, tapi bila kita teliti kandungannya…mak aihhh, lain yang cakap, lain yang letak. Inilah kandungannya, ada tulis kat kotak;



ABM Luminous DoterLily juga ada sijil halal JAKIM dan diklasifikasikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun ada yang berfikiran sempit mengatakan tak ada gunapun sijil KKM ni (sebab tu banyak berlaku penipuan no KKM. Persoalannya, kalau sijil KKM tu tak penting, kenapa pengeluar perlu bersusah payah untuk tampal no sijil KKM tipu berkenaan), tapi bagi aku, bila sijil SAH KKM ada, bermakna produk itu telah diakui kandungannya. Kita tak perlu ragui lagi kandungannya.

Usah berfikiran dangkal bab-bab halal dan sijil KKM, sebab benda yang kita makan itu akan jadi darah daging. Akan mengalir dalam darah dan sistem tubuh kita. Kalau kandungannya tak selamat, untuk jangka panjang boleh menyebabkan organ dalaman terutama buah pinggang dan hati rosak.

gambar aku ambik sendiri, tak comey ampunnnkanlah ya!

Kalian yang ada orang tersayang tu tak apalah kalau sakitpun kan? Memang tak apa ek? Yakin benar ya orang yang tersayang itu akan jaga kita macam Abil jaga Gee?

Aku ni kena jaga diri sendiri, jadi kena pastikan setiap apa yang aku buat, ambil dan makan selamat. Kena elakkan dari sakit. Kalau boleh, bila sampai masa Allah tarik nyawapun, biarlah bukan dalam keadaan sakit tenat hingga menyusahkan orang. Biarlah matinya mudah sahaja, dalam keadaan sihat. Errrr…apa aku melalut sampai bab mati ni?

Terima kasih Cik Bintang! Kalau ada yang nak jelita macam aku jugak, silalah jengah Sihat Store kepunyaan Cik Bintang tu. Tak sabar nak menjelitakan wajah dengan telan benda alah ABM Luminous DoterLily ni. Lagi tak sabar sebab ABM Luminous DoterLily ni ada kandungan carotenoids membantu melindungi UV. Best tak?

Kebaikan kedua, imbangi paras minyak. Nanti, tak adalah muka aku ni berminyak merelip-relip. Aku ni tak suka tambah bedak bagai lepas solat. Bayangkanlah lepas zohor, kemudian asyar…fuhhhh, boleh perah minyak kat muka terutama di hidung. Dahhhhh tak jelita! Dua perkara ni memang penting untuk aku yang sangat rajin menatarias wajah setiap hari di tempat kerja. Dah petang memang selekeh ya…usah terpedaya dengan ayat manis itu!

ABM Luminous DoterLily kaya dengan sumber antioksida, meningkatkan tenaga sel…kasi anjal semula kulit dan meningkatkan hidrasi kulit. Yang ni biasa-biasa sahaja bagi aku walaupun aku memang teruja jugak nak dapatkan kulit yang mulus, licin dan berseri. Maklumlah, kulit aku yang jarang pergi facial ni memang sentiasa kusam.

Dulu dah berazam nak selalu buat facial, pergi spa segala macam perempuan sejati yang lain…tapi kalau dah dasar warm-warm chiken shit, tak ke manapun azam tu. Ke laut juga!