Isnin, 6 Ogos 2012
PM Kata: Kerajaan Pusat Adil, Telus & Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan
Ohhhhh! Aku sangat bangga, Alhamdulillah!
Berkat Ramadhan barangkali…berkat Nuzul Qur’an barangkali!
Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana menteri Negara Malaysia tersohor ini berkata
kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara
termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku adil
dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah,
kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu
bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...
isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan
dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini,
yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN.
Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan
BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi
termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok
yang akan dimulakan pada tahun depan.
Ohhhh! Sila yakinkan aku untuk terus percaya!
Komen aku: aku ni sebenarnya orang yang mudah serik
bila aku serik, sebutlah rimau ka gajah ka…aku tetap serik
kalau aku komen banyak…kang ada hati terguris sakit
biarlah buat masa ni hati kami yang patah relai dilelong jaja
namun, kenalah tahu…bila dah serik, semuanya akan jadi payah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Kembalikan segalanya kepada Allah. Hanya Dia yang tahu setiap apa yang terdetik di hati kita walaupun lain di mulut yang menuturkan kata...
Serik dgn janji2 politik takpe.
Jangan serik utk bercinta .... hehehe
terima kasih 1Malaysia....
kakcik: Dia Maha tahu apa yang terbaik untuk kita semua...
YB: Dalam hati sentiasa sudi berkejaran di taman...
Eelobor: hu hu hu kasih diterima 1Malaysia la la la
Selamaat bersahur..
Dalam hati..isi hati..Allah maha Mengetahui..
mamawana: tak pe...dlm hati ada taman, dlm senyum ada wangi ;)
Catat Ulasan