Rabu, 12 Januari 2011

Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh

Pada tarikh yang cantik ini, 1111, aku kongsikan kisah ini. Entri ini akan panjang...sila buat persediaan mental yang cukup untuk hadapinya ;)

Kisah ini dan beberapa entri sepanjang minggu ini berkisar tentang pengalaman aku berada di bumi Dhaka, Bangladesh pada bulan Disember 2010 lepas. Harapnya catatan ini membuka minda kita semua untuk mengenali negara dan penghuninya yang terlalu ramai kita jumpa di negara ini.

Kali ini aku akan kongsi pengalaman perjalanan ke Dhaka, Bangladesh. Hah? Bangladesh? Apa kelas Bangladesh hu hu hu …untuk kalian yang utamakan kelas-kelas dan strata sebegitu, entri ini sangat tidak sesuai untuk anda. Entri ini hanyalah pengalaman orang-orang yang bajet ciput macam aku tetapi hati sangat besar nak jelajah dunia hu hu hu.

Aku dah penat tanya Inche Google tentang negara yang agak dekat di hati kita ini, tetapi payah nak dapatkan sumber rujukan di internet berdasarkan pengalaman orang Malaysia yang pergi sana. Tak banyak yang ditulis melainkan tampal-tampal gambar sahaja. Jadinya, sebelum ke sana, kepala aku memang tak mampu nak gambarkan apa-apa, tambahan pula sepanjang Disember aku kalut malut melompat sana sini. Jadinya, tak sempat nak Tanya betul-betul dengan Inche Google. Redah ajelah labu!

Perkara pertama kena buat: tempah tiket. Dua bulan sebelum pergi aku dah tempat tiket, RM815 naik AirAsia. Kelam kabut sana, kelam kabut sini, hamper lupa nak ambil visa walaupun Cik Bintang dah ingatkan. Nasib baik sempat. Visa perlu bayar RM37 melalui Maybank dan serahkan salinan slip tersebut ke kedutaan tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur bersama-sama 3 keping gambar, 2 salinan borang, surat dari pihak berkaitan di Dhaka dan surat dari UKM (sebab pergi dengan urusan kerja. Kalau pergi melancong, tak perlu kot. Aku kirim sahaja dengan ketua rombongan Cik Kiah sebab pada masa tersebut aku sibuk berkayuh perahu mencari Bujang Senang di tengah Sungai Sarawak).

LCCT merupakan lapangan terbang tambang murah paling sibuk di dunia. Sangat sesak mengalahkan Pudu pada musim raya. Ramai orang. Padat. Sendat. Hari biasapun sentiasa ramai orang, apalagi kalau cuti sekolah atau musim perayaan. Macam pasar malam pun ada. Ini merupakan larian terakhir aku pada tahun ini (Semasa entri ini ditulis masih lagi 2010), naik turun belon.

Penerbangan jam 2.10 petang di LCCT dan kembali nanti jam 4.45 petang waktu Dhaka. Ada satu penerbangan sahaja sehari tetapi tidak pasti berapa kali seminggu Airasia terbang ke sana. Sila datang ke LCCT lebih awal kerana manusia terlampau ramai, perlu beratur panjang. Semasa daftar masuk, aku nampak hanya beberapa orang perempuan sahaja yang menaiki pesawat ini dan semuanya bersama-sama keluarga masing-masing. Nasib baik aku ada 2 orang body guard yang hensem lebih daripada mereka, kalau tak, huh…tak tau macam mana.

Sebelum masuk ke balai berlepas atau setiapkali terbang dengan Airasia, pastikan anda makan dahulu. Paling tak sempat pun, makanlah di LCCT. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kali ke dua aku pusing mencari tempat makan di LCCT, barulah kami dapat tempat duduk di Mary Brown.

Di terminal, fuyoooooooooooo….aku jadi perempuan paling jelita dan rupawan kat situ. Oohhhhh sila bayangkan dengan penuh perasaan ya…body guard aku kata”Hari ni awak jadi Mak Datin Bangla” hu hu hu hu paling kurang merasa jugak aku jadi mak datin ya. Anggap sahajalah kata-kata itu pujian kalaupun tujuan asal penuturnya nak kutuk aku kaw kaw sebab warna kulit aku macam kopi terlebih susu unta (mereka bergurau aje ya…tak ada niat kutukpun).

Bila anda gunakan Airasia dan menuju ke Dhaka sebagai destinasinya, usah terlalu berharap anda akan temukan satu perjalanan nan indah-indah seperti pergi Switz pada musim bunga ya. Masuk sahaja dalam belon, suasana dan bau Dhakanya sudah dapat anda lihat dan saksikan.

Satu kapal terbang, tak sampai 10 orangpun penumpang wanitanya. Jadi, aku perlu mengalah melainkan kalau nak jadi “ganas” lebih daripada lelaki-lelaki itu. Pesawat akan deelay (penerbangan kami deelay satu jam) kerana pelbagai hal-hal teknikal.

Tak ramai penumpang dalam pesawat ini biasa terbang. Tambahan pula, dalam penerbangan ini terdapat lebih 20 orang yang dihantar pulang pihak imigresen Malaysia dengan pelbagai kes terutamanya hal-hal yang melibatkan permit kerja. Kiranya, kapal terbang ini macam tongkang yang hantar mereka pulang.

Sebahagian besar penumpangnya perlu dibantu untuk duduk di bangku yang betul. Suasana memang bingit sebab mereka ini bercakap menggunakan speaker bervolume tinggi macam dalam filem Hindi…Oppppssss! Tukar! Bukan Hindi, tapi Tamil. Usah ditanya apa hidung anda akan nikmati aromanya. Macam-macam bau ada. Nasib baik pramugari Airasia yang comel-comel tu, bila sesekali melintas memberikan aroma yang agak menyegarkan hidung.

Biarpun berulangkali diingatkan supaya tutup telefon masing-masing, mereka ni ada lesen besar. Apa dia nak heran sangat. Sebahagian besar daripada mereka akan bercakap di telefon walaupun dah masuk pesawat. Kalau sekadar umumkan di pembesar suara meminta matikan telefon, tak ada kesanpun. Pramugari perlu tepuk bahu dan minta matikan telefon, mereka hanya putuskan talian sahaja. Bila pramugari dah berlalu, mereka akan telefon semula hingga memaksa pramugari manis minta telefon tersebut dan tolong matikan hu hu hu boleh anda bayangkan betapa manisnya wajah pramugari cantik bermake up tebal itu? pertama kali aku tengok situasi begini.

Bila semua telefon Berjaya dimatikan, barulah suasana senyap seketika dan kecoh semula bila sampai bab makan. Ada juga yang mengkritik Airasia yang tak sediakan makanan percuma (aku malas nak ulas bab ni, karang tak pasal-pasal entri aku akan jadi terlebih panjang).

Lepas makan (bagi yang makan), ada pula aktiviti mesyuarat tingkap. Lepak-lepak. Bercerita. Berkenalan sesama mereka. Eratkan silaturrahim ya kawan-kawan.


Acara mesorat tingkap

Bila nak mendarat, masing-masing nak serbu tingkap untuk jenguk ke bawah. Oooohhhhh! Aku yang dah sedia darak (peeerak=jakun), tetiba je jadi sopan padahal biasanya aku yang akan terjenguk-jenguk arah tingkap nak tengok, tetapi kali ini hanya panjangkan leher sedikit sahaja. Tak sampai buat lebih-lebih sebab aku nampak mereka dah buka tali keledar dan bangun untuk jenguh bawah. Adussssssssssss!

Dhaka dari pandangan udara. Sangat padat!



Akhirnya mendarat juga di lapangan terbang Zia, Dhaka pada jam 4 petang (waktu tempatan, 6 petang waktu Malaysia). Penerbangan ambil masa tiga jam. Kami perlu naik bas ke terminal. Suasana dah gelap pada masa itu tetapi matahari masih tergantung cantik dengan warna sebam menyambut kami. Awalnya aku ingatkan sebab kabus cuaca sejuk, sewaktu balik barulah aku tahu bahawa sebam mentari itu sebab partikel udaranya yang tepu. Di bahagian atas partikel itu, mentari memancar terik. Mmmmmm banyak habuk!

Ini suraunya. Marilah ramai-ramai kita pakat bersyukur dengan surau sempurna di KLIA @ LCCT ya rakan-rakan...(pesanan dari penaja hu hu hu)



Ini pula bilik air. Penuh tradisi tempat cebok air tu. Kalau besarlah “hajatku” entah berapa kali perlu penuhkan “guri” tu. Guri?


Memang agak penat bila penerbangan ambil masa 3 jam, deelay lagi. Ambil kira juga masa menunggu dan hal remeh temeh di lapangan terbang. Di imigresen, perlu bersedia untuk beratur agak lama. Setiap seorang mengambil masa hingga lima minit. Rupanya, mereka taip semula apa yang ada dalam slip kedatangan pelancong yang kita isi itu ke dalam sistem. Belum online ya rakan-rakan...

Di hadapan imigresen, ada money changer. Sila tukarkan USD anda ke Taka ya...USD100=70.100 Taka (ikut tukaran semasa), tapi...dia orang ni anggap angka 100 kat belakang tu tak wujud. Hanya 70 000 Taka sahaja diberikan.

Di lapangan terbang ini, kami disambut dengan hurungan nyamuk. Agak lama kami ternanti-nanti, tercari-cari dan tertunggu-tunggu orang datang jemput. Kami tak ambil teksi sebab pihak penganjur sediakan perkhidmatan tersebut dengan bayaran USD50. Ikutkan rasa, memang sangat mahal bila membandingkannya dengan nilai Taka. Bila dah ada di jalan, dah tak kesahpun lagi nilai tersebut kerana kami dipandu seorang yang tahu berbahasa Inggeris dan berpengetahuan juga. Banyak maklumat tempatan kami boleh dapat.

Keluar dari lapangan terbang, kejutan budaya terjadi kepada kami.

29 ulasan:

eelobor berkata...

asyik terbang sana sini jer. best la keja cam dia nie

anyss berkata...

Eelobor: Adatlah kerja...ada tang menarik, ada tang tak boleh terima akal. terpulang kat kita nak pilih yang mana untuk motivasikan diri.

azieazah berkata...

Sekali sekala bila tercampak ke negara orang yang begitu berbeza dgn kita, kita akan melihat sesuatu yg baru.. menarik tu.

Samada mereka lebih mundur atau kurang sedikit dari kita, atau jauh lebih baik dari kita, tetap menarik dan unik dlm cara mereka tersendiri.

Luas berjalan, banyak pengalaman. Itu yang mahal.
Takkan nak pergi tempat yang selesa saja kan? kalu tengok yg indah jer, bila nak rasa insaf? :)

anyss berkata...

Azieazah: Betul tu. Insaf sampai rasa tak nak membazir lagi walaupun saya masih lagi berada dalam kategori belum membazir ;)

ztie berkata...

wah.. Bestnya dh sampai dhaka. Anyss keje apa ek? Erm... Memang mcm tula kan adat kalau dh pg tmpt org. Dulu mcm tak menghargai tmpt sendiri. Bila dh pergi tmpt lain baru tau betapa bertuahnya kita sbnrnya

anyss berkata...

Ztie: kuli batak je...
Bila kita tahu betapa sukarnya org lain, barulah rasa bertuahnya diri sendiri kan? Selalunya kita tengok lebih orang je, dok pulun nak jadi macam tu jugak.

Insaf jab ;)

Tanpa Nama berkata...

seronok bila dpt jejak negara org..walaupun cuma bangladesh.. :)

gadisBunga™ berkata...

best baca. nak tunggu next entry. kejutan budaya apakah itu????

anyss berkata...

Mak dara: memang teruja dan seronok, tapi bila baliknya....fuyoooo kena demam, selsema dan batuk yang teruk

anyss berkata...

GB: Tungguuuuuuuuuuu hu hu hu -----> kasi suspen sikit

abigemok berkata...

hoho bestnya dpt dtg negara org. Setiap tempat tu ada kelebihan dan kekurangan sendiri :)

anyss berkata...

kyuubi: Banyak yang kita akan belajar kat tempat orang ;)

YUSRI berkata...

best baca cerita awak..

anyss berkata...

Yusri: terima kasih. Perkongsian pengalaman, terutama...jarang orang pergi tempat ni

Tanpa Nama berkata...

sonoknyer jalan2 oops keje2 gi dhaka kanns.. ehehe, nice story.. keep it up

harris berkata...

Salam. Nak tumpang tanya, berapa hari boleh siap visa?

anyss berkata...

Foto: nasib baik pergi sekejab je...masih rasa seronok. kalau lama....hu hu hu menderita dik non oiiii!

anyss berkata...

Harris: Visa dianggarkan siap dalam tempoh 3 hari, tetapi lebih baik awal sikit sebab kedutaan ni cuti ikut cuti negara mereka dan kita tak tahu bila masa mereka cuti. Masa kami pergi dulu, mereka bercuti untuk kemerdekaan...nyaris-nyaris tak sempat dapat. Tapi kalau terdesak macam tu, telefon mereka dan bercakap "dari hati ke hati", insyaAllah kalau urusan kerja dan rasmi, mereka boleh siapkan awal dari tu...

Unknown berkata...

Workers je yg naik air asia. Kalau naik MAS tak ada haruman semulajadi ni

Unknown berkata...

Visa buat awal2 bole x??? Dlm 2/3 bulan sebelum dr tarikh beli tiket....

Unknown berkata...

visa bangladesh bole siap dlm 3ari je.. RM41 utk bis trip

Unknown berkata...

zakiah zakaria senang tak proses utk buat visa tu.. dokumen apa yg perlu?
I nk buat tourist visa

anyss berkata...

Novi food: ambo marhaen je, hanya layak guna airasia.

anyss berkata...

Tuan ainon: Rasanya mereka minta salinan tiket penerbangan

anyss berkata...

Zakian zakaria: terima kasih dengan info

anyss berkata...

Ieza Azizul: saya tidak ada jawapan untuk pertanyaan sdr sebab saya pergi dengan urusan kerja. jadi dokumen semua memang lengkap. memang tak ada soal jawab sangat.

soleha berkata...

Asalamuaalikum
Tumpang tanya
Lepas kita da buat passport antarabngsa ,kt mana kita nak buat visa untuk pergi ke bangladesh
Minta perjelasan
Saya pertama kali nk buat passport

soleha berkata...

Asalamuaalikum
Tumpang tanya
Lepas kita da buat passport antarabngsa ,kt mana kita nak buat visa untuk pergi ke bangladesh
Minta perjelasan
Saya pertama kali nk buat passport

soleha berkata...

Leza Azizul
Visa ke bangladesh nak buat dkt mana ye?
Untuk visa tourist dokumen apa je mereka minta ? Minta penjelasn