Selasa, 11 Januari 2011

Melihat dengan Hati

Ini entri intro tentang pengalaman aku di Dhaka, Bangladesh.

Tak ramai orang suka ke negara-negara yang padat manusia dan kurang maju seperti Bangladesh, Pakistan dan India. Indonesiapun ramai orang pergi hanya sebab tambangnya murah, dekat, bahasa yang hampir sama dan tukaran matawang yang sedikit rendah. Tak sempat bosan terbang, dah pun pijak bumi semula. Namun, aku sangat percaya yang banyak penalaman kita boleh saksikan, banyak perkara boleh kita lihat biarpun di negara miskin sebegitu.

Bila ke negara-negara begini, banyak perkara kita perlu bersedia terutama fizikal dan mental. Ada masa, kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku dan ditemu. Tak mampu nak jangka, contohnya; kita ingat bila infrastruktur sempurna, maka semuanya akan lancar. Namun, ada masa, itu tidak menjadi. Mentaliti orang yang guna juga turut mempengaruhi. Kalau sekadar harapkan infrastruktur sahaja tahap pertama dunia tetapi orang yang gunakan itu seperti manusia yang tidak bertamadun...apa yang ada tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bila keadaan menghimpit dan mendesak, ramai orang akan jadi kreatif. Masa di Bandung, aku saksikan bagaimana masyarakat tempatan mampu menjadi kreatif untuk teruskan kelangsungan hidup mereka. Ada yang jual jajan, akhbar, buah yang siap dipotong, minuman dan sebagainya antara kesesakan jalan raya atau di kawasan Pasar Baru yang menjadi tumpuan pelancong (terutama dari Malaysia). Mereka pergi kepada pengguna, bukannya pengguna yang cari mereka. Orang Malaysia, bila dan beli belah memang tak akan rasa dahaga dan lapar. Jadi mereka hadir menawarkan air minuman yang harganya lebih mahal dari di Kuala Lumpur sebenarnya. Tiga kali ganda. Namun, kita tidak kesah sangat.

Begitu juga di Dhaka. Berbanding Bandung, masyarakat Dhaka lebih kreatif biarpun tahap kemiskinannya sangat tinggi.

Bas yang menjadi pengangkutan awam sudah hilang warnanya, kemik sana sini macam tin milo. Ada juga teksi yang aku sendiri tidak dapat teka dari zaman bila (sesiapa yang suka tengok filem tamil akan dapat bayangkan bagaimana rupanya teksi itu). Ada lagi tut-tut seperti yang terdapat di Thailand (menggunakan lori kecil), tut-tut seperti di india (bertayar tiga), beca, lanca, malah bagi yang tidak mampu, mereka buat sendiri kenderaan pengangkutan menggunakan tenaga manusia untuk menariknya, beroda dua dengan struktur lainnya diperbuat daripada buluh. Boleh anda bayangkan? Bagai kembali semula ke tahun 70-an atau zaman penjajah sahaja.

Walaupun terdapat juga kanak-kanak atau orang dewasa meminta sedekah, namun mereka tidak agresif. Kalau tak bagi, mereka pergi sahaja dari situ. Namun golongan ini tidak ramai. Walaupun mereka miskin, berpakaian lusuh, kurus kering...namun sebahagian besar daripada mereka berkerja. Apa-apa sahaja termasuk mencari bahan kitar semula.

Menyaksikan sendiri dua remaja memungut barang terpakai dan kitar semula pada malam nan dingin menyengat, meminta sedikit duit dari seorang lelaki...bila lelaki itu memberinya duit, terus sahaja dia membeli sebiji pisang seorang di tepi jalan itu. Terus sahaja makan sambil meneruskan pekerjaannya menyelongkar longgokan sampah mencari barangan terbuang. Air mata hampir menitik melihatnya.

Bukan mudah untuk melihatnya dengan hati. Kerapkalinya kita selalu gunakan mata. Bukan mudah juga untuk kita jujur pada diri terutama apabila berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan hati.

Ramai orang kata: kita belajar daripada pengalaman dan kesilapan. Bila sesekali silap, kita tak akan ulanginya lagi. Serik. Namun, orang juga selalu pesan, bila pernah buat tak elok, akan diulangi lagi dengan pepatah “anjing kalau tak makan tahipun, tetap hidu juga”. Ada ketika, kita memang perlu diberi peluang untuk orang lain berubah setelah dia buat silap, namun pada masa yang lain, kemaafan bukanlah layak buat orang yang sengaja membuang peluang itu.

Bila sesekali memandang dengan hati, bukan selamanya kata hati itu sentiasa benar.

9 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

sebab tu penting untuk kita berjalan2 untuk mengutip pengalaman. experience is the best teacher.

eelobor berkata...

cuba membaca dengan mata hati..... hihihi

anyss berkata...

GB: pengalaman mahal harganya

Eelobor: ingatkan membaca dalam hati ;)

terokai seni berkata...

kesusahan memang mengajar supaya lebih kreatif, sebab tu zaman jepun dulu orang mlayu buat biji getah sebagai lauk

eelobor berkata...

dah cuba, tapi tak sampai hati. hihihi

azieazah berkata...

Seorang penulis novel pernah beritahu saya, membaca pun kena dengan hati... bukan sekadar menjamu mata.

azieazah berkata...

Seorang penulis novel pernah beritahu saya, membaca pun kena dengan hati... bukan sekadar menjamu mata.

anyss berkata...

Cemomoi: biji getah? mmmm tak pernah pulak dengar. Arwah datuk bagi tahu, mereka gunakan urat nenas untuk buat benang dan kain, kemudian buat baju. Info baru ni...

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu

Azieazah: betul tu. Tanpa letak nilai "hati" kat mana-mana dalam hidup ni, kehidupan jadi kering.