Khamis, 27 Mac 2014

Tak Kan Nak Kena Carut Baru Faham Kot!


Inilah jadinya bila tidak mampu mengatakan TIDAK, atau lebih tepat lagi beritahu dengan jelas dan nyata bila tidak suka sesuatu. Ya…beritahu sahaja kepada orang tu bahawa kita tak suka cara dia.

Masalahnya, macam mana caranya untuk berterus terang? Terlalu terus terang kang sentap pula. Bila berkata terlalu berlapik, apa yang nak disampaikan tidak mencapai maksud.

Orang zaman sekarang ni tak mainlah dengan ayat yang bergunga-bunga. Tapi kalau terlalu tepat mengena sasaran penggunaan perkataannya, boleh jatuh kurang ajar pula. Boleh diterjemahkan tak reti berbahasa. Lalu, bagaimana?

Sebab tu aku kelihatan macam Pukul Anak Sindir Menantu. Sebab aku tak suka lukakan hati orang, guriskan perasaan orang.

Sebab itu jugalah…aku jugak yang sering terluka. Itupun orang bukan nak sedar.

Ajarkan aku bagaimana untuk berterus terang dengan orang-orang yang tidak faham dengan pelbagai bahasa Pukul Anak Sindir Menantu ini. Komunikasi tidak berlangsung seperti sepatutnya.

Contohnya: aku memang tak suka orang suka mencarut, tetapi aku hanya mampu beritahu dia “Awak tak hensem lah bila mencarut”. Hanya setakat itu sahaja.

Malangnya dia hanya ketawa. Kemudian terus mencarut. Berkali-kali lagi. Dan aku terpaksa dengar carutannya itu walaupun tak suka. Bila aku cuba menghindar disebabkan tak sanggup lagi dengar carutannya itu, dia tetap juga tak faham. Dia tetap juga nak mencarut depan aku.

Aku hanya risau, sampai satu tahap dia pula kena carut! Kang dia juga yang sentap.

Sebenarnya entri ini tak ada kaitan pun dengan mencarut. Hingga saat ini, apa yang aku nak tulis dalam entri ni masih belum memaknakan maksud sebenar.Gagal lagi!

10 ulasan:

JunAina berkata...

Anyss samalah macam akak sukar menegur walaupun kita tak suka akhirnya kita makan hati. Mungkin kena belajar menegur secara baik...nak kena belajarlah pulak tapi kalau kawan baik akak selamber je bagitahu...:)

sukaxplo berkata...

salam

saya kalau orang hisap rokok sebelah saya, saya buat "mengipas-ngipas" asap rokok..yg terasa akan beredar atau padamkan rokok & mintak maaf. kalau diorang tak beredar...saya yg akan beredar >|<

Unknown berkata...

kalau saya, saya cakap jugak.. suka tak kalau kena carut..? kalau tak suka, jangan carut2.. kalau dia melawan @ mencarut jugak..saya buat derk je.. tak berbaloi nak layan orang macam tu..

Kakzakie Purvit berkata...

Serba-salah kalau nak menegur jenis yg tak faham. Ada tu macam dah immune kena tegur pun masuk telinga kiri keluar telinga kanan...

PCL berkata...

sudah biasa dgn mulutnya selalu mencarut ; kalau sindir dgn kata manis memang tak jalan ..nak kena carut jugak la...ni ada sama dgn seseorang dlm ofis sy kerja..

sy seboleh2 nak jadi 'alim yg tak pandai mencarut.. :))

anyss berkata...

Junaina: Boleh aje slamber je cakap...tapi kita risau orang tu sentap lebih huhu huhu dari sakitkan hati orang, biar je lah hati sendiri yang sakit

anyss berkata...

sukaxplo: selamat datang. Dalam hal asap rokoknya selalunya saya gagal walaupun dah buat macam-macam gaya; tak tau lah tak paham ke buat-buat tak paham hu hu huhu

anyss berkata...

Rao Ourkizura: hu huh u adakalanya dia orang akan jawab: SUKA huh uhuhu sakit hati je!

anyss berkata...

kakzakie: hu huh u kena yang jenis lagu ni, memang jenuh la kita pulak dok makin sakit hati

anyss berkata...

Pakcik Lie: sila kuatkan semangat ya...bukan mudah nak dapat tahap sebegitu