Rabu, 19 Jun 2013

Video Kebakaran 50 Buah Rumah Terbakar di Sibu


Satu kebakaran besar berlaku di satu kawasan rumah orang Melayu di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak telah terbakar jam 4 petang tadi. Blog Belia bangkit melaporkan sebanyak lebih kurang 40 buah rumah sedang terbakar, Berita Harian mengatakan terdapat kira-kira 50 buah rumah. [laporan akhbar kata kampung Datu, tak pasti mana satu benar]

Anggaran je ya bilangan rumah tu. Tak ada siapa nak rajin dok pi bilang masa api tengah marak tu.

Suasana cemas semasa kebakaran besar di kampung melayu, Sibu Sarawak:(dari arah darat)




Detik-detik kebakaran perkampungan melayu di Sibu, dari arah laut:




Berikut, rakaman video kebakaran Kampung Hilir, Sibu, Sarawak: dah tinggal abu...habis semua.



Nak tengok GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI kebakaran di Sibu tu...sila lah ke blog Belia Bangkit. Tadi ada 3 keping gambar kebakaran komuniti melayu Kampung Hilir, Sibu, Sarawak. Hebat betul blog Belia Bangkit ni, kampung tengah terbakar pun beritanya dah meluas satu dunia.

Kita tunggu Berita Perdana nanti kalau ada. Tak pun, tunggu akhbar esok. 

Kemaskini:

Berikutan kebakaran besar yang berlaku di perkampungan melayu di Sibu, 100 buah rumah di Kampung Datuk, Sibu antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, musnah dalam kebakaran besar hari ini, lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang. [ada mengatakan kampong tersebut bernama kampong Hilir….mmmm macam jauh pulak beza nama kampong ni].

Kebakaran berlaku jam 4 petang. Seramai 47 anggota dari dua balai di Sibu dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong itu merebak dengan pantas berikutan cuaca agak panas selain rata-rata rumah di kawasan tersebut dibina daripada kayu.


Menurut Penghulu Kampung Datuk, Hussain Abdul Rasit, kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.



9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga tiada kemalangan jiwa...

*SiRibenMerah berkata...

Kesiannya.. apa sebabnya ya..

*SiRibenMerah berkata...

Kesiannya.. apa sebabnya ya..

zino berkata...

Kg traditional ke

Unknown berkata...

dikhabarkan api bermula dari sebuah rumah kosong ditambah pula dengan cuaca yang begitu panas dan ribut menyebabkan api marak dengan pantas dalam masa kurang 30minit memusnahkan puluhan buah rumah

anyss berkata...

Kakcik: moga2...kesian sangat kat semua mangsa

anyss berkata...

Iyra reben merah: dah hupdet sebabnya. satu rumah terbakar, rumah2 situ semua kayu...angin kuat sbbkan api merebak dgn cepat

anyss berkata...

Suhada: terima kasih bertandang...terima kasih dengan info

anyss berkata...

abah zino: kampung melayu tradisional...rumah2nya dr papan 9skrg ni orang kaya je mampu tinggal dlm rumah papan)