Selasa, 5 Mac 2013

Video Sidang Media Ops Sulu Kampung Tanduo, Lahad Datu


Berikut adalah video Sidang media oleh Ketua Polis Negara perkembangan semasa Ops Sulu di Lahad Datu.



Semoga operasi ini mencapai kejayaan dan golongan penceroboh dilupuskan semuanya.


Mohon doa seluruh rakyat malaysia juga semoga duta kita di Filipina selamat. Hari ini, Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu. Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan Malaysia di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

Mereka membakar Jalur Gemilang dan gambar Perdana Menteri di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila ni... Laporannya dalam Berita Terkini TV3:




Sidang Media KPN OPS Sulu Di Lahad Datu: 5 Mac 2013 @ 4.00 Pm




Komen aku:
agak-agaknya mereka ni ingat kita akan hantar kek besar bertingkat terpacak lilin apa ke Kampung tanduo setelah apa yang mereka lakukan? Kami kehilangan 8 nyawa satria yang gagah berani, bukannya boleh ganti dengan segala material.

Ishhhh! Mulalah darah pendekar aku nak meruap ni!




6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sama2lah kita doakan yang baik2 saja...

Kakzakie Purvit berkata...

Itulah anyss. Bukan kita tak bagi masa, kenapa nak salahkan pihak kita pulak..

Bersama kita doakan semua cepat berakhir.

wakgelas berkata...

muger2 kembali aman disana disana.. uHUuu

anyss berkata...

kakcik: insha allah. kita harapkan semuanya dapat diatasi dengan mudah

anyss berkata...

Kakzakie: itu masalahnya dengan manusia...selalu sahaja menuntut terlalu byk dr yang mampu diberikan

anyss berkata...

Wak gelas; Itulah harapan semua orang wak, kecuali mereka yg ceroboh tu je harapkan sebaliknya