Isnin, 11 Mac 2013

Intisari Pengumuman Insentif Penjawat Awam

Hari ini bernasib malang. Sejak pagi hingga tengahari, semua perancangan tergelincir dari landasan. Masuk kedai makan pun orang belum mula niaga lagi. Bukan satu kedai pulak tu, dua-dua baru nak mula operasi.

Apapun, hepi sebab dengar suara kakak yang agak ceria sikit. Balik rumah terus baca paper online tentang pengumuman Perdana Menteri kepada Penjawat Awam semasa pertemuan PM dengan penjawat Awam di PICC.

Berikut berita baik kepada penjawat awam yang terlibat;

1. Semua Pangkat ATM, PDRM Disetarakan Dengan Perkhidmatan Am
Di PUTRAJAYA pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji. Perubahan berkenaan merangkumi mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Pangkat koperal (ATM dan PDRM) dahulu gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am. Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.

Kapten (ATM) dan Penolong Penguasa Polis (PDRM) sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44. Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A. Kolonel (ATM) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52.



2. Pegawai Kontrak Akan Disambung Setahun Lagi
Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

3. Tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT


4. Naik pangkat dari 15 tahun ke 13 tahun. Yang cemerlang ada fast track. Hebat!
Seorang rakan FB, Ayu...ada tulis status ini. Belum dapat dipastikan kesahihannya. Kalau sahih, Alhamdulillah. Nak komen banyak pun tak guna, lemaukan perasaan je. Jadi, kita tunggu apa kata semua…
Mengikut AbahZino yang berada di PICC, kenaikan pangkat ini hanya untuk kakitangan sokongan sahaja.



5. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

6. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.



Tahniah kepada penjawat awam yang terlibat.

Aku? hanya terlibat dengan no 9 dalam ini cherita. Apapun, semoga boleh tingkatkan keselesaan kepada orang yang terlibat tu. Maklumlah, sekarang ni semua mahal termasuk caj masuk tandas.

Agak-agaknya, barang naik tak esok?



10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ada orang tanya kakcik 'berapa kenaikan yang awak dapat?'

Kakcik jawab 'saya malas nak kira, apa yang dapat nanti saya terima'. Gaji kakcik dah langgar dinding pun!

mama maman aka yana berkata...

rezeki org kerja kerajaan.. hehe

SPBT SHAHBANDARAYA berkata...

sekadar bertanta, mcm mana KGT utk 1 julai tu? tak berapa faham.. maskudnya kalau dh naik gaji pada bulan januari , akan naik lagi ke pada bulan julai?

Sharinginfoz berkata...

bagus naik gaji

anyss berkata...

Kakcik: alhamdulillah, dinding kat depan jauh semula ;)

anyss berkata...

mama maman: bukan semua orang dapat rejeki tu...senarai mmg la panjang, tapi kelompok tertentu je dapat. hanya kenaikan tahunan tu dipercepatkan je yg libat semua orang

anyss berkata...

jeriah: selamat datang. kalau ikutkan, dah tak naiklah julai nanti. apapun, kena tunggu pekeliling dulu, baru sahih

anyss berkata...

sharinginfoz: Alhamdulillah naik gaji...nanti barang2 lain pun naik juga

eelobor berkata...

dipercepatkan tuh ada kah bermaksud tiada lagi kenaikan tahunan yang tahun depan punya? yang tahun nie pun belum naik2 lagi....lembab punya kerani

SPBT SHAHBANDARAYA berkata...

owh.. terima kasih...