Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin ini ya? Teringat masa sekolah dulu. Masa tu, calon diberitahu malam sebelum keputusan STPM diumumkan. Apalagi…tak lena tidurlah semalaman tu.
Esoknya pagi-pagi dah bersiap sedia pergi sekolah. Kalau sekarang ni, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Untungnya sekarang ni, Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari tersebut. Banyak betul pilihan yang ada. Kami dulu, memang kena pergi sekolah untuk ambil keputusan.
Zaman aku dulu, acara serahan keputusan peperiksaan STPM dibuat di dewan besar sekolah. Ramai guru kelas turut berkumpul jika mereka tak ada kelas ketika itu. Yang seronoknya bukan sahaja sebab nak ambil keputusan, tapi nak jumpa kawan-kawan dan guru-guru juga. Dah lama tak jumpalah katakan.
Yang tak sangkanya, seorang warden asrama yang memang dia pernah cakap terus terang tak suka aku, tetiba je datang peluk aku. Pelik tak? Masa jadi warden, dia suka buli aku. Aku pulak pantang kena buli, melawan pulak tu. Jadi perang tanpa letupan pulak. Akhirnya berakhir dengan suasana yang manis. Kenangan betul!
Satu sidang akhbar mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 12 tengah hari di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 47,708 merupakan calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.
Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM kali ini. Semoga selepas ini Berjaya melangkah ke university pula. Kepada mereka yang kurang cemerlang, usah putus asa. Dunia belum kiamat. Tingkatkan lagi usaha, inshaa Allah, ada kesungguhan…ada rezeki, tetap Berjaya juga.
Tetiba terkenangkan cikgu-cikgu yang sangat berjasa dulu. Rindunya!
1 ulasan:
Salah seorangnya adik bungsu Aina. Seperti biasa 3 minggu sebelum keputusan diumumkan dia dah mula start stress... Semua serba tak kena...
Catat Ulasan