Kutinggalkan dikau, dengan puisi syahdu nan penuh pengertian. Aku hanya nak ke seberang. Biar sejauh mana menyeberang...ketahuilah, dikau tetap bertapa di sudut hati, penuh munajat dalam akal dan budi. dalam rindu nan murni.
Aku Hanya Nak Keseberang
Oleh: Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob
Ku pahat cengal mejadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayunya nibung
Panjinya kain suluk atma
Bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja.
Esok perahu akan ke air
Mengharung samudera
Meninggalkan pantai
Melawan ombak dan badai
Perahuku kecik lautnya ganas
Tenanglah laut, kuala dan muara
Ombak jangan menggila
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah
Tuhan
Aku hanya mahu ke seberang
Masihkah diingati tiap patah ini? pernah kutinggalkan bersama lagu merdu, penuh rindu jua adanya. Lupakah saat kutemani tidurmu dalam rindu syahdu itu? ataukah ingin kudodoikan lagi?
PsssT: Doakan pergi ini masih ada kembalinya lagi...
5 ulasan:
semoga selamat pergi dan selamat kembali...
singgah dari 100penulis..
New Entry: Grandsupermart 2011 Storewide 1/2 Price Sale Carnival
Hendak kemanakah gerangan?
walau di mana pun, selamat sejahtera jualah hendaknya...
saya adal dalam bentuk mp3, nyanian dikir barat oleh halim yazid. memang begitu putis dan sudah lama mencari puisi nih. thanx anyss
Zahidah: Selamat datang. Terima kasih...alhamdulillah, dah kembali ;)
Kak cik: Sangat berbesar hati dengan kedatangan kak cik di sini. terima kasih dengan doa...pergi seketika berjuang untuk negara ;)
Eelobor: Yup! sangat puitis. tiap patah katanya bermakna...lagi best bila dah jadi dikir barat, abe halim yazid pulak hok nyanyiiii hu hu hu
Catat Ulasan