Memaparkan catatan dengan label dikir barat aku mahu ke seberang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dikir barat aku mahu ke seberang. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Puisikan Rindu Syahdu Ini Segenap Jiwa

Kutinggalkan dikau, dengan puisi syahdu nan penuh pengertian. Aku hanya nak ke seberang. Biar sejauh mana menyeberang...ketahuilah, dikau tetap bertapa di sudut hati, penuh munajat dalam akal dan budi. dalam rindu nan murni.

Aku Hanya Nak Keseberang
Oleh: Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob


Ku pahat cengal mejadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayunya nibung
Panjinya kain suluk atma
Bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja.


Esok perahu akan ke air
Mengharung samudera
Meninggalkan pantai
Melawan ombak dan badai


Perahuku kecik lautnya ganas
Tenanglah laut, kuala dan muara
Ombak jangan menggila
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah


Tuhan
Aku hanya mahu ke seberang

Masihkah diingati tiap patah ini? pernah kutinggalkan bersama lagu merdu, penuh rindu jua adanya. Lupakah saat kutemani tidurmu dalam rindu syahdu itu? ataukah ingin kudodoikan lagi?

PsssT: Doakan pergi ini masih ada kembalinya lagi...