Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami di Jepun: Rakyat Malaysia Selamat


Gempabumi yang berlaku dengan kekuatan 8.9 skala Ritcher telah menyebabkan berlaku tsunami di Jepun, sekaligus memusnahkan banyak harta benda dan nyawa. Malah, gempa berkenaan juga mendatangkan impak tsunami ke negara lain sehingga kawasan pesisir pantai negeri Sabah, Labuan dan kemungkinan juga boleh sampai ke pantai di negeri Terengganu seperti aku tulis dalam entri Sabah dilanda Tsunami?

Seramai 100 orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa dilaporkan selamat, menurut Kedutaan Malaysia di Tokyo. Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga di Negara matahari terbit tu, bolehlah hubungi talian Panas (hotline) Kedutaan Malaysia di Tokyo melalui nombor +81334763840.

Menurut polis Jepun, hampir 300 mayat dijumpai di Sendai, manakala ribuan penduduk Onahama dipindahkan kerana kegagalan sistem penyejuk loji pemanas. Jutaan penumpang keretapi bawah tanah pula terkandas selepas gempa.

Tsunami setinggi semeter telah melanda di Oahu dan Kauai, Hawaii. Kerajaan Hawaii pula menjangkakan yang tsunami yang lebih besar bakal berlaku. Oleh itu, penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.


Pssst: Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kan negara kita tidak berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik. Dapat tempias tsunami dan ombak besar sikitpun kita dah kelam kabut.

13 ulasan:

shafiq ahmad berkata...

on behalf malaysian students in japan, thank you for your concern.

Sharinginfoz berkata...

harap tak merebak ke tempat lain, alhamdulillah rakyat malaysia selamat

PannY berkata...

kuasa yg MAHA ESA~ >.< singgah2 la blog saya~entri tentang musibah ni juga..huhuhu http://mynamepanda.blogspot.com/2011/03/tsunami-yang-melanda-jepunmasyaallah.html

eelobor berkata...

bersyukur negara kita tidak berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik. namun masih ada yang tidak bersyukur dan mengundang bala bencana akibat daripada perbuatan diri sendiri.

anyss berkata...

ShafiQ: selamat datang. Belajar rajin2 tau...nanti nak bangunkan negara guna teknologi Jepun

anyss berkata...

Sharinginfoz: Alhamdulillah. warga kita kat Jepun terutama pelajar perlulah berhati2 dan lebih prihatin dengan persekitaran

anyss berkata...

Raja segala panda: Selamat datang

eelobor: Ramai jugak yang sengaja cari penyakit kan. Elok2 memandu, moga2 selamat sepanjang perjalanan

nabilah_2908 berkata...

betul la..syukur sngt...negara kita tk terlibat...

simpati dgn penduduk Jepun.. :(

p/s; thnks yupp..sudi follow APA KATA HATI...link blog kamu sy dah masukkan ke Paga Apa Kata Hati...thnks again..keep in touch..!! :)

indah.com berkata...

Kemusnahan Jepun sangat besar. Crischirch mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan semula. Jepun tak tau macam mana

Sekamar Rindu berkata...

salam..

semoga pelajar2 kita selamat hendaknya..

amin..

anyss berkata...

nabilah: Banyak kelebihan negara kita berbanding negara lain...walaupun ramai sangat yang nak "jual"

anyss berkata...

indah: tinggi macam mana teknologipun, tak akan mampu menandingi kuasa Allah

Mungkin masa diambil Jepun lebih singkat berbanding NZ...maklumlah, depa kan banyak duit wpun sahamnya runtuh sebaik sahaja berlaku gempa

anyss berkata...

sekamar rindu: mengikut berita terkini jam 4.30 petang tadi, 207 orang pelajar Malaysia di sana selamat. Alhamdulillah.