Selasa, 22 Mac 2011

Tutuplah Lampu, Biarpun Ku Tidak Di Sini


Hari ini, pada tanggal 26 Mac setiap tahun, ramai yang akan menyahut cabaran Earth Hour. Setahun sekali hanya satu jam, apa salahnya kita tutup lampu. Tutup semua peralatan elektrik. Errrr tutup mata juga pun boleh.

Ramai orang dah menyahut cabaran ini walaupun masih ramai lagi yang kata “takat tutup lampu sejam, mana nak selamatnya bumi ni,” Itu kata negatif orang yang suka berfikir secara negatif juga. Orang tak nak lakukan apa-apa untuk kelangsungan hidup dia juga padahal.

Terpulang kepada diri sendiri. Namun hakikatnya, Earth Hour 2011 selama satu jam itu sebenarnya memberi ruang untuk kita berfikir. Paling tidak, fikirlah tentang bil elektrik yang mampu dijimatkan. Kalaulah kita pandai tutup suiz peralatan yang tidak digunakan sepanjang tahun, bayangkanlah berapa banyak dapat dijimatkan. Itu kalau kita seorang yang buat. Kalau ramai? Kalau beramai-ramai?

Kalaupun daku tiada di sini, tak salahkan padamkan lampu? Percayalah, aku tetap tutup lampu biar di mana berada kala itu. Tutup lampu dengan hati yang terbuka…

Dulu, katanya mencintaiku…tutup lampu sekadar satu jam pun tak boleh?

PsssT: Jom sambut cabaran Earth Hour 2011 pada 26 Mac 2011.

5 ulasan:

dotblogspotdotkom berkata...

tu la.. dalam islam pun.. pembaziran itu amalan setan.... elakanlah membazir dalam segala hal..

eelobor berkata...

tok berapo pehe intro tuh,

hari ini tanggal 26 Mac?

Aanas berkata...

salam anyss,
tak tersahut ler cabaran tuh.. anak2 kecik2 lagi, bila tutup lampu dia orang nangis.. heheh...

a ah ler, hari ni baru 22 march.. tapi elok gak anyss ingatkan..

anyss berkata...

dotblogspot: Selamat datang. Kalau boleh amalkan sepanjang masa, lagi bagus. Kalau tak boleh, acu cuba try test 1 jam je setahun...tengoklah berapa boleh jimat ;)

anyss berkata...

Eelobor: pada tanggal 26 mac ler tu maksudnya hu hu hu ampunnnnnn ya, tak sengaja buat sdr ensem ni kena ambik masa untuk fikir intro tu hu hu hu

Aanas: Wsalam. Hu hu hu anak2 zaman moden memang takut gelap. Semua anak buah saya pun takut gelap