Sabtu, 12 Mac 2011

Gempa Terkini di Jepun: Amaran Tsunami dikeluarkan 17 Negara

Masih lagi berkaitan gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun semalam. Walaupun rakyat Malaysia yang berada di Jepun disahkan selamat, namun angka kematian meningkat melebihi 400 orang manakala seramai 17 ribu orang dilaporkan cedera.

Walaupun dua tempat di Hawaii dilanda tsunami setinggi satu meter sahaja, tetapi seorang telah menjadi mangsa dihanyutkan (tak pasti selamat ke tak) ketika sedang kusyuk ambil gambar. Kepada semua blogger, sila utamakan keselamatan diri ya...tau lah nak kejar hit tetapi nyawa lagi penting. Siapa nak kemas kini blog anda bila dah kena bawa arus. Tak pasal-pasal blog orang lain naik trafiknya gara-gara berita blogger (anda) yang dibawa arus. Tuan punya yang dibawa arus tu tak dapat trafik pun hu hu hu Tolonglah! Imaginasi aku memang tinggi melepasi tahap orang lain hu hu hu

Amerika Syarikat juga turut alami kesannya sedikit sebanyak.

Pagi tadi, jam 11 pagi waktu malaysia, satu lagi gempa berskala 6.6 skala ritcher telah berlaku di tempat yang sama, iaitu berjarak 170km ke utara Jepun, kemudian disusuli dengan gegaran-gegaran kecil.

Ekoran gempa berkenaan, banyak negara telah mengeluarkan amaran tsunami seperti Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinie, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Costa Rica, Guatamala, El Salvador, Nicaragua, Panama, Cilie, Colombia, Peru dan lain-lain. Jangan risau, Malaysia selamat. Tak ada amaran tsunami dikeluarkan. Malaysia ni kukuh, kuat dan kekar.

Kepada sanak saudara dan keluarga yang ada anak-anak tengah belajar, atau kekasih hati, atau rakan-rakan yang sedang belajar, berkerja, melancong atau melencong di Jepun ketika ini, bolehlah dapatkan maklumat di beberapa talian bilik operasi luar negeri Wisma Putra seperti berikut;


03-8887 4570,
03-8887 4770,
03-8889 2746 dan
03-8889 2830,
manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon +81334763840.


Kemaskini: 207 orang pelajar Malaysia di Jepun dilaporkan selamat. Moga berita ini legakan hati keluarga mereka.

PssssT: Aku terkilan dengan seorang artis tak lah berapa popular pun, main-main dengan tragedi sebegitu. Kalaupun nak bergurau, bukan ini masanya. Bukannya semasa orang dilanda musibah. Aku dah ke Aceh 2 kali, walaupun selepas 6 tahun, tragedi tsunami itu masih tinggalkan kesan. Patutnya, sebagai artis, dia lebih prihatin dan tunjukkan contoh yang baik. Bila orang tak respek, nak salahkan siapa? Bukankah diri sendiri yang buat lawak bodoh?

11 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Artis yang dimaksudkan itu Fizz Fairuz????????????? Melalui twitter dia? Ngee :) Kan????????

Entry Terbaru : Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

Tieah Madian berkata...

Artis yang dimaksudkan itu Fizz Fairuz????????????? Melalui twitter dia? Ngee :) Kan????????

Entry Terbaru : Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

ieda berkata...

hermm kasihan .. sedih bila dgr .. banyak tgk vitee di utube .. dasat sungguh ..
kita doakan agar ramai yg terselamat .. huhuhu

ps : ada di entry baru akak .. si bodo tuu

Farhan Zulhusmi berkata...

InsyaAlllah mereka akan dlm keadaan selamat..amin......

Unknown berkata...

Jangan risau, Malaysia selamat. Tak ada amaran tsunami dikeluarkan. Malaysia ni kukuh, kuat dan kekar.

jgn cepat bgga, kalu Allah nk bg kena sekelip mata aje hilang,,jgn bermain dgn kata-kata kerna ia bisa mmakan diri juga :)

|| a - j . E . E || berkata...

Terkesima dengan bencana ni. Harap dijauhkan.

anyss berkata...

d_tieah: Tak penting pun artis tu...bukan pandai berlakon pun ;)

anyss berkata...

ieda: tumpang simpati dengan bencana sebegitu...

anyss berkata...

Farhan: Selamat datang. Alhamdulillah, semua 207 pelajar tajaan MARA selamat menjadikan sejumlah 371 warga Malaysia di kawasan gempa disahkan selamat.

anyss berkata...

Kazen sayang: Kalau tak kuat, kukuh dan kekar dah tentu amaran tsunami dikeluarkan ketika berbelas negara lain seluruh dunia berbuat begitu.

Ini bukan main kata-kata, sayang...main emosi

anyss berkata...

Ajee: mungkin bencana ini boleh jadi pencetus untuk kita sama2 muhasabah diri...