Memaparkan catatan dengan label perkembangan terkini gempa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkembangan terkini gempa. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mac 2011

Gempa Terkini di Jepun: Amaran Tsunami dikeluarkan 17 Negara

Masih lagi berkaitan gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun semalam. Walaupun rakyat Malaysia yang berada di Jepun disahkan selamat, namun angka kematian meningkat melebihi 400 orang manakala seramai 17 ribu orang dilaporkan cedera.

Walaupun dua tempat di Hawaii dilanda tsunami setinggi satu meter sahaja, tetapi seorang telah menjadi mangsa dihanyutkan (tak pasti selamat ke tak) ketika sedang kusyuk ambil gambar. Kepada semua blogger, sila utamakan keselamatan diri ya...tau lah nak kejar hit tetapi nyawa lagi penting. Siapa nak kemas kini blog anda bila dah kena bawa arus. Tak pasal-pasal blog orang lain naik trafiknya gara-gara berita blogger (anda) yang dibawa arus. Tuan punya yang dibawa arus tu tak dapat trafik pun hu hu hu Tolonglah! Imaginasi aku memang tinggi melepasi tahap orang lain hu hu hu

Amerika Syarikat juga turut alami kesannya sedikit sebanyak.

Pagi tadi, jam 11 pagi waktu malaysia, satu lagi gempa berskala 6.6 skala ritcher telah berlaku di tempat yang sama, iaitu berjarak 170km ke utara Jepun, kemudian disusuli dengan gegaran-gegaran kecil.

Ekoran gempa berkenaan, banyak negara telah mengeluarkan amaran tsunami seperti Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinie, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Costa Rica, Guatamala, El Salvador, Nicaragua, Panama, Cilie, Colombia, Peru dan lain-lain. Jangan risau, Malaysia selamat. Tak ada amaran tsunami dikeluarkan. Malaysia ni kukuh, kuat dan kekar.

Kepada sanak saudara dan keluarga yang ada anak-anak tengah belajar, atau kekasih hati, atau rakan-rakan yang sedang belajar, berkerja, melancong atau melencong di Jepun ketika ini, bolehlah dapatkan maklumat di beberapa talian bilik operasi luar negeri Wisma Putra seperti berikut;


03-8887 4570,
03-8887 4770,
03-8889 2746 dan
03-8889 2830,
manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon +81334763840.


Kemaskini: 207 orang pelajar Malaysia di Jepun dilaporkan selamat. Moga berita ini legakan hati keluarga mereka.

PssssT: Aku terkilan dengan seorang artis tak lah berapa popular pun, main-main dengan tragedi sebegitu. Kalaupun nak bergurau, bukan ini masanya. Bukannya semasa orang dilanda musibah. Aku dah ke Aceh 2 kali, walaupun selepas 6 tahun, tragedi tsunami itu masih tinggalkan kesan. Patutnya, sebagai artis, dia lebih prihatin dan tunjukkan contoh yang baik. Bila orang tak respek, nak salahkan siapa? Bukankah diri sendiri yang buat lawak bodoh?