Waaaaaaaaa panjang betul tajuknya. Gempak tak? Tak apa...asal, baca tajuk pun dah tahu apa isinya. Tajuk yang tepat. Itu kata cikgu Bahasa Melayu kalau dia baca blog aku hu hu hu
Bila aku tulis tentang kehebatan filem Hikayat Merong Mahawangsa, aku memang maksudkan begitu. Harapkan begitu juga. Sangat teruja. Keterujaan itu melimpah-limpah melebihi masa tengok filem Magika tahun lepas.
Rupanya ramai juga tak sabar menantikan waktu tayangan filem arahan Yusry Abdul Halim ni. Ingatkan aku seorang. Minggu lepas, Cik Bintang cuba untuk tempah secara online lebih awal, tetapi tak dapat.
Percaya tak, kalau aku katakan...entri Aku Hampir Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa telah mendorong Yusri terjah blog aku. Tak percaya? Cuba tengok ni...
Tu lah...sape suruh tak percaya. Kan betul tu. Bukan calang-calang orang terjah blog aku. Yusri tuuuuuuuuu!
Mentang-mentanglah aku puji Filem Hikayat Merong Mahawangsa, ingat nak mintak tiket percumalah tu hu hu hu tapi kan, kalau dapat, apa salahnya. Bagilah banyak-banyak sikit. Boleh aku ajak rombongan cik Kiah sekali. Boleh kongsi dengan orang lain juga. Sesiapa yang baca blog aku ni, aku bagi je dua tiket untuk tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa, kan best boleh buat gitu….macam aku dapat tiket percuma filem Dostana dulu tu. Bolehlah menonton berdua-duaan dengan penuh berkaliber gitu...Mmmm sorilah, aku dah mula berangan ni.
Itu kalau KRU atau Yusry bagi aku tiket percuma barang sepanggung dua hu hu hu. Dah dia tak bagi, beli ajelah sendiri memasing ya…errr, betul ke Yusry dah terjah baca review aku pasal Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni? Betul ke dia suka dengan review tu? Jom kita tengok betul ke tidaknya ya…
Errr…kenapa macam lain macam sikit ni?
Hu hu hu Yusri lain daaaaaaaaaaaa. Terima kasih ya Yusri, datang meriahkan blog aku ni ;) Dapat pulak idea untuk ceriakan awal minggu macam ni ;)
Apa kata kita sama-sama terjah blog Aku Hidup Dalam Blog yang empunya diri bernama Yusri ni. Yusri Wahab ya…bukan Yusry Abdul Halim…
Apa-apa kes pun, jom lah kita nengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Jommmm la! Jommmm la!
13 ulasan:
hehehe...mula2 tuh dah jelez. pastu siap boleh bantai gelak2 pulak. perghhhh....
alaaa... janji YUSRI, tak kisah la kan? hehehe
TOKLAKI Kak Azie pun tetiba terbuka hati nak tengok wayang (selepas lebih 20 tahun tak penah ke panggung), kerana filem ini. Tengok trailer, macam hebat, ada fight, dia suka!
Jommmmmm!
wah.. fikirkan tadi betullah Yusri KRU yang masuk mengomen...:)
Ada masa tengok wayang ke. Haha
hahaha...macamaana bole terfikir sampai ke situ pulak..hahaha..nama saya pun Yusri Abd Wahab. Tarikh lahir pun lewat 2 hari je dari Yusri Abd Halim...hahaha..
Eelobor: la la la la, jangan marah yerrrr kang kena JUAL
Azieazah: Jom serbu panggung
Kakcik: kepala tengah wenggg, saje je lepas perasaan bagi gempaX skit
ZZ: masa sentiasa ada kalau ZZ ajak pi nengok wayang la la la
Yusri: Akhirrrrrrrnya...sampai jugak tuan punya badan ya...dapat juga tempias Yusry ;)
hish buat suspen jek kak! hish hish ingatkan betul! :P
Koshary: Tak patut betoiiii la...dah balik Malaysiapun tak leh nak jenguk rumah akak ni...baru timbuiii itupun sebab Yusry KRU...
hu hu hu sape suruh lama hilang?
Heee...ooo pandai duk buat lawak ya...
Canang: Selamat datang...macam tak percaya je canang dah sampai kat umah ni ;) sila canang canangkan blog ni sama ya ...
Sesekali je wat lawak penawar duka :D
Catat Ulasan