Masa pergi BSN untuk beli nombor pin DPLI adik ipaq aku yang sangat bercita-cita nak jadi cikgu, tapi hingga sekarang ni pun hasratnya itu masih belum tercapai, aku dengar pertanyaan ini dari seorang cik adik manissss punya. Fuyoooooo panjang berlipat dia punya ayat hu hu hu satu ayat libas sampai dua tiga baris. Kagumlah tu kononnya kan…naik lif tekan sendiri huh u hu
Bila Hujan Duit nak Turun?
Rakannya kat sebelah tak kata apa-apa. Masa tu nak aje aku mencelah dan menyebokkan diri interprem dia orang punya perbualan. Nak je aku Tanya “Nak ke kalau kejab lagi hujan duit syiling turun dari langit?” Errrrr ke dia maksudkan duit kertas? Hu hu hu
Masa aku kecik-kecil dulu…selalu je sebut “Bila nak turun salji ni?” Nenek aku diam je, kemudian dia akan cerita pengalamannya bila hujan air batu turun. Mulanya aku tak percaya…ingatkan dia kelentong aku je. Dalam kepala otak aku yang tak berapa nak betul ni pula membayangkan bagaimana rupanya bila hujan batu turun. Masa tu, ketul ais (orang Kelantan panggil air batu), dijual dalam bentuk empat segi kerana bekas takungannya berbentuk empat segi. Jadi aku bayangkan ketul ais berbentuk empat segi itu turun dari langit dan menghempap semua benda yang ada. Semuanya kemik.
Satu hari, semasa hujan renyai turun, tiba-tiba bumbung rumah nenek yang diperbuat dari zink dan bata berbunyi kuat. Aku dah terheran-heran. Nenek kata “hujan batu turun”. Memang sah-sah aku tak akan percaya sebab bunyinya macam bumbung kena tabor pasir aje, bukannya gedebak gedebum kena hendak dek ais takung berbentuk empat segi itu.
“Gi tengok atas jemoran” (di Kelantan, jemoran tu adalah pelantar, biasanya jadi tempat basuh pinggan, basuh kaki sebelum masuk dalam rumah dan tempat buat macam-macamlah. Ada tempayan dan tempat simpan air kegunaan harian. Kalau jemoran tu letaknya di belakang-pintu belakang-biasanya bersifat terbuka dan tidak berbumbung).
Bila aku ke jemoran, memang betul kata nenek. Ada dua tiga ketul ais sebesar kepala batang lidi melantun-lantun atas jemoran tu. Itulah pertama kali aku tengok hujan batu. Nama je hujan batu, tapi masih lagi dari ais…ais batu. Bukannya ketul-ketul batu. Bayangkan kalau memang ketul-ketul batu yang gugur dari langit!
Selepas itu, aku semakin sedar tentang kewujudan hujan batu ini, terutama di luar Negara. Batu-batu ais yang jatuh di luar Negara biasanya besar-besar. Siap boleh tadah masukkan dalam jeluk (besen) lagi. Bila adik itu sebut “Bila Hujan Duit nak Turun?” Kepala otak aku yang tak berapa nak betul ini mula membayangkan syiling satu sen melayang-layang turun dari langit. Bertimpa-timpa jatuh atas kepala.
Seronok ke kalau hujan duit macam tu? Kepala sakit kena hentak dengan syiling yang bila dikutip…berguni-gunipun masih tidak berbaloi untuk dikutip.
Ahhhhhhhhhh aku sepatutnya angankan duit kertas seribu jatuh berkeping-keping ke bumi di keliling aku…errrr kan perempuan tu suka berangan. Aku apalagi...memang hidup dalam angan-angan!
11 ulasan:
hehehe...tunggu hujan cash cheque ker pulok....
kite tak penah tgk hujan batu tau!!
saya tag kamu :)
saya selalu impikan..buka surat..dapat duit..juta-juta..heheehees serronokknyeee....
akak..
saye berangan adiah akak smapi..
skali cik posmen dtg kasi adiah akak tu..
nice..
saye dh wat entri dah pun..
hehehehhe
mekaseh ye akak..
Eelobor: Cek blom turun dari langit lagi
GB: tak tau la zaman skrg ni masih ada ke tidak ujan batu tu...
Nica: selamat datang
Roslaini: selamat datang. semua orang ada impian macam tu...
Mimie: Waaaaaaa cepatnya impian menjadi nyata hu hu hu sama2 kasih
ttb sy tbyg..kalo hujan duit yg turun..entah2 dgn perdana menteri n agung skali pi kutip..hik2..
sekarang ni kalau dpt 'durian runtuh' pelik2 lebih banyak prasangka...risau takut...
apalagi kalau betul turun 'hujan duit'
rasanya bukan seronok, jadi risau pula.
sedangkan lori beras terbalik kat highway pun ..orang sanggup tinggalkan pemandu lori yang parah tu....
kalau ujan duit... mau pakat berbunuh atas jalan raya....
huhuhuhu
salam jengah belog kamu....
Semarak api: hu hu hu
Orked: Saya pun rasa macam tu jugak
dotblogspotdotcom: selamat datang...hu hu hu sangatlah benarnya. Duit syiling pun dah nampak, apalagi kalau not kertas, Euro pulak hu hu hu
Catat Ulasan