Masa pergi BSN untuk beli nombor pin DPLI adik ipaq aku yang sangat bercita-cita nak jadi cikgu, tapi hingga sekarang ni pun hasratnya itu masih belum tercapai, aku dengar pertanyaan ini dari seorang cik adik manissss punya. Fuyoooooo panjang berlipat dia punya ayat hu hu hu satu ayat libas sampai dua tiga baris. Kagumlah tu kononnya kan…naik lif tekan sendiri huh u hu
Bila Hujan Duit nak Turun?
Rakannya kat sebelah tak kata apa-apa. Masa tu nak aje aku mencelah dan menyebokkan diri interprem dia orang punya perbualan. Nak je aku Tanya “Nak ke kalau kejab lagi hujan duit syiling turun dari langit?” Errrrr ke dia maksudkan duit kertas? Hu hu hu
Masa aku kecik-kecil dulu…selalu je sebut “Bila nak turun salji ni?” Nenek aku diam je, kemudian dia akan cerita pengalamannya bila hujan air batu turun. Mulanya aku tak percaya…ingatkan dia kelentong aku je. Dalam kepala otak aku yang tak berapa nak betul ni pula membayangkan bagaimana rupanya bila hujan batu turun. Masa tu, ketul ais (orang Kelantan panggil air batu), dijual dalam bentuk empat segi kerana bekas takungannya berbentuk empat segi. Jadi aku bayangkan ketul ais berbentuk empat segi itu turun dari langit dan menghempap semua benda yang ada. Semuanya kemik.
Satu hari, semasa hujan renyai turun, tiba-tiba bumbung rumah nenek yang diperbuat dari zink dan bata berbunyi kuat. Aku dah terheran-heran. Nenek kata “hujan batu turun”. Memang sah-sah aku tak akan percaya sebab bunyinya macam bumbung kena tabor pasir aje, bukannya gedebak gedebum kena hendak dek ais takung berbentuk empat segi itu.
“Gi tengok atas jemoran” (di Kelantan, jemoran tu adalah pelantar, biasanya jadi tempat basuh pinggan, basuh kaki sebelum masuk dalam rumah dan tempat buat macam-macamlah. Ada tempayan dan tempat simpan air kegunaan harian. Kalau jemoran tu letaknya di belakang-pintu belakang-biasanya bersifat terbuka dan tidak berbumbung).
Bila aku ke jemoran, memang betul kata nenek. Ada dua tiga ketul ais sebesar kepala batang lidi melantun-lantun atas jemoran tu. Itulah pertama kali aku tengok hujan batu. Nama je hujan batu, tapi masih lagi dari ais…ais batu. Bukannya ketul-ketul batu. Bayangkan kalau memang ketul-ketul batu yang gugur dari langit!
Selepas itu, aku semakin sedar tentang kewujudan hujan batu ini, terutama di luar Negara. Batu-batu ais yang jatuh di luar Negara biasanya besar-besar. Siap boleh tadah masukkan dalam jeluk (besen) lagi. Bila adik itu sebut “Bila Hujan Duit nak Turun?” Kepala otak aku yang tak berapa nak betul ini mula membayangkan syiling satu sen melayang-layang turun dari langit. Bertimpa-timpa jatuh atas kepala.
Seronok ke kalau hujan duit macam tu? Kepala sakit kena hentak dengan syiling yang bila dikutip…berguni-gunipun masih tidak berbaloi untuk dikutip.
Ahhhhhhhhhh aku sepatutnya angankan duit kertas seribu jatuh berkeping-keping ke bumi di keliling aku…errrr kan perempuan tu suka berangan. Aku apalagi...memang hidup dalam angan-angan!