Memaparkan catatan dengan label jadual gaji maksimum minumum 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jadual gaji maksimum minumum 2013. Papar semua catatan

Selasa, 18 Jun 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013


Pekeliling dah keluar. Kepada penjawat awam, dah boleh semak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Pekeliling ni mengandungi kadar kenaikan gaji tahunan mengikut gred jawatan boleh rujuk: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. 

Berkuatkuasa 1 Julai 2013, semua kakitangan awam (yang memenuhi syarat seperti di dalam pekeliling 5/2013) layak menerima 1 KGT. Pemberian kenaikan 1KGT ini tidak akan mengubah tarikh kenaikan gaji tahunan. Kalau naik gaji bulan 4, tetaplah akan dapat pada bulan 4 tahun 2014 dan seterusnya.

Sesiapa naik gaji bulan 7 akan menerima 2 kali KGT (KGT 2013 + Pemberian 1KGT). Siapa yang dah naik gaji bulan januari dan april, penjawat awam ini menerima pemberian 1KGT ini pada Julai 2013. 

Aku? Lambat lagi…berjanggut dulu tunggu huh u hu apapun, jom semak dulu Pekeliling Kerajaan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013 yang dimaksudkan tu. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Komen aku: janganlah pula sedikit kenaikan gaji ni menyebabkan BANYAK kenaikan harga barang. Tapi, hakikatnya memang begitu. 


Sabtu, 16 Mac 2013

PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM GAJI MAKSIMUM MINIMUM 2013


Sejak pengumuman PM tentang insentif kepada Penjawat Awam minggu lepas, sejak itu ramai penjawat awam tersenyum lebar. Lebar tak senyum?

Tertunggu-tunggu tak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013 dari JPA?

Haaaaa….dah pun keluar pekeliling tersebut yang dikatakan untuk menambah baik struktur JGMM bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah SSM 2012.


Dalam pekeliling ini, Struktur JGMM sedia ada ditambah baik seperti berikut:

Peringkat gaji (P) bagi Kumpulan Pelaksana dan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijadikan satu lapisan jadual gaji minimum-maksimum yang baru dengan melibatkan penggabungan:
a. Peringkat gaji P1, P2 dan P3 di gred lantikan.
b. Peringkat gaji P1 dan P2 di gred kenaikan pangkat.

Gaji maksimum JGMM bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT).


Kaedah Pemindahan Gaji JGMM

Bagi maksud pemindahan gaji dalam penambahbaikan struktur JGMM ini, gaji pegawai pada 31 Disember 2012 hendaklah dipindahkan sebagai amaun gaji yang sama dalam JGMM baru pada 1 Januari 2013 termasuk bagi pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:

1. pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan asal. Manakala, gaji jawatan peminjaman atau jawatan pertukaran sementara hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan di agensi peminjam.

2. pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua Jabatan asal.

3. pegawai yang cuti bergaji penuh, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru.

4. pegawai yang cuti separuh gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru serta dibayar separuh daripada gaji baru.

5. pegawai yang cuti tanpa gaji, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru. Pegawai akan dibayar gaji baru apabila kembali bertugas.



Pergerakan Gaji Tahunan

Bagi maksud PGT, mulai tahun 2013 dan seterusnya, pegawai adalah layak dipertimbangkan PGT tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

Selaras dengan penambahbaikan gaji maksimum dalam JGMM baru ini, pegawai yang telah berada di gaji maksimum dalam JGMM pada tahun 2012 boleh diberi PGT bagi tahun 2013 dan seterusnya, mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM baru.

Pegawai yang diluluskan gaji KUP oleh Bahagian Saraan, JPA, gaji pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru. Sekiranya gaji yang dipindahkan tersebut berada dalam lingkungan JGMM yang baru, maka pegawai tidak lagi diperuntukkan gaji KUP dan pegawai layak dipertimbangkan PGT tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.


Elaun dan Kemudahan: Penambahbaikan struktur JGMM ini tidak mengubah kadar elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa.

Indeks Jadual Gaji Minimum-Maksimum Perkhidmatan Awam Malaysia dan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pengangkutan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Mulai 1 Januari 2013 bolehlah download PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013.

Kalau tak dapat kat situ, boleh cuba di sini ya PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM –MAKSIMUM PENJAWAT AWAM

Selamat menelaah!