Rabu, 5 November 2014

Banjir Lumpur Di Cameron Highlands




Sekali lagi, Cameron Higlands dilanda banjir lumpur

Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di Cameron Higlands menyebabkan berlaku kejadian banjir lumpur. Khabarnya, lebih 20 rumah penduduk terjejas selain merosakkan beberapa kenderaan. 

Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur di Cameron Higlands kali ini ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu Merah. Banjir lumpur itu dikatakan hingga paras lutut. Belum banyak maklumat yang ada, berita di radio pun belum ada.

Harapnya, tidak libatkan kehilangan nyawa. Harapnya juga pihak berwajib segera beri bantuan. Hujan woooooo dahlah Cameron Higlands memang sejuk kan. Tak boleh bayangkan keadaan mereka waktu malam begini. 

Ada sesiapa ada gambar banjir lumpur di Cameron Higlands ni tak? 

Kawasan banjir lumpur di Cameron Higlands kali ini terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober 2013. Dalam kejadian itu empat orang terbunuh dan jejaskan  80 rumah di tebing sungai apabila arus sungai turut bawa sampah sarap, pokok dan pasir. Akibatnya, puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam musnah.




Selasa, 4 November 2014

Bayi Bergaduh…alo lo Comeyyynya!!

Mmmmmm orang tua gaduh main tarik-tarik rambut, guling-guling sakan. Tak pun hentak-hentak kaki. Paling dahsyat, robohkan pagar rumah orang.

Cer tengok bila bayi bertengkar, kemain comey lagi!



Comey tak? Comey tak?

Hu huh u huh u jom bergasak!!!

Isnin, 3 November 2014

Bila Tauke Kafe Merokok

Kaki rokok tak akan suka entri aku hari ni. Tak apa, aku tak kesahpun. Yang aku kesah adalah…lepas ni aku tak akan singgah lagi ke kafe tu.

Bila kita kaki rokok, memang serba tak kena kalau tak boleh merokok. Masa memandupun boleh merokok, apalah sangat masa lain kan? Namun, universiti adalah kawasan larangan merokok. Walaupun ada aje orang curi-curi merokok, namun dah tentulah ia tidak libatkan orang lain. Kat toilet ofis aku tu selalu je ada bau dan habuk rokok. Aku pun heran jugak, boleh pulak depa ni merokok dalam tandas sambil buat urusan tutttttt tu.

Bila tauke kafe merokok kat kaunter, yang kemudiannya sekejab-sekejab dia akan kira harga makanan, pergi buat air minuman, pergi juga ambil hidangan yang dah siap masak kat dapur, itu rasanya sudah melebih.

Aku memang anti orang merokok. Bau orang merokok pun aku tak boleh, apalagi bau asap rokok. Bila tengok tauke kafe merokok masa dia kerja begitu…terang terangan pula, apa lagi yang aku tunggu. Boikot sahaja walaupun dia bukannya Israel! Dia Islam seagama dengan aku. Dia Melayu, sebangsa dengan aku.

Sebelum ni aku tertanya-tanya kenapa kafenya itu tak begitu dapat sambutan berbanding kafe sebelah. Itulah antara puncanya. Yang lain belum tahu lagi….

Kepada sesiapa yang berkerja uruskan makanan orang, kalaupun dikau kaki rokok, silalah tahan nafsu rokok tu seketika kala berkerja. Professional sikit, boleh?

Aku tahulah bukan banyak manapun kesannya bila aku boikot pergi kafe dia. Sebelum ni pun bukannya selalu aku pergi. Namun, kalau diri sendiri yang sebabkan orang tak menyinggah beli makanan kita, usahlah nanti disalahkan hantu polong pelesit bagai. Diri sendiri jadi penyebabnya hu huhu hu

Akhirnya, aku buat juga aduan online kepada pihak pengurusan. UKM ni ada system aduan dalaman, klik-klik tulis aduan beberapa baris, tindakan akan diambil kerana mereka perlu buat report kepada pihak pengurusan tertinggi dan dibentangkan dalam mesyuarat Senat. Maaflah ya kalau selepas ni kontraknya tak sambung lagi. Paling malang kalau kena tutup bisnes sebelum kontrak tamat. Harapnya, dia hanya diberi amaran sahaja. Aku dah penat menjadi penyebab tertutupnya periuk nasi orang!


Jumaat, 31 Oktober 2014

Monolog Dalaman Orang Sentap Hari Jumaat

Orang tak akan faham pun walaupun dia kata dia faham. Yang kau nak sentap ni kenapa?

Bukan sentap, tapi kecewa. Aku tengah kalut berjuang nak bernafas pun dah rasa sesak, pulun celah jugak luangkan masa tinggalkan plan asal aku terbongkang…ada orang nak hargai? Dikata pula!

Sejak bila pulak kau dah mula kesah dengan apa yang orang kata? Dia tu siapa sampaikan kata-kata dia kau nak pegang dok kecewa bagai? Penting sangat ke dia? Kalau kau susah dia tolong tak? Ke hanya tahu mengata dan dok tak puas hati semua benda yang kau buat tu?

Tak adalah penting manapun.

Kalau tak penting, abaikan je. Orang macam tu tak reti bersyukur. Dalam kepala otak dia hanya tahu nak lebih je. Nak orang baik dengan dia, dia ada buat baik dengan orang? Nak orang hormat dia, dia ada hormat orang? Kalau kita tak buat apa, tapi nak lebih aje dari orang…baik terjun kandang buaya. Hidup pun menyusahkan orang!

Gangguan mental tau dak?

Yang kau kena risau… betulkan tesis tu. Spesies ni tetap tak puas hati hingga kiamat, kudis je tu…tak payah nak risau! Kalau takat cakap je “faham”, tapi tindakan tak satu pun melambangkan dia faham...kau nak sentap lagi? Tak payah buang masa. Kau dah cakap kan tengah kalut nak siapkan kerja skulah? Dia dah tahu kan kau tak boleh duduk lama, tak boleh lasak, tak boleh angkat benda berat…tak boleh tu, tak boleh ni…berjalanpun masih macam robot, mop lantai pun tak boleh. Ada dia datang tolong kau mop lantai? Kalau benda mudah macam mop lantai pun dia tak boleh tolong kau, kau rasa benda besar dia boleh buat untuk kau tak? jangan harap!!!!

Errrr errrr…errr

Nak Berjaya, jauhkan dari aura negative. Tak rugi apapun dia tak ada dalam hidup kau kan? Selama ni boleh aje kau hadap orang dok mengata bagai? Orang buat fitnah... Orang tak layan kau. Makcik sihir tu pun boleh je kau buat tak tahu. Dia ni lebih hebat dari bini professor tu ke?

Tak payah nak blur. Pi buat bab tesis tu! Pulun! Masa dah tak ada. Dia orang bukannya reti pun pasal semua tu…reti dok menyebok hidup orang je. Tak payah dok tiru perangai “tak pernah cukup”, “tak pernah puas hati dengan orang”. Kalau kita tu baik sangat tak apa juga. Kau tu sapa kat dia untuk dia menempel? Ada dia beri faedah kat kau? Hidup kalau tak reti nak bersyukur, memang payahlah!

Errrr…errrr….errr

Dahhh! Pi sambung buat kerja! Buang masa je dok piker pasal orang macam tu. Hablunminannas pun tak reti nak jaga. Cheittts!!!

Mmmmmm itulah contoh monolog dalaman ya murid-murid. Monolog dalaman ni kita boleh jumpa dalam karya kreatif macam novel dan cerpen. Sila faham betul-betul. 

Khamis, 30 Oktober 2014

Memandu Sambil Merokok Dan Guna Telefon

Orang Malaysia memang hebat bila berada di jalanraya. Macam-macam boleh buat.

Takat baca FB dan masej, atau balas komen ketika memandu itu adalah biasa-biasa sahaja bakatnya. Ramai orang ada bakat sebegini. Kalau si jelita gadis perawan nan lawa, selalu juga kita jumpa sedang make-up, betulkan tudung atau selfie semasa berhenti di lampu isyarat. Tak apalah juga kalau masa berhenti di lampu isyarat, tapi ada yang lebih mencabar bila ada dikalangan mereka lakukan semua tu semasa memandu. Hebat, kau jah!



Kalau sang jejaka kacak arjuna beta, takat mengurat bersiul weeeeevittt sambil jeling si dara kereta sebelah, ohhhhhh itu tersangat biasa. Anak buah ambo pun selalu buat.

Yang jadi lebih luar biasa bila cik abe donde tu merokok ketika memandu sambil jawab panggilan telefon tanpa guna hand free. Aku dok pelik memikirkan bila masa dia nak pegang stering, nak sedut asap dan pada masa yang sama nak kena bercakap di telefon.

Aku tau la abe donde tu hebat, tapi…boleh tak fikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Ambo ni belum cukup amal lagi untuk berhijrah ke alam sana dek kecuaian orang lain macam hang!

Mana ada aku marah…tu kan nasihat!!! Tanya P.Ramlee kalau tak caya huh u hu hu

Sebenarnya entri ni ada kaitannya dengan entri salah siapa anak kurang ajar.


Rabu, 29 Oktober 2014

Dokong Sedap Ayah Tanam Belakang Rumah

Dah rasa sekali, akan terus jatuh cinta. Inilah dokong dari kampung, ayah tanam belakang rumah;


Selasa, 28 Oktober 2014

Pintu Pagar Utama UM Roboh Dirempuh Pelajar

Aku bukannya tak setuju pelajar terlibat dengan politik sebab di kampus juga ada politik. Ada persatuan pelajar. Ada pilihanraya. Tapi aku menentang pelajar yang aktif berpolitik di kampus dengan ekstrim.

Sebabnya mudah sahaja; abaikan belajar. Tak buat tugasan. Ponteng kelas dan tutorial. Paling tak boleh terima, adab pun dah hilang.

Aku pernah kena tengking dengan seorang pelajar perempuan yang fizikalnya kelihatan sangat tertib, lemah lembut dan tinggi ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya semata-mata dia ponteng kelas. Alasannya: pancing undi untuk pilihanraya kampus. Masa tu tempoh kempen pilihanraya kampus adalah sebulan. Sekarang ni hanya seminggu je.

Tinggi dan keras suaranya berkata “Cik tak tahu erti perjuangan”.

Menyirap darah aku. Tangan ringan je…nasib baik masih boleh control, kalau tak…tak pepasal makan penampor Jepun percuma huhuhuhu kalau adik aku, memang sah dapat!

Aku hanya kata “sebelum awak berjuang untuk orang lain, boleh tak awak berjuang untuk diri sendiri dulu? Kalau awak gagal universiti, siapa akan berjuang untuk awak? Siapa akan bayar PTPTN? Siapa akan bayar hutang piutang yang mak bapak awak buat semata-mata nak hantar awak belajar? Kalau awak ada jawapan untuk tu…silakanlah berjuang. Kalau belum ada jawapan, sila berjuang untuk diri sendiri dulu. Dapatkan First Class. Dah habis bayar hutang PTPTN, hutang mak bapak awak, hutang awak…ya silakan. Sila berjuang!”

Akhirnya dia terdiam dengan muka pucat. Tunduk tengok lantai. 


Kepada adik-adik yang dah merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) hingga roboh untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian menuju Dataran DTC UM yang menjadi lokasi pidato bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara', mohonlah fikir semula. Usahlah terpengaruh dengan sesiapa, fikirkan dulu diri sendiri kerana akibatnya akan kita tanggung. Orang lain tak akan berjuang untuk kita termasuk orang yang kita perjuangkan itu.

Kejadian rempuhan pintu pagar utama UM pukul 9.20 tadi dilakukan apabila pintu arah Bangsar dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam.

Isnin, 27 Oktober 2014

Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Kalau entri lepas, aku ada entri tentang lelaki cantik paling jelita di dunia, kali ni entri tentang lelaki paling kacak a.k.a tampan segak bergaya hensem…mmmmm nak letak apa lagi?

Jom kita cuci mata;



Puas hati? Segak tak? Tampan tak? Huh u huh u hu berpinau biji mata kalau tengok lelaki kacak ya…mmmm nak peluk lelaki kacak, memanglah tak ada peluang. Tengok dari kejauhan aje lah adanya kemampuan huh u huh u

Inilah dia lelaki paling tampan di dunia, Omar Borkan Al Gala;



Mmmmmmm memang kacak, tampan, hensem pun. Bertuah badan!

Bertuah tak bertuah pun, dia pernah dihalau keluar dari Dubai kan? Dubai ke Abu Dhabi? Mmmmmm mana-mana aje lah! Tak penting pun untuk ingat.

Ahad, 26 Oktober 2014

Lori Enjin Jet Berlumba

Tengokkan api dan asapnya tu…fuhhhhhh lemas ceQ. Sesuai benarlah buat sembur nyamuk aedes;



Aku dok bayang lori enjin jet ni berlumba naik ke langit macam jet hu huhuhuhu imaginasi tinggi sangat tu!!!!!

Sabtu, 25 Oktober 2014

Keunikan Kereta Peronda Negara Orang

Jom kita tengok keunikan kereta peronda  polis seluruh dunia yang canggih dan hebat-hebat belaka hu huhuhu



Di Malaysia, bila gamaknya PDRM nak guna lambhogini?

Jumaat, 24 Oktober 2014

Muhdalena Power Rangers Lari Dari Hospital

Ingat lagi kes amuk di Putrajaya dengan pedang Samurai untuk gulingkan kerajaan Malaysia? Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Khamis.

Muhdalena, 30, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dimasukkan ke HSA Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi. Tak tahulah pulak dia hilang seorang diri ke atau hilang bersama dengan bayi yang baru dilahirkannya.

Muhdalena pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya. Dia mendapat perintah mahkamah Putrajaya untuk dimasukkan ke Hospital Permai mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihakpolis di talian 07-2212999. Sila laporkan kepada pihak polis ya, kang tak pepasal kena amuk lagi. Dia bukan sahaja terkenal kenarana mengamuk dengan pedang semurai di Putrajaya tetapi hadir ke mahkamah memakai topeng Power Rangers.

Khamis, 23 Oktober 2014

Serpihan MH370 Ditemui Di Pantai Indonesia?

Hari ini, satu Serpihan dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia. Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang itu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.

Kemungkinan tetap ada. Serpihan itu mungkin dihanyutkan ke perairan Indonesia di bawa arus tetapi pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkannya. Operasi pencarian dasar laut kini sedang dijalankan di sebalah barat perairan Australia, iaitu zon yang dikenal pasti oleh pasukan penganalisis. Menurut ATSB, ketika pesawat MH370 melalui zon tersebut, ia dipercayai telah kehabisan bahan api dan mula terbang rendah.

Fasa baharu pencarian dasar laut MH370 telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi. Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak Selasa lalu. Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu 'ProSAS' yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.

Semoga misteri ini terjawab akhirnya. Doakan semuanya berakhir dengan segera. Perasaan memang sangat terdera. Jasad pun entah di mana, kotak hitam lagi lah susah nak jumpa. Dalam masa orang dok kalut mengesan MH370 tu pun, ada jugak penyangak kebas wang mangsa MH370. Tadak hati perut betul!

Rabu, 22 Oktober 2014

Selamat Pengantin Baru TMJ

Wahhhhhh!!! TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Istiadat pertunangan dan pernikahan TMJ-Cik Khaleeda itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi. Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu. Jadi, orang lain jangan nak menyebok yaaaaa. Jangan ceroboh majlis orang huhuhuhuhu padahal aku jeles tak dijemput!

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu.

Istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan. Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara. Tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.


Biodata TMJ, Tunku Mahkota Johor

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia. Mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan. Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007.

Biodata Cik Khaleeda Bustamam

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak (2000 -2003), sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Waaaaa hebatnya dia. Hebatlah kan boleh kahwin dengan anak raja…kalau macam aku ni, boleh berangan nyanyi lagu Laju Buaiku Laju macam LATIFAH OMAR dalam filem bawang putih Bawang Merah pun dah banyak bagus tu.



Fuhhhhhh! Selamat pengantin baru TMJ dan Cik Khaleeda Bustamam. Moga bahagia hingga syurga.

Mmmmmm TMJ dan Cik Khaleeda bina masjid pada tahun baru Hijrah rupanya. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ya... Apa maknanya maal Hijrah pada kalian?

Mmmmmm ada sesape nak belanja kek tak? Opssssss!!!!



Selasa, 21 Oktober 2014

Video Puting Beliung di Klang?


Video ni sedang tersebar, kononnya dikatakan berlaku di Pandamaran Klang;



Respek dengan adik-adik ni…ada ilmu. Bila tengok benda macam ni, depa pi azan, bukannya pi jerit hysteria.

Wajah Artis Bollywood Tanpa Make Up

Orang kata, kejelitaan artis Bollywood lebih asli berbanding artis Korea yang cantik kerana banyak buat pembedahan plastik. Fuhhhhhh! Nama pun artis Korea…K-pop gitu, artis lelaki pun tak terkecuali dari melakukan pembedahan plastik. Namun begitu, ada juga artis korea yang buat pengakuan bahawa mereka tidak terjebak dengan pembedahan plastik.

Kononnya wajah artis Bollywood yang jelita itu lebih asli, betul ke? Jom kita tengok wajah-wajah artis Bollywood tanpa make up. boleh tengok perbezaan kejelitaan wajah artis Bollywood ini bila kenakan make up dan tanpa make up;



Kalau aku, hurmmmmm sama ada make up atau tak, memang sama aje. Tetap tak berapa nak jelita huh u huhu hu nak buat pembedahan plastik non hadooo emas dinarnya walaupun harga emas terkini di Kelantan turun merudum. Bukankah, rupa bukanlah satu ukuran? Hu huh uhuhu

Isnin, 20 Oktober 2014

Pembedahan Plastik Paling diGemari


Kalau pergi Seoul, Korea Selatan…kita boleh jumpa deretan premis tempat buat pembedahan plastik untuk kecantikan lebih banyak dari salon rambut atau pusat facial wajah huh u huhu hu sebab itukah ramai perempuan jelita lawa dan lelaki segak kacak hensem di sana? Jangan lupa...lelaki pun ada yang cantik jelita tau!

Secara umum, jenis-jenis pembedahan plastik yang digemari wanita di seluruh dunia adalah:

1. Payudara
2. Sedut lemak
3. Tegangkan Kulit yang kendur
4. Mata
5. hidung




Cantik punya pasal...semuanya sanggup. Ya lahhhh...kalau dah cantik, peluang untuk kahwin dengan anak raja tu munkin ada laaaa walaupun kita tahu, banyak kisah cinta yang tragis  dek kerana cemburu, dendam, cinta tak berbalas dan bla bla bla... semuanya dek kerana rupa. Tapi...tetap juga nak cantikkkkkk!!!!

Kematian akibat sedut lemak akibatkan kematian yang lebih tinggi berbanding kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat (20%).Cer ambil iktibar.

Orang yang tak berapa nak lawa macam aku ni, paling rajin kunjungi pusat kecantikan pun hanya untuk facial muka je. Itupun ambil pakej paling basic yang ditawarkan dan lakukannya sekali dalam tempoh dua tiga tahun. Itu pasallah tak sempat nak jelita!


Ahad, 19 Oktober 2014

I Want To Touch A Dog


Gambar seorang wanita bertudung dan anak-anaknya memegang anjing ni tetiba muncul dengan kerap di merata wall FB;


Sekurang-kurangnya 1000 rakyat Malaysia telah menghadiri kempen I Want To Touch A Dog yang telah diadakan di Central Park, One Utama pagi tadi. Kempen ini bertujuan untuk mengatasai ketakutan orang ramai terhadap anjing. Penganjur kempen ini Syed Azmi Alhabshi telah berkata kempen tersebut telah meraikan satu kejayaan yang besar.

Antara mereka yang telah juga menghadiri kempen ini ialah satu panel penceramah-penceramah Melayu dan juga ulama yang dengan relanya telah menjawab segala keraguan dan pertanyaan dari orang awam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin telah memberi ceramah mengenai aspek menyentuh anjing dalam agama Islam.

‘’Anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan. Kami perlu atasi tanggapan melihat binatang ini sebagai satu makhluk yang jahat. Kita patut ajarkan golongan muda untuk mencintainya tetapi pada masa yang sama mengetahui had kita,'' tambah Uztaz Iqbal.

Asal aje ada anjing, ada Babi...kita pun jadi sensitif. Hingga kita lupa tentang hukum merokok. hukum riba. hukum rasuah. hukum makan harta anak yatim. Hukum menfitnah.

Mmmmmm perlu ke buat program sebegini? Dah habis program lain? macam... program "saya berazam nak tutup aurat" ka..."saya nak berbaik dengan jiran setaman" ka... "saya tak nak berlakon kena culik" kaa... "saya nak bagi salam" ka...ishhhh banyak lagilah program boleh buat!




Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.  Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat anjing ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan.

Umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat. Walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Wan To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW.

Kenapa perlu diadakan kempen menyentuh anjing, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau sertu atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah.

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.  

Kenderaan Pribadi Termewah


Kalau dah kaya, mmmmm nak kata apa!

Kita ni hanya mampu berangan ajelah. Itupun nasib baik berangan tak perlu bayar apa-apa.



Untung benar kalau dah kaya kan.

Mmmmmm kalaulah daku jua kaya sebegitu, dah tentu serata ceruk bumi ni akan kujelajahi macam Christopher Columbus huh uhu huhu mana tahu ada harapan namakan sesuatu tempat dengan nama sendiri. Mesti best!

Bayangkan, ada sebuah pulau yang indah…namanya Pulau Anganan Anyss huh u huh u mmmmm berangan tak payah bayar, redah ajelah labu!!!!

Asalkan bahagia huh u huh uhu

Sabtu, 18 Oktober 2014

Impian Terakhir Sebelum Meninggal


Andaiku tahu…ohhhhh kiranya kita tahu bilakah masanya akan pergi tinggalkan dunia fana ini, apakah perkara terakhir kita nak buat? Apa impian terakhir sebelum meninggal?



Bagaimana dengan kalian?

Daku impikan untuk berada dekat dengan kaabah. Lokasi itu tentunya bawa sejuta damai dan rahmat.

Persoalannya, akan tertunaikah impian itu?

Moga-moga! Insha Allah.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Salah Siapa Anak Kita Kurang Ajar??


Saje je bagi tajuk Nampak ganas sikit. Sekarang ni kan isu gangster, kat tengah Bukit Bintang ada gangster berebut kawasan pun main bom je, kat ulu banat sana pun ada kaki buli juga. Kira tengah berlatih untuk jadi gangster lah tu!

Kita (termasuk aku) idamkan anak-anak yang baik, sopan, beragama dan bla bla bla pendek kata yang baik-baik ajelah. Kita (dah tentulah bukan aku!) sering terlupa bahawa anak-anak sebenarnya banyak belajar tingkahlaku dan perbuatan mak ayah yang dia tengok sehari-hari. Yaaaaa… kita hantar anak ke sekolah tetapi masa mereka bersama cikgu tak adalah sebanyak masa yang ada bersama mak bapak.

Malangnya, kita terlupa bahawa perangai yang kita pamerkan itu sangat bertentangan dengan ilmu sivik dan moral yang cikgu ajar di sekolah. Kita nak anak-anak jadi sopan santun dan jaga tingkah laku, namun kita sendiri gagal untuk jadi model terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi bila berada dalam kenderaan.



Tak tahulah kenapa orang Malaysia ni jadi macam hero je bila masuk dalam kenderaan masing-masing hingga lupa bahawa mereka membawa bersama anak-anak yang sentiasa alami proses pembelajaran dari persekitaran. 

Kita tak suka kaki buli, tetapi depan anak-anak kita jadi pembuli jalan raya. Kita himpit kereta sebelah tanpa signal. Kita potong kenderaan di lorong kiri. Kita guna lorong kecemasan ketika lebuhraya sesak. Kita pantang bila ada kenderaan lain memotong kenderaan kita hingga sanggup berlumba di lebuh raya. Kita buang sampah ke jalan raya. Dan semua itu…dilihat oleh anak-anak ganerasi akan datang.

Bila mereka jadi pembuli, kita marah pulak, padahal…mereka belajar dari tabiat baik kita juga. Bila berlaku sesuatu, maka kita salahkan orang lain. Hanya orang lain yang bersalah, sedangkan kita sentiasa sahaja betul dan benar. 

Kalau pun dipengaruhi oleh gen, berapa peratus gamaknya gen itu mempengaruhi cara hidup, cara bertindak dan cara berfikir anak-anak dari kecil hingga tua Bangka?

Dah lama orang tahu bahawa pembelajaran anak-anak bermula dari persekitaran, tetapi berapa ramai antara kita sedar untuk mengasuh anak-anak dengan persekitaran yang sempurna. Kita tahu salahkan orang yang wujudkan persekitaran tidak sihat untuk tumbesaran anak-anak kita, sedar tak yang kita juga bukanlah contoh yang terbaikpun untuk anak-anak orang lain, apalagi anak-anak sendiri.

Wokeh, ini entri orang tak ada anak bebelkan tentang masa depan anak orang lain. Aci gitu?


Khamis, 16 Oktober 2014

Berbelas Iklan Nuffnang Serentak???


Fuhhhhhh!!! Bila buka tengok nuffnang, hati kembang je nengok berbelas iklan nuffnang dok berkelip kat blog. Gajahpun boleh seludup masuk dalam lobang idung tau! Kalau tengokkan jumlahnya yang banyak tu…dah tentu macam ada peluang nak jadi kaya. Sayangnya seribu kali sayang…bak kata ramai blogger popular @ otai…iklan nuffnang jenis mandul.

Iklan pun boleh mandul? Ingatkan orang je ada kejadian mandul tak mendatangkan keturunan ni, rupanya nuffnang punya iklan pun ada jugak dalam kategori tak mendatangkan hasil. Buat penat je dapat iklan berderet-deret cecah belas-belas tapi hasilnya non hadoooo!!! Ada yang tadak sen, ada yang lima sen…ada yang seposen je untuk tempoh berbulan-bulan huhuhu huh u

Kalau dulu-dulu, ada dua tiga iklan tergantung pun dah boleh mendatangkan kekayaan yang luas biasa huh u huhu luar biasa benarlah kejadiannya huhuhuhu. Paling tidak ada lah juga kan? Tapi, bila berbelas-belas iklan timbul, dan berbulan juga muncul…sayangnya iklan di blog tu hanyalah hiasan semata-mata. Tak ada hasil pun, paling tepatnya…takat dua tiga sen je mendatangkan punca pendapatan dalam tempoh sebulan, baiklah tampal iklan lain. Ya dak? Terserlah ketamakannya di situ! Dengar khabar, orang tamak selalu untung hu huhuhuhu …

Dengan berbelas BE (CPUV Campaign) yang tertera hingga tak muat skrin untuk aku print skrin tu, harapnya aku boleh jadi kaya raya lah mulai sekarang. Harga minyak dan naik 20 sen, walaupun aku tak adalah protes tunjuk perasaan hingga sanggup bunuh diri kerana itu, namun kesannya tetap ada. Kejutan budaya juga bila petrol RON95 naik harga ketika musim perayaan. Apasallah tak naikkan harga lepas aku balik raya di kampong ek?

Aku pernah merajuk dengan nuffnang dek pilih kasih depa tu. Tau la aku ni bukannya blogger otai yang popular, tapi…nak sedekah satu iklan pun bukan main payah apa ke hal. Dek rajuk tu, setahun jugak aku buang iklan. Haaaaaa padan muka aku…tapi bila aku pasang semula iklan tu, tetiba pulak nuffnang baik hati pulak bagi banyak iklan. Mmmmmm merasa jugaklah cik bintang ikan siakap stim limau dek iklan nuffnang kat blog aku ni.

Sekarang ni, aku dah tak kesah pun pasal iklan nuffnang nak mandul ke, nak bunting pelamin ke…yang penting aku selalu buat entri walaupun berminggu cuti balik kampong. Siap schedule lagi entri tu…haaaaa silalah kagum yaaaaaa. Macam cik bintang kata; tak kaya pun kalau harapkan iklan nuffnang ni. Jadinya, kalau suatu hari nanti aku dah malas nak letak iklan nuffnang, aku buang aje. Baik lagi aku letak iklan argan oil, dapat juga beli harga diskaun istimewa. Tambah jelita lagi pulak tu…

Aku sangat berharap nuffnang kecik hati dengan entri ni huh u huh u hu iya lah sangat kan????


Rabu, 15 Oktober 2014

Bila Dia Cemburu hu hu huhu

Siapa kata hanya manusia sahaja pandai cemburu?

Cemburu memang tandanya sayang, tapi…ada banyak kes juga cemburu menyebabkan berlaku tragedi. Cemburu akibatkan malapetaka.

Namun, jarang kita dapat jumpa fonomena cemburu dalam kalangan haiwan;



Walaupun dia cemburu, tapi…Nampak comey aje. Tak macam sesetengah spesies manusia, bila cemburu Nampak bebenornya buruk rupa dan perangai huh uhuh uhu

Selasa, 14 Oktober 2014

Harga Terkini Emas Di Kelantan

Sejak harga emas di Kelantan turun menderu-deru…dan jadi murah gila emas di Kelantan errrrr gitu ek? Maksud aku, emas dah murah harganya di Kelantan, aku teringin jugak nak merasa ada sejanggut udang barang emas. Maklumlah, aku ni kan marhaen, mana mampu nak beli pun. Tapi pada masa yang sama risau juga kot jadi sasaran peragut yang potong tangan semata-mata nak dapatkan barang kemas. Ngeri wehhhh!!!!

Masa balik kampong hari raya Aidiladha lepas, sehari sebelum raya tu aku Nampak penuh sesak kedai emas di Ketereh kena serbu. Tiap kali musim raya, memang begitulah keadaannya. Hebat betul orang di negeri paling miskin ni, tukar dan tambah barang kemas macam beli baju raya je huh u huhuhu itu merekalah ya, bukan aku. Aku ni tetap marhaen juga.


Masa tu pergi pasar tani dengan kakak ipaQku yang hebat itu. Dan ain juga. Tapi tak pergi pun sebenarnya, melainkan ikut bersesak mudharatkan lagi mana-mana sesak yang ada. Tak dapat parking pun, jadi kami hanya tengok dari dalam kenderaan sahaja.

Lepas Aidiladha, masa lalu di deretan kedai emas yang sama, suasana memang dah lengang. Ya lah, orang serbu masuk beli emas sebelum raya, aku pulak dok tertinjau-tinjau tertanya-tanya murah benarkah harga emas hinggakan padat kedai emas tu? Manalah tau kan…kot-kot harganya dah jadi beberapa belas ringgit sekilo macam beli dokong. Fuhhhh! Jangan dok kata harga mangga harum manis lagi mahal dari harga sekilo emas!

Akhirnya ada juga kesempatan untuk aku intai-intai harga emas sebelum balik bangi. Yaaaaa harga terkini emas kelantan memang murah sikit dari kebiasaannya, iaitu RM136 segram. Bukan sekilogram ya…

Kalau nak beli emas dinar gelang bagai…silalah survey di kedai-kedai yang murah sebab harga berubah dan tak sama antara satu kedai. Silalah jelajah ya…kalau malas, rembat je lah mana yang berkenan. Tapi, kiraan di Kelate ni biasanya guna “rial berat”, iaitu bersamaan dengan 2 gram lebih. Mmmmmm aku pun pening bab ni sejak dulu…maklumlah tak praktis kira mengira emas pukal kan huhuhuhu

Mmmmmm musnahlah impian aku untuk memiliki sekilogram emas kali ni. Kalau RM18 sekilo, mampu lah aku!

Kemaskini:

selepas hari raya aidilfitri lepas, antara 25 julai hingga 27 Julai 2015, harga emas kelantan dalam "rial bera t" lebih kurang RM370 (iaitu 2g lebih)

CNY 2016 harga emas kelantan lebih kurang RM185 bagi setiap gram.

Kemaskini:  26hb Dis 2016: harga setiap gram RM159.

Kemaskini April 2017: harga emas kelantan setiap rial berat adalah RM473, maakala harga emas dalam kiraan 1 grm adalah bersamaan RM173.


Isnin, 13 Oktober 2014

Gara-gara Fahrin Ahmad Bulan Madu di Kapalai

Sekarang ni, slot akasia TV3 setiap hari Isnin hingga khamis sedang tayangkan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Mmmmm maaflah, kat entri ni tak ada sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, nak tahu jalan ceritanya macam mana, silalah cari di blog lain ya. Malas nak taip hu huhuhu hu mentang-mentang aku tak tengok kan?

kala matamu bertemu mataku ....

Aku bukanlah peminat drama bersiri slot Akasia TV3 sejak dulu tak kiralah drama apa pun…Ombak Rindu ke, Rindu Awak 200% ke, Seindah Sakura ke, Kerana Terpaksa Aku Relakan ke, Ariana Rose ke…pendek kata, bukannya ada peluang nak melangut depan TV jam 7 malam sebegitu. Malas aku nak terjebak, Tapi, musim Aidiladha lepas, tersilau jugalah TV masa lalu lalang dok memasak makan malam kat rumah tu. Fuhhhh nyata benar TV rumah kami dok kat dapur ya…

hatiku hancur musnah nengok gambar ini huhuhuhuhu

Dalam slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna terdapat scene Fahrin Ahmad (Luqman) dan Sara Ali (Melina) berbulan madu di Kapalai, Sabah. Fuhhhhhh! Tak semena-mena blog ni dapat tempiasnya. Berduyun-duyun orang masuk cari tentang Pulau Kapalai, Resort Kapalai ni terutama tentang harga penginapan semalaman kat sini. Pergi bulan madu boleh lah dikkk, nak bercuti semata non hadooo mampunya akak. Daku ni marhaen aje, dek non!


Kalau tak mampu nak bersantai bermalam di Kapalai Resort tu macam aku yang marhaen ni, pergi je ke Pulau Mabul. Nanti naik bot melawat Kapalai…dekat je!

Haaaaaa tetiba pulak entri yang aku tulis berkurun lepas tu jadi hot dek bulan madu Fahrin Ahmad dalam slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna …. Kalau selalu macam ni kan bagus hu huhuh u hu

Ohhhhh Abam Fahrin!!!!


Ahad, 12 Oktober 2014

Iklan Yang Paling Lucu Dalam Sejarah (Funniest Commercial Ever)


Dahaga?



Kot ya pun dahaga…jangan sampai gini ya!

Tak pernah lagi jumpa iklan air minuman yang sedahyat ini...alahaiiiii!!! tragis betul kisahnya.


Sabtu, 11 Oktober 2014

Jangan Salah Pakai Syampu


Apa jadi bila salah pakai syampu;



Errrrr…tak leh ek kalau rambut jadi lembut mengurai gitu?