Memaparkan catatan dengan label pintu pagar UM dirempuh pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pintu pagar UM dirempuh pelajar. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Pintu Pagar Utama UM Roboh Dirempuh Pelajar

Aku bukannya tak setuju pelajar terlibat dengan politik sebab di kampus juga ada politik. Ada persatuan pelajar. Ada pilihanraya. Tapi aku menentang pelajar yang aktif berpolitik di kampus dengan ekstrim.

Sebabnya mudah sahaja; abaikan belajar. Tak buat tugasan. Ponteng kelas dan tutorial. Paling tak boleh terima, adab pun dah hilang.

Aku pernah kena tengking dengan seorang pelajar perempuan yang fizikalnya kelihatan sangat tertib, lemah lembut dan tinggi ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya semata-mata dia ponteng kelas. Alasannya: pancing undi untuk pilihanraya kampus. Masa tu tempoh kempen pilihanraya kampus adalah sebulan. Sekarang ni hanya seminggu je.

Tinggi dan keras suaranya berkata “Cik tak tahu erti perjuangan”.

Menyirap darah aku. Tangan ringan je…nasib baik masih boleh control, kalau tak…tak pepasal makan penampor Jepun percuma huhuhuhu kalau adik aku, memang sah dapat!

Aku hanya kata “sebelum awak berjuang untuk orang lain, boleh tak awak berjuang untuk diri sendiri dulu? Kalau awak gagal universiti, siapa akan berjuang untuk awak? Siapa akan bayar PTPTN? Siapa akan bayar hutang piutang yang mak bapak awak buat semata-mata nak hantar awak belajar? Kalau awak ada jawapan untuk tu…silakanlah berjuang. Kalau belum ada jawapan, sila berjuang untuk diri sendiri dulu. Dapatkan First Class. Dah habis bayar hutang PTPTN, hutang mak bapak awak, hutang awak…ya silakan. Sila berjuang!”

Akhirnya dia terdiam dengan muka pucat. Tunduk tengok lantai. 


Kepada adik-adik yang dah merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) hingga roboh untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian menuju Dataran DTC UM yang menjadi lokasi pidato bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara', mohonlah fikir semula. Usahlah terpengaruh dengan sesiapa, fikirkan dulu diri sendiri kerana akibatnya akan kita tanggung. Orang lain tak akan berjuang untuk kita termasuk orang yang kita perjuangkan itu.

Kejadian rempuhan pintu pagar utama UM pukul 9.20 tadi dilakukan apabila pintu arah Bangsar dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam.