Ahad, 19 Oktober 2014

I Want To Touch A Dog


Gambar seorang wanita bertudung dan anak-anaknya memegang anjing ni tetiba muncul dengan kerap di merata wall FB;


Sekurang-kurangnya 1000 rakyat Malaysia telah menghadiri kempen I Want To Touch A Dog yang telah diadakan di Central Park, One Utama pagi tadi. Kempen ini bertujuan untuk mengatasai ketakutan orang ramai terhadap anjing. Penganjur kempen ini Syed Azmi Alhabshi telah berkata kempen tersebut telah meraikan satu kejayaan yang besar.

Antara mereka yang telah juga menghadiri kempen ini ialah satu panel penceramah-penceramah Melayu dan juga ulama yang dengan relanya telah menjawab segala keraguan dan pertanyaan dari orang awam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin telah memberi ceramah mengenai aspek menyentuh anjing dalam agama Islam.

‘’Anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan. Kami perlu atasi tanggapan melihat binatang ini sebagai satu makhluk yang jahat. Kita patut ajarkan golongan muda untuk mencintainya tetapi pada masa yang sama mengetahui had kita,'' tambah Uztaz Iqbal.

Asal aje ada anjing, ada Babi...kita pun jadi sensitif. Hingga kita lupa tentang hukum merokok. hukum riba. hukum rasuah. hukum makan harta anak yatim. Hukum menfitnah.

Mmmmmm perlu ke buat program sebegini? Dah habis program lain? macam... program "saya berazam nak tutup aurat" ka..."saya nak berbaik dengan jiran setaman" ka... "saya tak nak berlakon kena culik" kaa... "saya nak bagi salam" ka...ishhhh banyak lagilah program boleh buat!




Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.  Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat anjing ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan.

Umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat. Walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Wan To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW.

Kenapa perlu diadakan kempen menyentuh anjing, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau sertu atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah.

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.  

6 ulasan:

PetakBunga berkata...

Ntahlah..
Tp sy kurng setuju membangkitn hal2 yg sensitif ini.

Knpa islam mengharamkan anjing?
Org bukan islam selalu bertnyakan ni.. sy yg x berpa pandai x tau nk ckp. Tp sy percaya setiap yg haram pasti ada sbnya..sy je yg x pasti.

Dr K berkata...

Saya tak pernah sentuh anjing, tapi anjing pernah menjilat kaki saya..anjing yang sangat friendly kat ostolia..hahaha

anyss berkata...

Petak Bunga: kalau rakan bukan islam tanya tentang BABI, saya ada jawapannya...tapi part anjing saya belum betul2 jumpa sebabnya sebabya dek kerana kealpaan saya sendiri yang suka lengahkan masa untuk selidik ke akar umbinya

anyss berkata...

Daddy Ziyad: rumah kami di kampung ada bela anjing dua ekor...jangan dok memain nak buat saperes pi memalam tanpa bagi tau huhuhuhuhu

Unknown berkata...

Assalamualaikum..
Saya juga keliru dengan motif sebenar..moga2 ada hikmah yang boleh kita ambil dari peristiwa ini..
Jemput singgah ke blog saya.. :)
Salam perkenalan~

LuvHaryani berkata...

Sejujurnya, saya juga kurang bersetuju dengan program ni. Ada banyak program lain yang boleh dibuat. Harapnya biar program ini kali pertama dan kali terakhir dilakukan.

Balik kepada ilmu agama :)