Memaparkan catatan dengan label anak kurang ajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak kurang ajar. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

Salah Siapa Anak Kita Kurang Ajar??


Saje je bagi tajuk Nampak ganas sikit. Sekarang ni kan isu gangster, kat tengah Bukit Bintang ada gangster berebut kawasan pun main bom je, kat ulu banat sana pun ada kaki buli juga. Kira tengah berlatih untuk jadi gangster lah tu!

Kita (termasuk aku) idamkan anak-anak yang baik, sopan, beragama dan bla bla bla pendek kata yang baik-baik ajelah. Kita (dah tentulah bukan aku!) sering terlupa bahawa anak-anak sebenarnya banyak belajar tingkahlaku dan perbuatan mak ayah yang dia tengok sehari-hari. Yaaaaa… kita hantar anak ke sekolah tetapi masa mereka bersama cikgu tak adalah sebanyak masa yang ada bersama mak bapak.

Malangnya, kita terlupa bahawa perangai yang kita pamerkan itu sangat bertentangan dengan ilmu sivik dan moral yang cikgu ajar di sekolah. Kita nak anak-anak jadi sopan santun dan jaga tingkah laku, namun kita sendiri gagal untuk jadi model terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi bila berada dalam kenderaan.



Tak tahulah kenapa orang Malaysia ni jadi macam hero je bila masuk dalam kenderaan masing-masing hingga lupa bahawa mereka membawa bersama anak-anak yang sentiasa alami proses pembelajaran dari persekitaran. 

Kita tak suka kaki buli, tetapi depan anak-anak kita jadi pembuli jalan raya. Kita himpit kereta sebelah tanpa signal. Kita potong kenderaan di lorong kiri. Kita guna lorong kecemasan ketika lebuhraya sesak. Kita pantang bila ada kenderaan lain memotong kenderaan kita hingga sanggup berlumba di lebuh raya. Kita buang sampah ke jalan raya. Dan semua itu…dilihat oleh anak-anak ganerasi akan datang.

Bila mereka jadi pembuli, kita marah pulak, padahal…mereka belajar dari tabiat baik kita juga. Bila berlaku sesuatu, maka kita salahkan orang lain. Hanya orang lain yang bersalah, sedangkan kita sentiasa sahaja betul dan benar. 

Kalau pun dipengaruhi oleh gen, berapa peratus gamaknya gen itu mempengaruhi cara hidup, cara bertindak dan cara berfikir anak-anak dari kecil hingga tua Bangka?

Dah lama orang tahu bahawa pembelajaran anak-anak bermula dari persekitaran, tetapi berapa ramai antara kita sedar untuk mengasuh anak-anak dengan persekitaran yang sempurna. Kita tahu salahkan orang yang wujudkan persekitaran tidak sihat untuk tumbesaran anak-anak kita, sedar tak yang kita juga bukanlah contoh yang terbaikpun untuk anak-anak orang lain, apalagi anak-anak sendiri.

Wokeh, ini entri orang tak ada anak bebelkan tentang masa depan anak orang lain. Aci gitu?