Isnin, 23 Januari 2012

Apa Erti Tahun Baru Cina Buat Kami


Ramai yang tertunggu-tunggu kedatangan Tahun Baru Cina
Dengan banyak sebab
Paling utama sebab cuti dua hari
Boleh balik kampong atau berjalan jauh sikit
Bercuti dengan keluarga atau kenalan
Atau agenda sendiri yang lain
Maklumlah…bukan selalu dapat peluang cuti sebegitu
Apalagi kalau cikgu sekolah
Belasah cuti seminggu penuh
Itupun awal-awal lagi dah ganti setiap Sabtu ya
Bukan sesaje je bantai cuti sampai seminggu

Masa aku kecik dulu
Tiap kali Tahun Baru Cina mesti nak makan kuih bakul
Kat Kelantan kami panggil “tepung bakul”
Kat Kelantan, kuih bakul dibuat oleh orang Melayu
Sebab masyarakat Cina tahu apa yang orang melayu (Islam)
Boleh makan dan mana pula tak boleh dimakan
Jadi semangat 1Malaysia ni kira dah berkurun hidup kat tempat kami

Bila Tahun Baru Cina kami selalu dapat kiriman hamper
taklah besar gedabak pun, isi dalam plastik gelenyar je (plastic rokrak)
dalam tu mesti ada kuih bakul dua tiga biji, kacang tanah cap tangan,
air kotak drinho gambar bunga matahari dan buah limau
setahun sekali je dapat
masa dapat tu, kami redah bantai je makan
tapi lama-lama bila dah masuk sekolah menengah
aku dah pandai bertanya mana datangnya semua tu
ayah hanya jawab “Cina Pak Heng” (dan beberapa nama lain…aku dah lupa)
bagi, dia raya…

Masa Aidilfitri pula, aku pernah nampak Mek bungkus ketupat
Macam yang ayah suruh
Bila Tanya nak bagi kat siapa
Ayah kata “Cina Pak Heng” dan beberapa nama lain lagi tu
bagi dia orang rasa ketupat kita pulak
hu hu hu ayah aku memang tinggi semangat 1Malaysia ya kawan-kawan
bukan selalu aku puji ayah ni, kalau dia tau aku puji macam tu
mesti dia tak mandi berbulan-bulan
hu hu hu usah percaya dengan ayat terakhir tu la la la penyedap rasa je

Semua kawan-kawan Cina ayah ni berniaga di Pekan Ketereh
Bila dah besar lagi, aku mula kenal Pekan Ketereh
Mula ingat semula nama-nama kawan Cina ayah yang dia selalu sebut
MakCik Apron Merah bergaya sakan

mercu tanda Ketereh...inilah namanya buah tereh tu (Gajus)

Satu kali, seorang kawan ayah yang berniaga gigi palsu berkahwin
Dijemputnya semua kawan-kawan Melayu dan Cina
Dua hari kendurinya
Hari pertama untuk kawan-kawan Cina dengan segala adat resam Cina
Esoknya, untuk kawan-kawan Melayu pula
Dengan semua makanan dan gerak kerja majlis itu diuruskan sepenuhnya
Dek kawan-kawan Melayu pula

Semasa di Tingkatan Enam
Kawan aku bertambah lagi dengan keturunan Siam
Tengokkan wajah mereka, sama macam Melayu
Cara hidup pun sama hinggakan ada kalangan rakan kami
Cuba mengurat dibuat kekasih

Dari pemerhatian sekeliling aku mula belajar sesuatu…
Ya…berkawan itu tak perlu kira keturunan, kaum, dan agama
Asalkan saling hormati sesama sendiri

Sebab tu aku tak ada masalah untuk berkawan
dengan rakan berlainan bangsa, agama atau kepercayaan
asalkan tahu batasnya…dan biasanya
mereka bukan seagama dan sebangsa dengan kita inilah
lebih sering mengingatkan kita tentang keperluan agama kita
Rakan Cina itulah yang sering ingatkan untuk solat
Semasa keasyikan menyopingkan diri masa Mega Sale
Sedangkan Rakan Melayuku agak ramai juga berkata
“sempat lagi solat kat rumah ni…”

Entri ini bukan cerita tentang orang lain,
Melainkan tentang diri aku sendiri
Jika ada persamaan, anggap sahaja KEBETULAN tak disengajakan

Ahad, 22 Januari 2012

Gotong Royong Sesakkan Jalan Untuk balik Kampong


Hari ni Bangi dah lengang
Jalanrayanya, suasananya, manusianya juga
Kedai-kedai termasuk kedai makan dah banyak yang tutup
Nasib baik KFC dan McD tak tutup
Di pasaraya, ramai penuhkan troli dengan pelbagai keperluan
Sebagai stok untuk guna sepanjang cuti Tahun baru Cina

Aku pernah alami kehabisan bekalan makanan
Bila cuti Tahun baru cina begini
Ingatkan kedai buka, pasaraya buka, kedai makan buka
Rupanya semangat 1malaysia sangat tinggi di Bangi
Masing-masing berpakat tutup semua kedai
Pasar malam juga tak Nampak satu payungpun
Jadinya, tahun itu santapanku musim CNY
Berdasarkan apa yang ada dalam peti ais sahaja
Walaupun aku kata tak ada apa dalam peti ais,
Bukan bermakna KOSONG tetapi saki baki ikan masin
Dan pelbagai baki yang lain masih cukup untuk sambung nyawa
Sebelum pasaraya, kedai runcit dan kedai makan dibuka semula

Bagi yang balik kampong pula
Sesak itu memang makanan lumrah
Jadinya, perlulah bersedia dengan tangki petrol yang penuh
Makanan yang banyak, lagu-lagu yang mencukupi
CD atau DVD atau mp3 ayat-ayat suci al Qur’an juga
Taklah diri dikuasai ANGIN dan BARAN aje sepanjang jalan
Macamlah kita seorang je letih dan penat
Macamlah kita seorang aje yang sesak, Ya dak?
Jadi…sila bertimbang rasa semasa di jalan raya
Jangan tambah lagi statistic OPS Sikap yang mencanak aje angkanya

Kalau tengok status facebook rakan-rakan
Ramai yang mengeluh lelah dengan perjalanan yang panjang
Berbelas jam menuju satu-satu destinasi
walhal biasanya ambil masa 4-5 jam sahaja
kalau balik Kelantan tu
aku memang dah boleh agak kat mana
kawasan yang alami kepadatan kenderaan
belum jejak bumi Kelantan lagi dah bersesak tengah hutan
kasihan orang tempatan yang nak melintas jalan
kasihan pakcik-pakcik yang nak keluar pekan beli keperluan harian
terheran mereka seketika tengok jem tak bergerak
ataupun sesetengah kereta yang mempelesitkan diri
macam dia sorang je yang bayar cukai jalan hu hu hu

Aku? Macam biasalah…kerja tak bergaji
Kat pejabat siapkan semua perkara yang perlu dikejar tarikh matinya
Hingga hujung bulan ini
Aku akan diserang kesibukan yang melampau
Aduhhhhh! Dah rindu sangat nak tenggelam dalam selimut hangat
Dan tilam tak berapa nak empuk kat rumah tu
Apa daya…perjuangan perlu diteruskan.

Siapa kata orang ada kerja tu senang hati?

Janganlah pulak kata: “Dah ada kerja tak apalah,
Jangan rajin sangat, bukan nak kayapun kerja GOMEN”
Hu hu hu memang tak akan kaya takat kerja gomen 
Tapi prinsip aku satu je:
“masa tak ada kerja buat apa mintak kerja
Kalau dah ada kerja malas nak kerja?”
Kang senang tak payah mintak kerja dulu hu hu hu
Jangan marah aku ya…kerjalah kerana Allah,
Selebihnya kita akan dapat manfaat dari itu ;)

Selamat bercuti semua…mintak limau sekotak!



Asal Cuti Panjang Je Layan Lagu Hindi

Aku suka lagu ni
bukan sebab Shilpa Shetty yang cantik itu
atau Akshay Kumar si hero hensem nan romantik
serta baik bak jejaka idaman Malaya
atau juga Sunil Shetty yang lakunkan watak jahat
[depa ni adik beradik ka apa?
nampak sangat aku tak tau kan hu hu hu]
namun lagu Dil Ne Ye Kaha Hai dari filem Dhadkan
memang sangat merdu di telingaku
lagilah pemandangan bukit indah...sungguh mengujakan
Jommm sama-sama kita joget



 

 intipati yang kita boleh dapat dalam lagu dan filem ni adalah: 
cintailah orang yang cintai kita sepenuh hati 
bukannya mencintai orang yang kita cintai 
kerana belum tentu orang yang kita cintai sepenuh hati itu 
juga mencintai kita sepenuh hatinya

Sabtu, 21 Januari 2012

Bunuh 100 Suami Untuk Kekal Cantik

Makcik Apron Merah pernah tulis tentang ni
aku pernah meroyan nak tengok
tapi tak kesampaian sebab bukan pelanggan astro
lama-lama terus lupa

entah macam mana, terjumpa kat youtube Sanggul Beracun
lekatlah pulak dan tengok sampai habis
nak tengok sama?
jommmmmmmmm!



 

 Fuhhhhhh, tak mau komen apa-apa 
karang lebih panjang dari drama ni pulak!

Jumaat, 20 Januari 2012

Roh yang Tergantung antara Langit dan Bumi


Aku tak mahu bila mati nanti
Roh aku Tergantung antara langit dan Bumi
Tak diterima tanah, tak juga diangkat ke langit
Hanya sebabkan benda ni:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:"
Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan,
maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi,
yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu"

aku tak tahu hadis tu sahih ke tak,
malas nak semak segala…kalau ada sesiapa rajin
silalah semak untuk aku
tapi apa yang aku nak ketengahkan kat sini adalah:
Sila langsaikan hutang anda sebelum tinggalkan dunia dan isinya

Entri ni bukanlah nak mengata, perli atau sindir sesiapa
hanya peringatan untuk diri sendiri
andai sesuai, peringatan untuk sesiapa yang baca entri ini juga

Aku bukan nak mintak sesiapa yang hutang aku
datang menyembah sujud cium ibu jari kaki
dan bayar hutangnya pada aku
itu terserahkan kepada dia nak bayar ke tidak
soal aku redha atau tidak, halalkan atau tidak…tu soal hati aku
tak payahlah aku terjemahkan kat sini
dan hipokrit kata dah halal sebab nak tunjuk baik
tapi, aku hanya sekadar tekankan bahawa:
urusan di dunia, biarlah selesai di dunia
aku tak mahu tangguhkan di akhirat sebab kat Padang Mahsyar nanti
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
tak ada masa nak semak kat mana-mana kaunter
malas nak beratur panjang untuk langsaikan segala hutang piutang
yang patutnya dilunaskan semasa hidup di dunia sekarang ni

Dengan sebab itulah;
mulai Disember lepas, aku dah mula komitmen bayar hutang
dengan JPA…insyaAllah, September 2012 semua itu akan langsai dengan jayanya
sambung pula bayar hutang-hutang yang lain
Fuhhhhh! Siapa suruh buat hutang banyak-banyak?
kang dah kena bayar dengan penuh gigih?


Kalau ke Laman web interaktif JPA
[hanya peminjam berdaftar sahaja boleh masuk]
Sedikit makluman dari JPA:

Mulai Ogos 2009, bil tuntutan bulanan hanya akan dikeluarkan
kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten dan menjelaskan bayaran tertunggak.
Peminjam yang tidak menerima bil tuntutan bulanan
boleh menyemak di dalam web ini bagi mendapatkan maklumat untuk urusan pembayaran balik.

Sekiranya anda masih lagi berhutang dengan Pinjaman Pendidikan
PTPTN, MARA, JPA atau Kerajaan negeri, jomlah bayar
walaupun jumlahnya tak banyak setiap bulan
lama-lama langsai juga
hidup dikelilingi hutang memang tak aman
setiap bulan dok fikir nak bayar semua jenis hutang tu
[itupun kalau ada rasa nak bayar, ada juga sentiasa fikir
cara nak bolos dari bayar hutang…tangguh seketika untuk stabil kehidupan masih ok;
di dunia memang boleh lepas, Sana nanti tetap kena tanggung]
hingga gaji tak berbaki untuk kegunaan sendiri
kemudian buat hutang lagi

Wahhhhhh panjangnya aku dah taib
kira macam kuliah Jumaat pula ya
errr kutbah ya hu hu hu
Selamat membayar hutang
dengan GIGIH


PsssT: Selamat balik kampung kepada anda yang sama-sama bercuti memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga masing-masing [ayat yang sengaja direka untuk paparkan semangat 1 Malaysia la la la]. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga selamat balik dan selamat datang semula. 

Khamis, 19 Januari 2012

Mat Lutfi, Gitar dan Hudud

Pada usia baru
kukongsikan video di bawah
buat tatapan anda semua;


moga salah faham tentang hudud dihapuskan
moga undang-undang Islam tidak dihina dek kaum muslim sendiri

Biar Dicincang Lumat Akhirnya Air Bercantum Jua


Baguslah mereka dah berdamai
tidak bertegur sapa selama 7 tahun
kekeruhan hubungan keluarga paling sensasi seMalaya
Ummi Hafilda Ali vs Mohd Azwan Ali
itupun setelah Ummi Hafilda terima ugutan:
tangkap, kerat dan bakar
di twitter Azwan Ali



harapnya, selepas ini jalan damai itu terbuka
dengan Azmin Ali pula

harapnya: mereka bersatu semula
apa yang jadi, mereka lebih tahu dari kita
Allah lebih tahu dari kita
berilah peluang kepada mereka betulkan dan bina semula keluarga mereka
semua orang berhak untuk bahagia
dan kita juga tak ada hak untuk tentukan
atau hukum orang lain
mengikut timbangan kita kerna
siapalah kita untuk memberi hukuman?


Doakan mereka punya lebih banyak kesempatan
untuk saling menyayangi seluruh keluarga
berbanding saat gelora yang melanda membadai sebelum ini
sesungguhnya,
saat paling bahagia dah tentulah bila bahagia
bersama ahli keluarga sendiri

PsssT: Semoga seluruh kehidupan kita dipermudahkan...



Aminnn!


PsssT:


Pengguna lebuhraya PLUS akan menikmati rebat 10 peratus
apabila membayar tol menggunakan kad PLUSMiles
atau Touch'n Go sempena Tahun Baru Cina ini.
pengguna kenderaan Kelas 1 akan menikmati rebat itu
pada 19 Jan (Khamis), 23 Jan (Isnin) dan 27 Jan (Jumaat).
"Rebat ini boleh dinikmati sepanjang hari pada tarikh tersebut tetapi
rebat tersebut tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol
di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang,
Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar.

Pengguna boleh menuntut rebat itu di pusat khidmat pelanggan PLUS
apabila menambah nilai kad elektronik mereka
bermula 1 Mac hingga 31 Mei ini.
[awatnyalah tak tolak terus dari kat tu je…kang senang
tak adalah nanti lupa ka apa hu hu hu]

Selamat balik kampung semua ya…berhati-hati di jalan raya
ingatlah keluarga yang tersayang

Rabu, 18 Januari 2012

Pinang Jeruk...Mana Gobek, Carilah Sireh


Selasa, 17 Januari 2012

Jering Rebus Kelapa Muda Parut

Jering Rebus

Makcik Apron Merah ada tulis tentang ni...
macam mana makan jering rebus dengan kelapa muda yang diparut

Jawabnya mudah je: masuk mulut dan kunyah!

La la la...jangan marah aku hu hu hu
ini juga tak sempat untuk makan
tak muat perut nak isi
dah bantai nasi kerabu kakak ipaQku nan tersayang buat
mana lagi nak letak?
tali usus pendek je
mana lagi nak letak ikan keli goreng restoren cikgu
nak letak gulai ayam Mek juga
Otak lembu usah lupa!

Bila balik kampung
kenyang macam ciiirit (bukan cirit birit ya!)

Isnin, 16 Januari 2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: FASA 2

Masa datang kerja pagi tadi, sambil berangan baca papan layar
depan lampu isyarat kat UKM
ada tertera iklan Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier
Sesi Akademik 2012/2013 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: FASA 2
terus je niat dalam hati nak tampal kat blog
ye lah…maklumat mana boleh simpan sensorang
kena sebarkan, biar adik-adik kita tengah tunggu keputusan SPM
mudah dapat, cepatlah mereka terjun BSN beli no PIN

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013

Kalau ke laman web UPU, Kat sini ada 3 kategori untuk permohonan sambung belajar;
KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER BAGI LEPASAN SPM / SETARAF
KEMASUKAN KE ILKA /TEVT-POLITEKNIK BAGI LEPASAN SPM / SETARAF
KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN STPM / MATRIK / ASASI / STAM / DIPLOMA/SETARAF


Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier

bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar

bersekali dengan permohonan IPTA.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-

Politeknik Ungku Omar (PUO)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Panduan permohonan:

Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 
WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2.

Tarikh tutup: 2 April 2012

Bila dah buat entri ni, baru sedar yang macam pernah baca
kat blog lain sebelum ni, tapi di mana ya?
Macam sama jeeee
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 Lepasan SPM 2011
dibuka bermula 9/01/2012 sehingga 02/04/2012. 
Tarikh akhir penghantaran semua dokuman adalah pada 19/04/2012.
mmmm yang ni untuk program Matrikulasi kot

Jadi adik-adik, sila ikut macam di blog Kujie
maklumat berkenaan memang dah lengkap.
apa yang berbeza kat website yang akan adik-adik isi nanti adalah:
pilihan tempat pengajian nanti
kalau nak ikut Politeknik Premier, silalah pilih politeknik premier
jangan pulak klik UPU untuk matrikulasi ya adik-adik...
Selamat isi borang permohonan


Errr...inilah perkara yang paling aku malas nak buat...isi borang!

Sabtu, 14 Januari 2012

Etak Salai Musim bah Reramai Kita Bersidai

Etak salai...tak akan jumpa kat tempat lain kot,
takat ni lah, aku tak pernah nampak tempat lain
ataupun, memang aku tak banyak berjalan
sebab tu tak jumpa
ya tak?

Masa balik kampung hari tu,
hujan boleh tahan juga...sepanjang hari turun tapi tak lah lebat
bukan macam nak banjir
kata orang; hujan hambat orang tua
hu hu hu mana tah datangnya pepatah ni...

etak salai ni seronok dimakan
sambil memain air banjir
sambil harung banjir, sambil gigit etak
sambil berpayung sambil gurau senda
kalau bersama gewe lagilah feel kelazatan etak tu lebih menyerlah
la la la

Etak salai


Walaupun masa balik kampung hari tu ada jumpa etak salai
di jual atas pasar Siti Khadijah, Kota Bharu
aku hanya ambil gambar je...tak beli pun
rasa sangat banyak benda yang nak dimakan
sepanjang hari mulut tak pernah berhenti mengunyah

bila dah datang sini,
mulalah ingat balik nak makan itu ini
hu huhu

Jumaat, 13 Januari 2012

Tazkirah Ustaz Don Danial Don Biyajid di UKM

Ustaz hensem ni dah makin popular sekarang ni
ada cara tersendiri dia bagi ceramah
aku dah jatuh cinta dengan caranya sejak dulu lagi
sejak TV Al Hijrah mula-mula beroperasi
penerangannya sangat terperinci
sesekali diselit jenaka spontan yang mencuit hati
lagi meriah bila dialog yang dituturkannya itu dalam bahasa Utara
kelakar tetapi maklumat sampai
cik Bintang pernah dengar aku gelak sakan dengar programnya
yup! Aku sangat suka dia

sekarang ni, bukan aku seorang je suka dia
dah ramai mula serbu TV kalau program dia
dia ada kemahiran komunikasi yang tinggi
pandangan matanya tajam; macam tepat je pandang anak mata kita
bahasa badan digunakan sepenuhnya
walaupun dia hanya kat depan kamera
tengok sahaja aksi jari telunjuknya
sentiasa sahaja tunjuk aku bila dah mula mengantok
hu huh u itu memang aku je yang perasan lebih kan!
dia juga mampu mengesan reaksi penonton walaupun
dia bukannya tahu kita kusyuk dengar ke tidak

mungkin dek populariti ustaz Don yang istimewa ini
pihak Kelab Kebajikan dan Sukan Perpustakaan Tun Sri lanang UKM berbesar hati
menjemput Ustaz Don Danial Don Biyajid menyampaikan tazkirah
seperti berikut:
Tarikh: 13 Januari 2012 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
Semua muslimin dan muslimat serta warga UKM dijemput hadir.
Tunggu apa lagi? Serbu je lah!


Khamis, 12 Januari 2012

Nasi Berlauk Istimewa

Masa Kak Azie dan Cik Bintang datang kota Bharu awal tahun baru
aku tak sempat nak bawa mereka sarapan
dengan nasi Berlauk ataupun nasi dagang versi kelantan 
yang aku sangat-sangat suka tu

untuk mereka, nasi berlauk Ayam tu...tiba-tiba ada di sini;


Lain kalilah ya
pekena nasi Berlauk (ayam, daging @ ikan aya) atau nasi kerabu
atau nasi dagang versi beras lembut
atau juga...nasi ulam di restiren Cikgu hu hu hu 
dah tahu dah, mereka akan mintak pilihan terakhir tu!

SBPA ditangguhkan Lagi? Bila Pulak nak Laksana?


Aku dah naik pening dengan hal SBPA ni
sekejab lagu tu sekejab pulak lagu ni
di UKM sendiripun, macam-macam hal jadi
walaupun begitu, kami penjawat awam ni kena juga buat keputusan
mana nak pangkah. Ceeeewah! macam pilihanraya pulak ek?
setuju ke tidak, kena juga tahu apa kesannya
taklah semberono aje kami di cop Jebat Penderhaka
gelar Menderhaka itu lebih besar kesannya berbanding “ingkar arahan”
atau “saya yang tidak menurut perintah” hu hu hu

Kalau di UKM, tarikh akhir untuk memutuskan SBPA hingga 15 Januari 2012
tetapi pilihan bersara 60 dah tamat 31 Disember 2010 lepas
kalau ikut PEKAUM pun masih lagi bolak balik
nak mintak kaji itu ini, tapi…
katanya buat pilihan dahulu, yang lain kemudian nanti.
kalau dah buat pilihan dan bersetuju atau menolak
apa jadi selepas itu, kena tanggung sendiri

Pada 10 januari 2012 Kementerian Kewangan menyebut;
pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari 2012 pada 16 Januari
berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia, manakala
perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA
dibayar pada 31 Januari 2012.
tetiba hari ni pulak, ramai yang kata SBPA ditangguhkan Lagi
Lagi???? Sampai bila???
kononnya hingga pilihanraya selesai
hu hu hu nak percaya dengan tak nak percaya sama banyak je

Dengar ceritanya lagi, maklumat terkini tentang Penangguhan SBPA
akan diumumkan hari ini.
hari ni? Mmmmm kita tunggulah ya, beberepa jam lagi ataupun esok pagi
benda ni masih lagi khabar angin
Aduuuuusssss! Mmmmm aku nak sambung buat kerjalah!
Lantak pergilah SBPA ka…atok SBPA ka apa
malas dah nak layan! hu huhu


KEMASKINI:

Berikut maklumat yang ditampal di laman web JPA tentang:


Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.
4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.
5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.
6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 13,
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.
E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.
8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.
9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.
10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.


Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara
13 JANUARI 2011

PsssT: kepada anda yang berhadapan dengan tanggagaji yang tak sesuai, silalah email secepat mungkin sebelum 15 Februari 2012, mana tahu maklumat yang kita salurkan itu membantu pihak yang membuat keputusan ini agar lebih prihatin dengan kedudukan tangga gaji kita. Maklumlah, mereka kena semak semula semua tangga gaji, dah tentu akan ada yang cicir dan terlepas pandang. Masa peluang masih ada, manfaatkanlah sebab ianya beri kesan keseluruhan perkhidmatan kita.




Merenungi Selarik Kenangan Nan Terukir dengan Gunung Harap

Kalau padi katakan padi, 
Tidak daku tertampi-tampi;
Andai sudi katakan sudi,
Mengapa biarkan daku menanti?


Rabu, 11 Januari 2012

Permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua

Kepada anda yang berkerja dan berminat untuk sambung belajar semula
bolehlah minta Saluran kedua
permohonan untuk Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
telah dibuka sekarang hingga tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012.

Apa maknanya Saluran kedua?
ramai yang tak tahu sebenarnya pihak universiti menyediakan peluang
kepada golongan yang dah berkerja untuk sambung belajar
secara sepenuh masa di universiti
biasanya guru-guru maktab perguruan ramai mintak program ni
padahal boleh aje pekerja sector lain minta sebab penilaian kemasukan
tidak berdasarkan keputusan akademik masa SPM atau STPM semata-mata
tetapi juga berdasarkan pengalaman kerja.

Peluang dah ada, tak salah nak cuba
anda akan belajar seperti pelajar yang lain secara sepenuh masa di UKM
boleh minta PTPTN seperti pelajar lain juga
akhirnya nanti, anda akan dapat ijazah yang diiktiraf
kalau PJJ iktiraf juga, tapi separuh masa:
kelas hanya hujung minggu sahaja

Apa kelebihan belajar guna saluran kedua?
anda akan cuti tanpa gaji dari kerja selama tiga tahun
habis belajar akan sambung semula kerja di tempat lama
kemudian minta kenaikan pangkat kalau ada
atau cari kerja kat tempat lain tanpa risiko kehilangan kerja
tapi, kalau anda dah cemerlang dengan CGPA yang bagus
baiklah cari kerja lain yang sesuai kan?

Apa tunggu lagi? Cuba semak SYARAT KEMASUKAN DAN KELAYAKAN

1.      Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau yang setaraf dengannya dengan mendapat Kepujian
mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia termasuk Bahasa Malaysia Julai
atau yang setaraf dengannya;
2.      Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
dalam bidang-bidang berkaitan;
3.      Lulus ujian kelayakan atau ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Universiti;
4.      Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).


Antara program-program yang ditawarkan
kepada calon-calon kategori ini adalah seperti di bawah.
1.         FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
            2.         FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
            3.         FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
            4.         FAKULTI SAINS KESIHATAN
            5.         FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
            6.         FAKULTI PENDIDIKAN
            7.         FAKULTI UNDANG-UNDANG

Selain syarat-syarat asas di atas,
calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus bagi
kemasukan ke fakulti/program pengajian berkenaan.
sila semak di laman web fakulti.
Maklumat lanjut tentang permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
boleh disemak di laman web berkenaan
sila klik link diberikan.

Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian(online).
Tarikh tutup permohonan: selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.

Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan atas talian(online) SEKALI SAHAJA.
Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atas talian (online), sila hubungi:
Tel: 03-8921 5336/5041/4126
Faks: 03-8925 0662
mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my

Selasa, 10 Januari 2012

Kari Otak Lembu

Alhamdulillah, balik kampung hari tu
sempat makan benda  ni...




kari otak lembu masakan Mek
terbaeekkkkk dalam dunia untuk lidah aku hu hu hu
sedapnya masih terasa-rasa di hujung lidah...
kalaulah boleh makan lagi
hari ni...
Mek...Mek..

huwaaaaaaaaaaaaaa! sob! sob! sob!
makin pandang gambar ni
makin ler terkonang-konang
aduhaiiii!