Memaparkan catatan dengan label perpaduan kaum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perpaduan kaum. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2012

Apa Erti Tahun Baru Cina Buat Kami


Ramai yang tertunggu-tunggu kedatangan Tahun Baru Cina
Dengan banyak sebab
Paling utama sebab cuti dua hari
Boleh balik kampong atau berjalan jauh sikit
Bercuti dengan keluarga atau kenalan
Atau agenda sendiri yang lain
Maklumlah…bukan selalu dapat peluang cuti sebegitu
Apalagi kalau cikgu sekolah
Belasah cuti seminggu penuh
Itupun awal-awal lagi dah ganti setiap Sabtu ya
Bukan sesaje je bantai cuti sampai seminggu

Masa aku kecik dulu
Tiap kali Tahun Baru Cina mesti nak makan kuih bakul
Kat Kelantan kami panggil “tepung bakul”
Kat Kelantan, kuih bakul dibuat oleh orang Melayu
Sebab masyarakat Cina tahu apa yang orang melayu (Islam)
Boleh makan dan mana pula tak boleh dimakan
Jadi semangat 1Malaysia ni kira dah berkurun hidup kat tempat kami

Bila Tahun Baru Cina kami selalu dapat kiriman hamper
taklah besar gedabak pun, isi dalam plastik gelenyar je (plastic rokrak)
dalam tu mesti ada kuih bakul dua tiga biji, kacang tanah cap tangan,
air kotak drinho gambar bunga matahari dan buah limau
setahun sekali je dapat
masa dapat tu, kami redah bantai je makan
tapi lama-lama bila dah masuk sekolah menengah
aku dah pandai bertanya mana datangnya semua tu
ayah hanya jawab “Cina Pak Heng” (dan beberapa nama lain…aku dah lupa)
bagi, dia raya…

Masa Aidilfitri pula, aku pernah nampak Mek bungkus ketupat
Macam yang ayah suruh
Bila Tanya nak bagi kat siapa
Ayah kata “Cina Pak Heng” dan beberapa nama lain lagi tu
bagi dia orang rasa ketupat kita pulak
hu hu hu ayah aku memang tinggi semangat 1Malaysia ya kawan-kawan
bukan selalu aku puji ayah ni, kalau dia tau aku puji macam tu
mesti dia tak mandi berbulan-bulan
hu hu hu usah percaya dengan ayat terakhir tu la la la penyedap rasa je

Semua kawan-kawan Cina ayah ni berniaga di Pekan Ketereh
Bila dah besar lagi, aku mula kenal Pekan Ketereh
Mula ingat semula nama-nama kawan Cina ayah yang dia selalu sebut
MakCik Apron Merah bergaya sakan

mercu tanda Ketereh...inilah namanya buah tereh tu (Gajus)

Satu kali, seorang kawan ayah yang berniaga gigi palsu berkahwin
Dijemputnya semua kawan-kawan Melayu dan Cina
Dua hari kendurinya
Hari pertama untuk kawan-kawan Cina dengan segala adat resam Cina
Esoknya, untuk kawan-kawan Melayu pula
Dengan semua makanan dan gerak kerja majlis itu diuruskan sepenuhnya
Dek kawan-kawan Melayu pula

Semasa di Tingkatan Enam
Kawan aku bertambah lagi dengan keturunan Siam
Tengokkan wajah mereka, sama macam Melayu
Cara hidup pun sama hinggakan ada kalangan rakan kami
Cuba mengurat dibuat kekasih

Dari pemerhatian sekeliling aku mula belajar sesuatu…
Ya…berkawan itu tak perlu kira keturunan, kaum, dan agama
Asalkan saling hormati sesama sendiri

Sebab tu aku tak ada masalah untuk berkawan
dengan rakan berlainan bangsa, agama atau kepercayaan
asalkan tahu batasnya…dan biasanya
mereka bukan seagama dan sebangsa dengan kita inilah
lebih sering mengingatkan kita tentang keperluan agama kita
Rakan Cina itulah yang sering ingatkan untuk solat
Semasa keasyikan menyopingkan diri masa Mega Sale
Sedangkan Rakan Melayuku agak ramai juga berkata
“sempat lagi solat kat rumah ni…”

Entri ini bukan cerita tentang orang lain,
Melainkan tentang diri aku sendiri
Jika ada persamaan, anggap sahaja KEBETULAN tak disengajakan