Memaparkan catatan dengan label peluang sambung belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peluang sambung belajar. Papar semua catatan
Rabu, 21 Mac 2012
Peluang Belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ambilan 2012
Bagi adik-adik yang minat kejuruteraan dan teknologi, UTP mungkin antara tempat yang boleh dipohon untuk menyambung pelajaran. Terdapat dua program ditawarkan iaitu;
Program Pengajian Asas (untuk lepasan SPM 2011)
Calon-calon yang terpilih mengikuti program ini perlu lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Tarikh tutup permohonan: 5 April 2012
Permohonan online di http: //www.utp.edu.my (klik pada permohonan untuk program pengajian asas ambilan Mei 2012)
Program Sarjana Muda (untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma atau setaraf)
Terdapat 8 program ditawarkan dengan permohonan dilakukan secara online di http: //www.utp.edu.my (klik pada permohonan untuk program sarjana muda ambilan Mei 2012)
Maklumat lanjut hubungi:
Unit kemasukan, university teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh
Perak Darul Ridhwan.
Telefon: 05-3688 406/407/156/403/346
Rabu, 11 Januari 2012
Permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
Kepada anda yang berkerja dan berminat untuk sambung belajar semula
bolehlah minta Saluran kedua
permohonan untuk Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
telah dibuka sekarang hingga tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012.
Apa maknanya Saluran kedua?
ramai yang tak tahu sebenarnya pihak universiti menyediakan peluang
kepada golongan yang dah berkerja untuk sambung belajar
secara sepenuh masa di universiti
biasanya guru-guru maktab perguruan ramai mintak program ni
padahal boleh aje pekerja sector lain minta sebab penilaian kemasukan
tidak berdasarkan keputusan akademik masa SPM atau STPM semata-mata
tetapi juga berdasarkan pengalaman kerja.
Peluang dah ada, tak salah nak cuba
anda akan belajar seperti pelajar yang lain secara sepenuh masa di UKM
boleh minta PTPTN seperti pelajar lain juga
akhirnya nanti, anda akan dapat ijazah yang diiktiraf
kalau PJJ iktiraf juga, tapi separuh masa:
kelas hanya hujung minggu sahaja
Apa kelebihan belajar guna saluran kedua?
anda akan cuti tanpa gaji dari kerja selama tiga tahun
habis belajar akan sambung semula kerja di tempat lama
kemudian minta kenaikan pangkat kalau ada
atau cari kerja kat tempat lain tanpa risiko kehilangan kerja
tapi, kalau anda dah cemerlang dengan CGPA yang bagus
baiklah cari kerja lain yang sesuai kan?
Apa tunggu lagi? Cuba semak SYARAT KEMASUKAN DAN KELAYAKAN
1. Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau yang setaraf dengannya dengan mendapat Kepujian
mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia termasuk Bahasa Malaysia Julai
atau yang setaraf dengannya;
2. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
dalam bidang-bidang berkaitan;
3. Lulus ujian kelayakan atau ujian-ujian lain yang ditetapkan oleh Universiti;
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).
Antara program-program yang ditawarkan
kepada calon-calon kategori ini adalah seperti di bawah.
1. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
2. FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
3. FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
4. FAKULTI SAINS KESIHATAN
5. FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
6. FAKULTI PENDIDIKAN
7. FAKULTI UNDANG-UNDANG
Selain syarat-syarat asas di atas,
calon-calon perlu memenuhi syarat-syarat khusus bagi
kemasukan ke fakulti/program pengajian berkenaan.
sila semak di laman web fakulti.
Maklumat lanjut tentang permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
boleh disemak di laman web berkenaan
sila klik link diberikan.
Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian(online).
Tarikh tutup permohonan: selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.
Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan atas talian(online) SEKALI SAHAJA.
Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atas talian (online), sila hubungi:
Tel: 03-8921 5336/5041/4126
Faks: 03-8925 0662
mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my
Faks: 03-8925 0662
mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my
Langgan:
Catatan (Atom)