Memaparkan catatan dengan label pinjaman pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman pendidikan. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2012

Roh yang Tergantung antara Langit dan Bumi


Aku tak mahu bila mati nanti
Roh aku Tergantung antara langit dan Bumi
Tak diterima tanah, tak juga diangkat ke langit
Hanya sebabkan benda ni:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:"
Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan,
maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi,
yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu"

aku tak tahu hadis tu sahih ke tak,
malas nak semak segala…kalau ada sesiapa rajin
silalah semak untuk aku
tapi apa yang aku nak ketengahkan kat sini adalah:
Sila langsaikan hutang anda sebelum tinggalkan dunia dan isinya

Entri ni bukanlah nak mengata, perli atau sindir sesiapa
hanya peringatan untuk diri sendiri
andai sesuai, peringatan untuk sesiapa yang baca entri ini juga

Aku bukan nak mintak sesiapa yang hutang aku
datang menyembah sujud cium ibu jari kaki
dan bayar hutangnya pada aku
itu terserahkan kepada dia nak bayar ke tidak
soal aku redha atau tidak, halalkan atau tidak…tu soal hati aku
tak payahlah aku terjemahkan kat sini
dan hipokrit kata dah halal sebab nak tunjuk baik
tapi, aku hanya sekadar tekankan bahawa:
urusan di dunia, biarlah selesai di dunia
aku tak mahu tangguhkan di akhirat sebab kat Padang Mahsyar nanti
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
tak ada masa nak semak kat mana-mana kaunter
malas nak beratur panjang untuk langsaikan segala hutang piutang
yang patutnya dilunaskan semasa hidup di dunia sekarang ni

Dengan sebab itulah;
mulai Disember lepas, aku dah mula komitmen bayar hutang
dengan JPA…insyaAllah, September 2012 semua itu akan langsai dengan jayanya
sambung pula bayar hutang-hutang yang lain
Fuhhhhh! Siapa suruh buat hutang banyak-banyak?
kang dah kena bayar dengan penuh gigih?


Kalau ke Laman web interaktif JPA
[hanya peminjam berdaftar sahaja boleh masuk]
Sedikit makluman dari JPA:

Mulai Ogos 2009, bil tuntutan bulanan hanya akan dikeluarkan
kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten dan menjelaskan bayaran tertunggak.
Peminjam yang tidak menerima bil tuntutan bulanan
boleh menyemak di dalam web ini bagi mendapatkan maklumat untuk urusan pembayaran balik.

Sekiranya anda masih lagi berhutang dengan Pinjaman Pendidikan
PTPTN, MARA, JPA atau Kerajaan negeri, jomlah bayar
walaupun jumlahnya tak banyak setiap bulan
lama-lama langsai juga
hidup dikelilingi hutang memang tak aman
setiap bulan dok fikir nak bayar semua jenis hutang tu
[itupun kalau ada rasa nak bayar, ada juga sentiasa fikir
cara nak bolos dari bayar hutang…tangguh seketika untuk stabil kehidupan masih ok;
di dunia memang boleh lepas, Sana nanti tetap kena tanggung]
hingga gaji tak berbaki untuk kegunaan sendiri
kemudian buat hutang lagi

Wahhhhhh panjangnya aku dah taib
kira macam kuliah Jumaat pula ya
errr kutbah ya hu hu hu
Selamat membayar hutang
dengan GIGIH


PsssT: Selamat balik kampung kepada anda yang sama-sama bercuti memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga masing-masing [ayat yang sengaja direka untuk paparkan semangat 1 Malaysia la la la]. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga selamat balik dan selamat datang semula.