Aku dah naik pening dengan hal SBPA ni
sekejab lagu tu sekejab pulak lagu ni
di UKM
sendiripun, macam-macam hal jadi
walaupun
begitu, kami penjawat awam ni kena juga buat keputusan
mana nak
pangkah. Ceeeewah! macam pilihanraya pulak ek?
setuju ke
tidak, kena juga tahu apa kesannya
taklah
semberono aje kami di cop Jebat
Penderhaka
gelar Menderhaka
itu lebih besar kesannya berbanding “ingkar arahan”
atau “saya
yang tidak menurut perintah” hu hu hu
Kalau di
UKM, tarikh akhir untuk memutuskan SBPA hingga 15 Januari 2012
tetapi pilihan
bersara 60 dah tamat 31 Disember 2010 lepas
kalau ikut
PEKAUM pun masih lagi bolak balik
nak mintak
kaji itu ini, tapi…
katanya buat
pilihan dahulu, yang lain kemudian nanti.
kalau dah
buat pilihan dan bersetuju atau menolak
apa jadi
selepas itu, kena tanggung sendiri
Pada 10 januari 2012 Kementerian Kewangan menyebut;
pembayaran gaji penjawat awam
bagi bulan Januari 2012 pada 16 Januari
berdasarkan gaji Sistem Saraan
Malaysia, manakala
perbezaan gaji penjawat awam
yang memilih opsyen SBPA
dibayar pada 31 Januari 2012.
tetiba hari
ni pulak, ramai yang kata SBPA ditangguhkan Lagi
Lagi????
Sampai bila???
kononnya
hingga pilihanraya selesai
hu hu hu nak
percaya dengan tak nak percaya sama banyak je
Dengar
ceritanya lagi, maklumat terkini tentang Penangguhan SBPA
akan
diumumkan hari ini.
hari ni?
Mmmmm kita tunggulah ya, beberepa jam lagi ataupun esok pagi
benda ni
masih lagi khabar angin
Aduuuuusssss!
Mmmmm aku nak sambung buat kerjalah!
Lantak
pergilah SBPA ka…atok SBPA ka apa
malas dah
nak layan! hu huhu
KEMASKINI:
KEMASKINI:
Berikut
maklumat yang ditampal di laman web JPA tentang:
Saya merujuk kepada
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan
semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak
menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.
2. Sehubungan ini adalah
dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan
semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan
perkhidmatan awam.
3. Pasukan Petugas
tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam
hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan
penting dalam perkhidmatan awam.
4. Pasukan Petugas itu
akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian
Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.
5. Pasukan Petugas
tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak
berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.
6. Isu-isu berhubung
pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan
dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:
YBhg. Datuk Farida Mohd
Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan
Awam, Aras 13,
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.
E-mel:
farida.sbpa@jpa.gov.my
7. Pasukan Petugas
diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012
untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan
kepada Kerajaan.
8. Bagi mereka yang
telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.
9. Bagi mereka yang
belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan
mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang
baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu
dibuat.
10. Walau apa pun
Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah
terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less
favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu
termasuklah kemudahan dan gaji.
Tan Sri
Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara
13 JANUARI 2011
PsssT: kepada anda
yang berhadapan dengan tanggagaji yang tak sesuai, silalah email secepat
mungkin sebelum 15 Februari 2012, mana tahu maklumat yang kita salurkan itu
membantu pihak yang membuat keputusan ini agar lebih prihatin dengan kedudukan
tangga gaji kita. Maklumlah, mereka kena semak semula semua tangga gaji, dah
tentu akan ada yang cicir dan terlepas pandang. Masa peluang masih ada,
manfaatkanlah sebab ianya beri kesan keseluruhan perkhidmatan kita.