Hari ni Bangi dah lengang
Jalanrayanya, suasananya, manusianya
juga
Kedai-kedai termasuk kedai makan dah
banyak yang tutup
Nasib baik KFC dan McD tak tutup
Di pasaraya, ramai penuhkan troli dengan
pelbagai keperluan
Sebagai stok untuk guna sepanjang cuti
Tahun baru Cina
Aku pernah alami kehabisan bekalan
makanan
Bila cuti Tahun baru cina begini
Ingatkan kedai buka, pasaraya buka,
kedai makan buka
Rupanya semangat 1malaysia sangat tinggi
di Bangi
Masing-masing berpakat tutup semua kedai
Pasar malam juga tak Nampak satu
payungpun
Jadinya, tahun itu santapanku musim CNY
Berdasarkan apa yang ada dalam peti ais
sahaja
Walaupun aku kata tak ada apa dalam peti
ais,
Bukan bermakna KOSONG tetapi saki baki
ikan masin
Dan pelbagai baki yang lain masih cukup
untuk sambung nyawa
Sebelum pasaraya, kedai runcit dan kedai
makan dibuka semula
Bagi yang balik kampong pula
Sesak itu memang makanan lumrah
Jadinya, perlulah bersedia dengan tangki
petrol yang penuh
Makanan yang banyak, lagu-lagu yang
mencukupi
CD atau DVD atau mp3 ayat-ayat suci al
Qur’an juga
Taklah diri dikuasai ANGIN dan BARAN aje
sepanjang jalan
Macamlah kita seorang je letih dan penat
Macamlah kita seorang aje yang sesak, Ya
dak?
Jadi…sila bertimbang rasa semasa di
jalan raya
Jangan tambah lagi statistic OPS Sikap
yang mencanak aje angkanya
Kalau tengok status facebook rakan-rakan
Ramai yang mengeluh lelah dengan
perjalanan yang panjang
Berbelas jam menuju satu-satu destinasi
walhal biasanya ambil masa 4-5 jam
sahaja
kalau balik Kelantan tu
aku memang dah boleh agak kat mana
kawasan yang alami kepadatan kenderaan
belum jejak bumi Kelantan lagi dah
bersesak tengah hutan
kasihan orang tempatan yang nak melintas
jalan
kasihan pakcik-pakcik yang nak keluar
pekan beli keperluan harian
terheran mereka seketika tengok jem tak
bergerak
ataupun sesetengah kereta yang
mempelesitkan diri
macam dia sorang je yang bayar cukai
jalan hu hu hu
Aku? Macam biasalah…kerja tak bergaji
Kat pejabat siapkan semua perkara yang
perlu dikejar tarikh matinya
Hingga hujung bulan ini
Aku akan diserang kesibukan yang
melampau
Aduhhhhh! Dah rindu sangat nak tenggelam
dalam selimut hangat
Dan tilam tak berapa nak empuk kat rumah
tu
Apa daya…perjuangan perlu diteruskan.
Siapa kata orang ada kerja tu senang
hati?
Janganlah pulak kata: “Dah ada kerja tak
apalah,
Jangan rajin sangat, bukan nak kayapun
kerja GOMEN”
Hu hu hu memang tak akan kaya takat
kerja gomen
Tapi prinsip aku satu je:
“masa tak ada kerja buat apa mintak
kerja
Kalau dah ada kerja malas nak kerja?”
Kang senang tak payah mintak kerja dulu
hu hu hu
Jangan marah aku ya…kerjalah kerana
Allah,
Selebihnya kita akan dapat manfaat dari
itu ;)
Selamat bercuti semua…mintak limau
sekotak!
2 ulasan:
buat apa balik kampung time jalan jem2 gini. hahahaha, ayat sebab tak boleh balik kampung.... hwaaaa
Kami tak bergerak ke mana pun. Ada saja hal dalam rumah.
Limau free memang takdak, beli pun tak sempat lagi.
adehhh...
Catat Ulasan