Aku tak mahu bila mati nanti
Roh aku Tergantung antara langit dan
Bumi
Tak diterima tanah, tak juga diangkat ke
langit
Hanya sebabkan benda ni:
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang
bermaksud:"
Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan,
maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi,
yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya
itu"
aku tak tahu hadis tu sahih ke
tak,
malas nak semak segala…kalau
ada sesiapa rajin
silalah semak untuk aku
tapi apa yang aku nak
ketengahkan kat sini adalah:
Sila langsaikan hutang anda
sebelum tinggalkan dunia dan isinya
Entri ni bukanlah nak mengata,
perli atau sindir sesiapa
hanya peringatan untuk diri
sendiri
andai sesuai, peringatan untuk
sesiapa yang baca entri ini juga
Aku bukan nak mintak sesiapa
yang hutang aku
datang menyembah sujud cium
ibu jari kaki
dan bayar hutangnya pada aku
itu terserahkan kepada dia nak
bayar ke tidak
soal aku redha atau tidak, halalkan
atau tidak…tu soal hati aku
tak payahlah aku terjemahkan
kat sini
dan hipokrit kata dah halal
sebab nak tunjuk baik
tapi, aku hanya sekadar
tekankan bahawa:
urusan di dunia, biarlah
selesai di dunia
aku tak mahu tangguhkan di
akhirat sebab kat Padang Mahsyar nanti
masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri
tak ada masa nak semak kat
mana-mana kaunter
malas nak beratur panjang
untuk langsaikan segala hutang piutang
yang patutnya dilunaskan
semasa hidup di dunia sekarang ni
Dengan sebab itulah;
mulai Disember lepas, aku dah
mula komitmen bayar hutang
dengan JPA…insyaAllah,
September 2012 semua itu akan langsai dengan jayanya
sambung pula bayar
hutang-hutang yang lain
Fuhhhhh! Siapa suruh buat
hutang banyak-banyak?
kang dah kena bayar dengan
penuh gigih?
Kalau ke Laman web interaktif JPA
[hanya peminjam berdaftar sahaja boleh
masuk]
Sedikit makluman dari JPA:
Mulai Ogos
2009, bil tuntutan bulanan hanya akan dikeluarkan
kepada
peminjam yang membuat bayaran secara konsisten dan menjelaskan bayaran tertunggak.
Peminjam
yang tidak menerima bil tuntutan bulanan
boleh
menyemak di dalam web ini bagi mendapatkan maklumat untuk urusan pembayaran
balik.
Sekiranya anda masih lagi berhutang
dengan Pinjaman Pendidikan
PTPTN, MARA, JPA atau Kerajaan negeri, jomlah bayar
walaupun jumlahnya tak banyak setiap
bulan
lama-lama langsai juga
hidup dikelilingi hutang memang tak aman
setiap bulan dok fikir nak bayar semua
jenis hutang tu
[itupun kalau ada rasa nak bayar, ada
juga sentiasa fikir
cara nak bolos dari bayar hutang…tangguh seketika untuk stabil kehidupan masih ok;
di dunia memang boleh lepas, Sana nanti
tetap kena tanggung]
hingga gaji tak berbaki untuk kegunaan
sendiri
kemudian buat hutang lagi
Wahhhhhh panjangnya aku dah taib
kira macam kuliah Jumaat pula ya
errr kutbah ya hu hu hu
Selamat membayar hutang
dengan GIGIH
PsssT: Selamat balik kampung kepada anda yang sama-sama bercuti memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga masing-masing [ayat yang sengaja direka untuk paparkan semangat 1 Malaysia la la la]. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga selamat balik dan selamat datang semula.