Dah rasa kehangatan Aidilfitri kan? Nak tambah lagi hangat, dah tentulah dengan diputarkan lagu-lagu raya. Kat radio, masuk je hari ke 15 puasa, berdentam dentum setiap stesyen radio dok putar lagu raya huhuhuhuhu
Moh kita dengar lagu raya versi Kelantan. Dah biasa kan dengar lagu raya yang biasa-biasa tu...bagi kelainan sikit;
Dah nak raya kan? Musim begini banyak iklan raya yang menyentuh hati akan muncul. Semua ternanti-nanti iklan raya yang dibuat syarikat mana benar-benar menggugah emosi. Jom kita lihat Iklan raya TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;
TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;
Ya, tak mudah untuk lakukan macam tu. Bukan semua orang sanggup ketepikan umpat kata orang keliling. Pengajarannya: jangan mengata dahulu. Dah tahu kang, termalu sendiri pulak.
Terima kasih TM, buat iklan raya yang mengajak semua orang berbuat baik.
Haaaaa dah musim lagu raya bertebaran serata alam kan? Dah dengar Lagu raya versi Kelantan, lagu raya versi Thai...haaaa ada satu lagi lagu raya versi Kelate. Lebih kepada lagu balik kampung ni. Moh kita dengar;
Dalam kita cuba tidak membazir padabulan Ramadhan, kiranya berusaha untuk bersederhana, adakala kita terlupa pula
nak bersederhana untuk persiapan raya pula.
Sebenarnya, definisi SEDERHANA itu
sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sederhana bagi kita,
belum tentu lagi sederhana bagi orang lain. Mungkin gaya sederhana kita itu
termasuk dalam kategori mewah untuk orang lain.
Contoh mudahnya adalah: bagi kita
yang biasa sediakan 10 pasang baju raya, bila tahun ni kita hanya beli 5 pasang
sahaja, sudah dikira sederhana berbanding dengan Cik Ta yang sediakan 110
persalinan raya. Bagi Cik Ta pula, jumlah tersebut adalah terlalu sederhana
sebab sepanjang Syawal nanti dia perlu hadiri 3-4 acara rumah terbuka, perlu
jalani penggambaran sambutan raya dan sebagainya. Kalau penggambaran tu, dah
tentu kena sebat 5-6 pasang kerana setiap scene kena tukar baju. Bagi Cik Ta,
itu dah sederhana. Bagi kita yang hanya beraya hujung minggu sahaja ni, 10 pasang
tu pun dah terlebih bajet.
Hanya kita yang tahu tahap sederhana
tu takat mana. Kalau kita terpaksa buat pinjaman setiap kali ketibaan Syawal,
rasanya kita dah berada di luar kemampuan diri, jadinya…silalah kaji semula. Bukan
tak boleh sediakan 30 jenis kuih raya (ada orang buat sejenis kuih setiap hari
bermula 1 Ramadhan), namun adakah ia sesuai? Benda makan banyak mana letak pun
boleh habis. Rumah ambo yang penuh dengan budak-budak tu, ambo hanya hidang kerepek
sahaja. Humban je 3 guni kerepek, habis cerita. Setiap seorang usung satu
balang. Tetamu datang depa tak kacau dah sebab memasing ada balang sendiri.
Adakah setiap kali buat persediaan raya, kita perlu
tukar perabut baru? Tukar langsir baru? Cat rumah baru? Jambangan bunga baru? Atau…kereta
pun kena tukar baru? Tepuk dada tanya iman. Rasanya jenis mami jarum yang pergi
belek langsir orang musim raya dah tak ada dah kot…ke masih ada? Mmmmmm tetiba
teringat langsir rumah Mek di kampong belum bertukar sejak 10 tahun. Tiap kali
raya hanya basuh dan pasang balik. Ada satu tu je pun. Raya lain kali baru
tukar langsir baru, boleh? Tak sempat nak jahit lah!
Kakak ipar pernah sebut, “Bunga ni
seingat kak lah…masa kak kawin dulu lagi,” huh u huhu itu bila kami putuskan
untuk lupuskan beberapa jambangan bunga yang dah terlalu pudar warnanya. Ketika
dialog tersebut terjadi, anak bujangnya tengah tunggu keputusan peperiksaan
SPM. Ohhhh itu betul-betul marhain. Kami hanya cuci, lap habuk dan gubah semula
selagi elok.
Jadinya, berapa sederhana persiapan
kita, bergantung kepada definisi kita sendiri. Bagi kami, kami sudah terbiasa
untuk beli sesuatu ikut keperluan. Hanya bila perlu. Itupun banyak kali jugak
lajak TERbeli ikut kemahuan huhuhuhu
Pernah jumpa tak
perangai orang yang acah-acah kaya, padahal….mmmmm sendiri sambung ayat tu bagi
sudah.
Bila orang kaya
amalkan gaya hidup macam orang miskin untuk pembelajaran anak-anak, kita kutuk
macam-manam. Nak menunjuklah. Nak cari publisiti murahanlah. Pendek kata negatif
semua.
Tapi, bila orang
tak berapa nak kaya, acah-acah macam urang kaya, mmmmm nak kata apa ek?
Maksudnya kat
sini, kalau kita benar-benar mampu macam Dato’ Vida ke, Datuk Syukri Terlajak
Laris ke, tadak hal lah nak menunjuk kaya pun memang sah-sah depa ni dah kaya. Ikut
suka depa lah nak tayang koleksi intan permata mas dinar pun, tapi…bila kita
yang tak berapa nak kaya ni, perasan macam urang kaya…makanya, cucilah hati
dahulu.Belum capai tahap untuk Allah
nak uji tu. Jangan ingat jadi miskin sahaja dipanggil ujian, jadi kaya pun ada
jugak ujiannya. Belum jadi kaya punnnnn lagi banyak ujian kena tempuh, termasuk
ujian acah-acah kaya.
Tak payahlah kita
bangga sangat takat ada rumah dan kereta yang belum habis bayar pun lagi tu. Tak
payahlah dok ugut orang itu ini kononnya menjalankan kerja sukarela tak
berbayar...dah namanya pun SUKA dan RELA, kalau tak suka dan tak rela tak
payahlah tunjuk baik nak buat. Ya dak? Tanpa niat ikhlas dan dilakukan juga
dengan ikhlas, memaksa-maksa diri...tak ada maknanya semua tu.
Sempena bulan
Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Prof Muhaya kata
audit diri. Kalau kita tu tak adalah kaya mana pun, tak payahlah acah-acah kaya
menyemakkan biji mata orang. Kalau kita ni termasuk dalam kategori miskin tegar
macam ambo, berusahalah untuk ubah moga-moga ada rezeki tambahan untuk
tingkatkan nilai diri, tambah jumlah sedekah pulak.
Bagi yang tak
pernah rasa kehilangan harta benda emas dinar duit berjuta tu, tak perlulah
berlagak sangat. Allah nak tarik kejab je. Kun fayakun...maka jadilah. Cumanya,
janganlah sampai mulut kita sendiri yang mendoakan kemusnahan hidup kita. Kalau betul-betul jadi, mampu ke nak hadap?
Maka, dengan bongkaknya
ambo nak bagi tahu yang ambo dah berjaya lepasinya. Bongkak sat. Tapi masa dok
hadap tu...kering jugaklah air mata. Sekarang ni je air mata mudah basah. Tengok
iklan pun kena cari tisu. Mmmmmm hati dah jadi tisu kot!
Dalam pada kita taksub berkongsi gambar juadah berbuka tu,
pernah terfikir tak tentang orang lain?
Bukan nak marah kalian, tegur diri sendiri jugak. Kita dok
teruja nak kongsi gambar makanan di media sosial, dan kita tak tahu kesukaran
orang lain. Contohnya pernah berlaku pada aku sendiri;
Peringkat awal aku keluar hospital masa kena slip disc dulu,
upaya memang sangat terhad. Doctor memang nasihatkan (paksa sebenarnya) “Jangan
turun katil!”. Persoalannya, macam mana nak hidup kalau hanya berada atas katil
sahaja. Aku tak punya hamba sahaya untuk buat semua urusanku terutamanya
libatkan makan. Nak tak nak memang kena makan sekurang-kurangnya sekali sehari.
Ada kederat ke jika hanya telan air putih sahaja sepanjang hari.
Jadinya, aku perlu juga turun dan masak paling ringkas
sehari sekali. Ketika itu aku hanya mampu berdiri tak sampai 5 minitpun,
jadinya acara untuk turun tangga dah makan masa lebih 5 minit. Sampai di ruang
tamu aku perlu berbaring dahulu. Kemudian pergi tanak nasi; cuci beras dan
tonyoh dalam rice cooker. Baring lagi sekali. Hilang lenguh, pergi sambung
semula untuk goreng telur mata kerbau. Baring semula.
Akhir sekali baru boleh makan. Itupun kena baring semula
sebelum mampu pergi humban semua pinggan dalam sink sahaja. Lain tahunlah
basuh. Maka begitulah keadaannya selama berminggu-minggu hinggakan aku tak
mampu lagi tengok gambar-gambar makanan melintas di timeline fb. Tak mampu itu sebabkan naik statusku memohon
rakan-rakan tidak muatnaik gambar makanan, namun, ada pulakkklah mempersendakan
status tersebut. Menitik ayaQ mata wa cakap sama lu! Fuhhh! Hati masih tisu
rupanya padahal selama ni rasa macam brutal benar!
Jadi, peringatan untuk aku sendiri yang suka tampal gambar di
fb, cubalah kurangkannya. Bila kita kelaparan, walaupun hanya gambar ikan
masin, itu sudah begitu membuatkan perasaan sangat terdera. Sedangkan, kita tak
mampu untuk dapatkannya.
Tak mampu itu bukan sekadar tak ada RM. Banyak faktor lain
lagi mempengaruhi punca ketidakmampuan itu.
Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai yang menyentuh tentang
pembaziran makanan. Kononnya terdapat antara kita yang mengikut nafsu bila
berbelanja di Bazar Ramadhan. Maklumlah, beli makanan masa lapar, semuanya Nampak
sedap. Jadi, semuanya nak borong.
Betul ke kita membazir? Sejauh mana kita membazir?
Bila kita Nampak orang beli di Bazar Ramadhan dalam plastic kecil
sahaja, ada kuih 3-4 ketul, ada nasi beriani kebungkus, ada air sebungkus. Maka
pada anggapan kita, dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Betul ke?
Habis tak dia makan kuih tu? Habis tak dia makan nasi
beriani tu? Habis tak dia minum air sebungkus tu? Atau bakul sampah jugak yang
makan selepas kita peram dalam peti ais selama beberapa hari.
Bila kita Nampak laki bini jinjing plastic tak muat tangan, automatic
mulut kita terlopong hatipun berbisik. Banyakkkkknya dia beli. Habis ke? Padahal
kita tak tahu pun berapa ramai ahli keluarganya yang ada. Kalau anaknya je pun
dah 8 orang, campur mak bapak dah jadi sepuluh. Kalaupun mereka beli 3 bungkus
air, 3 jenis kuih dan 3 jenis lauk, memang betul ke mereka membazir? Ataukah dengan
jumlah yang sebanyak itu, bila azan berkumandang sahaja…sekelip mata ghaib dari
pandangan. Mak bapak hanya sempat tengok sahaja.
Persoalan membazir ke tidaknya kita setiap kali datangnya
Ramadhan hanya kita sahaja yang mampu menjawab. Tak perlu menilai orang lain.
Ambo? Berbuka puasa dengan cekodok dan air rendaman kurma
(Nabez) pun dah cukup. Kata diet!!!!
Semalam hari pertama puasa Ramadhan. Jam 7.30 ambo dah terpacak di pejabat. Fuhhhhh! Azamnya nak datang kerja awal dan baliknya….jangan haraplah nak balik awal. Memang akan leka punya. Balik tetap macam biasa. Balik awal pun nak buat apa, karang terbabas tidur pulak.
Sebab dok menahan mengantuk sejak jam 9 pagi, makanya kepala jadi berat. Migrin datang berlumba walaupun perlahan aje dia. Tengahari keluar sekejab, hawa panas buatkan makin menggila migrin. Tapi tetap jugak tak reti nak balik awal. Kononnya tak nak tertidur nanti.
Balik pejabat jam 6.30 petang. Jalan dah lengang kecuali bila lalu berhampiran Bazar Ramadhan. Tetiba lagu raya berkumandang dalam kereta.
Haih!! 16GB lagu yang ambo save dalam thumb drive ni terdiri macam-macam lagu, sebegitu lama pasang hari semalam juga dia mula lagu raya. Adoi laaaaaa!
Pagi ni TERJUMPA porody lagu Sudahku Tahu nyanyian Amar dalam versi Islamik, sempena Ramadhan. Lagu asalnya oleh Projector Band. Ramai dok nyanyi di smule dan lagu ni lah buatkan Khai Bahar dikenali ramai.
Lirik parodinya sangat menyentuh, penuh maknya... suaranya pun ohhhhh syahdu!
Sesekali aku meneka
Sesekali hati tertanya adakah aku layak menanti
Bulan Ramadhan yang diberkati
Ramadhan yang lalu aku merindu
Setia ibadah mengubat kala ragu
Dan bila Ramadhan itu berlalu
Seluruh jiwa hanyut hatiku layu
(Islamic parody) Projector Band - Sudahku Tahu cover by AMAR
Namun aku percaya
Peluang-Nya pasti masih ada
Namun aku percaya
Ruang-Nya masih dikurnia
Moga tarbiahnya sebati di jiwa
Jom buat ringtone telefon huhuhuhuhu
Lagu Kun Anta versi Ramadhan ni pun nyanyian AMAR juga...tetiba terjatuh cinta dengan suara dia lah pulak ;)
Dah lama UKM mengamalkan waktu berkerja berperingkat ni. Ada 3 peringkat waktu masuk berkerja, iaitu 7.30 pagi, 8.00 pagi dan 8.30 pagi. Jangan jangan pula seronok dok mengata ada staf UKM balik kerja awal sebelum jam 5 ya. Kalua pilih waktu masuk kerja tu 7.30 pagi, tak kan nak balik jam 5 petang jugak kan?
Jangan tanya aku amalkan waktu yang mana, sebab aku ni berkecuali. UKM ni kan bapak aku punya…errr tetiba!
Sebelum puasa Ramadhan, dah keluar Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan. Jadi, UKM telah bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 ini, makanya, waktu berkerja di UKM adalah seperti berikut;
Berlaku pengurangan waktu rehat selama setengah jam pada hari biasa. Sempatlah nak pergi solat sekejab, kemudian baca Qur’an sehelai. Nak membuta tak sempat.
Walaupun kakitangan akademik mempunyai masa kerja yang lebih fleksibel, namun musim sekarang ni adalah musim study week. Minggu depan peperiksaan. Tahu apa maknanya tu? Bersedialah untuk merah mata marking entah berapa banyak skrip jawapan, kuiz, tugasan dan blab la bla.
Mmmmm azamnya lepas sahur dah nak dating pejabat. Pepagi gitu sempatlah tulis sehelai artikel kononnya. Namun, realitinya….fuh! Tarik nafas sekejab.
Hari pertama puasa hanya Berjaya sampai di pejabat jam 7.41 walaupun Bangi lengang. Minggu depan sekolah dah buka, tak tau ler jam berapa baru nak menapak masuk pejabat ;)
Ngantoknyaaaaaa!!! kupi mana kupi? Ehhhh!!!
Selamat berpuasa semua. Ampun maaf andai ada kata-kata di blog ini mengganggu emosi anda.
Pagi tadi kelas terakhir. Ada pembentangan. Minggu depan dah study week, ramai pelajar dah angkut beg sejak semalam. Jadi yang datang kelas hari ni hanya yang nak bentang sahaja. Ambo memahaminya. Ramai orang nak sambut Ramadhan dengan mak ayah. Kalau boleh ambo pun nak kelik jugak, tapi daya dan upaya agak terbatas. Lagi pula sekarang musim cuti sekolah, penuh gegak budak-budak dan mak bapak budak yang tengah bercuti sekolah. Ambo yang tadak budak dan tak cuti ni dok dendiam di Bangi. Bagi peluang depa cuti sakan dulu.
Masa mereka bentang tu, sesekali ambo tengok telefon. Sama ada nak ambil gambar mereka, tengok whatsapp atau FB. Biasanya pertukaran kumpulan bentang ambil masa 2-3 minit, sempatlah rehatkan minda dengan dunia luar.
Tengah dok nengok deretan whatsaap yang masuk tu, ada satu masej tak bernama masuk. Ringkas sahaja, “Assalamualaikum adinda, salam Ramadhan kareem”.
Masej sebegitu daripada orang-orang yang dekat, tapi sebab telefon ambo pernah hang dan hilang senarai nombornya dulu, tak dapat kesan siapa empunya pengirimnya. Akhirnya, boleh kesan juga. Kak Shikin. Rakan masa sama-sama buat master dahulu.
Kami dah kerap kali terputus hubungan dan jumpa semula. Biasanya dia yang hilang kerana kerap tukar nombor telefon. Bila ambo pulak guna nombor baru sejak 2008 setelah nombor lama dilupuskan, dia pulak tak jumpa cari huhuhuhu haaa tau pun rindu! Kami jumpa semula bila dia cari di FB rasmi. Alhamdulillah.
Namun, perkhabarannya pagi tadi merentap hatiku. Ubah emosi jadi tak stabil. Buatkan sarapanku di kafe nan cantik itu tidak lagi menyelerakan.
“Awal bulan Mei akak buat pembedahan… 2 minggu lagi start chemo”
Terpana bila dia beritahu hidapi kanser payu dara. Terdiam. Mata terkelip-kelip tengok pelajar buat pembentangan tapi ambo dah tak boleh focus. Tak terkata apa.
Dia banyak mengajar aku untuk lebih memahami erti hidup. Hidup ini tak indah, penuh dugaan dan cabaran biarpun segigih mana kita berjuang untuk dapatkan bahagia itu. Aku tabik spring dengan daya juangnya mencari kebahagiaan. Dan kini, dia terus berjuang untuk sebuah kehidupan. Semoga Allah merahmatinya. Semoga diringankan kesukarannya. Dimudahkan segala urusannya.
Allah sayangkan dia, Allah selalu memandang dia, Allah selalu mencuit dia. Semoga dia makin tabah dan kuat.
Masalahnya, aku yang tak kuat. Aku yang tak gagah menerima. Aku yang belum capai makam redha seperti dia. Aku yang nak nangis.
Hari ni janganlah ada sesiapa buat hal, ambo tak stabil emosi. Ambo nak sembunyi. Ambo nak dok sensorang pandang hijau daun bergoyang ditiup angin. Ambo nak celup kaki dalam dingin air sungai. Ambo tak mau ada orang tengok pipi banyak kali basah.
Hari ni panas litlit. Panas cenggg. tapi, hujan terlalu lebat turun di hati. Aku pun tak pasti mampu berenang ke tidak.