Memaparkan catatan dengan label iklan raya 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan raya 2016. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2016

Hargai Ibu Bapa Selagi Mereka Masih Ada

Ini adalah Iklan Hari Raya Aidil Fitri 2016 terbaru yang sungguh menyentuh perasaan daripada Candy Factory Studios. Wajib ditonton. The best ads! Unexpected climax! This a very touching, meaningufl and heartfelt 2016 Iklan Raya / Eid al-Fitr TV Commercial from Candy Factory Studios Webfilm titled "Penantian" (Malay Language Without Subtitles). Please visit their website at www.candyfactorystudios.com.my



Mata masuk habuk tak?
Hebat kan makcik dan pakcik ni berlakon. Menusuk kalbu!

Jumaat, 15 Julai 2016

Sedih Cucu Tak Jadi Balik Raya

Bila anak cucu tak jadi balik beraya, kesiannya;



Kasihan atok, merindu. Cuti beku, atok...nak buat macam mana. Redha ajelah.

Itulah pengorbanan ramai pekerja di malaysia. Jururawat, doktor, tentera, polis, bomba. Kita yang mudah dapat cuti ni, bersyukur sangat-sangat mak ayah tak punah harapan kat tengah jalan macam ni.  Setiap tahun balik juga beraya walaupun terpaksa menempuh jam berbelas jam. Paling tidak, beraya juga kita bersama keluarga di kampung halaman.

Sabtu, 9 Julai 2016

Pengacau Balik Raya

BSN dah kekalkan dengan Pengacau Raya dalam iklan hari rayanya beberapa tahun ni. Ianya tentang keluarga Colonel Bakar bersama menantu pengacaunya, Aloysius. Jom kita saksikan telatah keluarga ini, siapa yang akan mengacau siapa dalam sambungan episod pengacau raya kali ni?

Filem Pendek Hari Raya 2016: Pengacau Balik Raya



Apa-apapun, semoga nilai murni dalam iklan ni dapat diterjemahkan oleh penonton.

Ahad, 3 Julai 2016

Erti Raya, Iklan Raya Maghfirah 2016

Apa ertinya hari raya?
Tiap orang ada erti yang tersendiri.



Sementara masih ada mak ayah, moh lah kita balik kampong raikan Hari Raya bersama mak ayah.

Jumaat, 24 Jun 2016

Iklan Raya 2016 yang Syahdu

Dah nak raya kan? Musim begini banyak iklan raya yang menyentuh hati akan muncul. Semua ternanti-nanti iklan raya yang dibuat syarikat mana benar-benar menggugah emosi. Jom kita lihat Iklan raya TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;

TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;


Ya, tak mudah untuk lakukan macam tu. Bukan semua orang sanggup ketepikan umpat kata orang keliling. Pengajarannya: jangan mengata dahulu. Dah tahu kang, termalu sendiri pulak.

Terima kasih TM, buat iklan raya yang mengajak semua orang berbuat baik.